RumahCara Mudah

Elakkan Anak daripada Terkena Renjatan Elektrik dengan Buat 3 Tips Ni. Guna Barang Kedai RM2 Je!

Cara Elak Anak Terkena Renjatan Elektrik

Kebanyakan rumah di Malaysia memang akan menggunakan tenaga elektrik. Tenaga elektrik ni boleh kata dah jadi satu keperluan untuk manusia sebab tanpa elektrik, susah kita nak hidup. Tapi kebanyakan perkakas atau peralatan elektrik dicipta tanpa memikirkan keselamatan anak kecil terlebih dulu. Korang pun mesti tahu yang elektrik dan anak kecil adalah satu gabungan yang sangat membahayakan.

Anak kita bila dalam proses membesar, rasa ingin tahu semakin kuat membuatkan diorang suka meneroka di setiap pelusuk rumah. Benda ni lah yang akan mendatangkan bahaya apabila diorang menemui plug ataupun wayar elektrik yang hidup dan ia boleh mendatangkan risiko untuk terkena renjatan elektrik seperti apa yang terjadi baru-baru ni, apabila seorang kanak-kanak meninggal dunia apabila dia mencucuk lubang soket yang hidup dengan garfu besi.

Tips Elak Anak Terkena Renjatan Elektrik

Ada banyak alat yang dijual di luar sana untuk menutup lubang soket yang terbuka bagi mengelakkan anak mencucuk lubang tersebut dengan sesuatu yang diperbuat daripada besi. Tapi dengan 3 tips DIY di bawah ni, korang tak perlu belanjakan duit yang banyak pun untuk memastikan setiap soket dan kabel elektrik di rumah kalis anak kecil!

1. Penutup Soket dengan Bekas Plastik RM2

Beberapa soket di rumah kita dipasang dekat dengan lantai, jadi anak kecil senang nak capai dan bermain-main dekat dengan bahagian tersebut. Bagi nak mengelakkan anak bermain di situ, korang digalakkan untuk menutup soket tersebut dengan penutup soket buatan sendiri ni. Cara-caranya senang je:

Sumber Gambar Facebook

  • Beli bekas plastik yang berpenutup seperti di bawah ni. Tak perlu mahal-mahal pun. Korang boleh cari di kedai Eco dengan harga RM2 je.

  • Pastikan saiznya cukup besar untuk menutup seluruh soket elektrik tersebut.

  • Ukur saiz soket tersebut pada penutup bekas dan potong mengikut ukuran tersebut dengan menggunakan pisau.

  • Lekatkan bahagian luar penutup tersebut pada dinding dengan menggunakan glue gun. Atau kalau tak nak rosakkan dinding rumah, boleh gunakan double sided tape yang tebal.

  • Di bahagian bekasnya pula, potong lubang sederhana besar di bahagian bawah agar kabel dapat dimasukkan melalui lubang tersebut.

  • Bila dah siap, korang bolehlah menutup soket tersebut dengan menggabungkan bekas pada penutupnya. Anak korang pun dah tak boleh bermain di soket tu lagi!

2. Tutup Lubang dengan Plaster

Sumber Gambar Imgur

Kalau ada soket yang korang tak gunakan (lagi-lagi pada kabel extension), boleh je tutup dengan plaster. Cara ni paling mudah nak elakkan anak daripada mencucuk besi pada lubang soket tu. Nanti bila nak gunakan soket tu, boleh je cabut plaster tersebut.

3. Sorok Kabel dengan Kotak Kasut

Kabel-kabel yang berselirat bukan je membahayakan nyawa anak, tapi ia juga menyakitkan mata apabila melihatnya. Gunakan tips ni kalau korang nak susun dan sorok lebihan kabel di dalam kotak kasut supaya nampak lebih teratur, malah lebih selamat.

Sumber Gambar Craft So Life

  • Balut kotak kasut dengan kertas pembalut hadiah. Kalau korang nak gunakan terus kotak kasut tanpa balutkannya  terlebih dulu pun boleh. Langkah ni hanya untuk mencantikkan kotak kasut tersebut je.

  • Buat beberapa lubang di bahagian tepi kotak kasut dengan menggunakan pisau. Lubang ni nanti akan menjadi tempat laluan kabel.

  • Di satu sisi yang lain pula, buat satu lubang dengan lebih besar sebagai laluan wayar untuk wayar extension.

  • Bila dah siap, korang bolehlah gunakan extension tersebut dan keluarkan kabel melalui lubang yang sedia ada je. Tiada lagi pemandangan yang menyerabutkan mata dan anak-anak pun lebih selamat!

 

Dengan adanya tips-tips di atas ni, rumah korang akan menjadi tempat yang selamat untuk anak kecil meneroka dan membesar. Korang pun dah tak perlu lagi nak risau setiap masa bila tinggalkan anak bermain bersendirian.

Ada satu lagi tips keselamatan yang bomba sarankan untuk korang buat di rumah iaitu untuk periksa kotak suis paling kurang sebulan sekali. Nak tahu kenapa dan bagaimana caranya? Boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button