KenderaanCara Mudah

7 Tips Nak Elak Kereta daripada Menjadi Terlalu Bahang. Tips Nombor 4 Tu Jarang Dengar!

Cara Elak Kereta Jadi Bahang Ketika Waktu Musim Panas

Korang pernah tak tinggalkan kereta di bawah cuaca yang panas terik dan masuk ke kedai untuk beli barang, dan bila kembali ke kereta, rasa macam duduk di dalam oven? Nak pegang stereng kereta pun kena guna hujung jari sebab panas sangat. Apatah lagi apabila besi tali pinggang keledar terkena pada kulit. Rasa macam kulit boleh melecur! 

Tapi macam mana kereta boleh jadi panas dan bahang yang teramat sangat, padahal kita tinggalkannya tak lama mana pun? Tahu tak, bahagian dalam kereta boleh mencecah sehingga 50°C walaupun cuaca di luar hanya sekitar 32°C. Apabila cahaya matahari memancar masuk melalui cermin, semua permukaan di bahagian dalam kereta akan meresap haba tersebut. Ketiadaan angin di dalamnya lagi membuatkan suhu semakin meninggi. Sebab tu lah, walaupun cuaca di luar tak adalah panas mana pun, tapi suhu dalam kereta boleh menjadi sangat tinggi.

7 Tips Elak Kereta Menjadi Terlalu Bahang

Nasib baiklah ada cara untuk elakkan bahagian dalam kereta daripada menjadi terlalu bahang sampai kalau pecahkan telur atas dashboard pun telur tu boleh masak. Antara tips-tips yang korang boleh ikuti adalah seperti berikut:

1. Buka Flap Aircond

 

Sumber Gambar Maskulin

Selalunya, kalau kita memandu dengan tingkap tertutup dan aircond dibuka, kita akan menutup flap aircond supaya udara sejuk dapat berkitar di dalam kereta saja dan ini akan mengekalkan suasana yang sejuk dan nyaman.

Sumber Gambar Maskulin

Tapi kalau korang kena parkir kereta di bawah cuaca yang terik, amat digalakkan untuk membuka flap aircond tersebut untuk kurangkan bahang. Apabila flap aircond dibuka, udara dari luar akan keluar masuk melalui lubang aircond dan seterusnya dapat mengurangkan suhu panas di dalam kereta.

2. Pasang Pelindung Matahari Sebelum Tinggalkan Kereta

Ada sebab kenapa benda ni dinamakan pelindung matahari. Selalunya pelindung matahari diperbuat daripada jenis fabrik yang bersinar. Fabrik ni lah yang akan berfungsi untuk memantulkan semula cahaya matahari dan mengelakkan daripada cahaya tersebut memasuki bahagian dalam kereta. Pastikan masa nak pasang pelindung matahari, kesemua bahagian cermin hadapan telah ditutup dengan baik.

Sumber Gambar Linking Learning to Life

3. Buka Tingkap Sedikit

Cara ni mungkin antara cara yang ramai orang guna. Apabila korang buka sedikit tingkap, ia akan membolehkan angin dari luar untuk berhembus masuk ke dalam kereta. Bila adanya pengedaran udara, haba tak lagi berkumpul secara statik di dalam kereta, membuatkannya menjadi lebih sejuk. Tapi jangan buka besar sangat pula tingkapnya, nanti takut jadi sasaran pencuri pula.

Sumber Gambar Reviewed

4. Buka dan Tutup Pintu Kereta Seakan Mengipas

Sebelum korang masuk ke dalam kereta yang tengah bahang, buka tingkap di bahagian penumpang dan biarkan tingkap yang lain tertutup. Kemudian, korang buka dan tutup pintu kereta beberapa kali, seakan sedang mengipas pintu tersebut. Dengan cara ini, udara bahang di dalam kereta akan digantikan dengan udara luar yang jauh lebih sejuk. Cara ni lebih berkesan untuk menyejukkan kereta daripada korang terus masuk kereta dan buka aircond dengan kuat.

Sumber Gambar Reader’s Digest

5. Alaskan Tempat Duduk dan Stereng

Antara salah satu sebab kereta jadi bahang adalah tempat duduk dan stereng yang diperbuat daripada bahan yang serap haba. Jadi, sebelum nak tinggalkan kereta, alaskan tempat duduk dan stereng dengan kain tuala. Nanti kain tuala ni lah yang akan menghalang cahaya daripada memancar terus ke permukaan tempat duduk dan stereng kereta, membuatkannya kekal sejuk.

Sumber Gambar YouTube

6. Pasang Tinted Pada Tingkap Kereta

Kalau korang ada kereta lebih, apa kata pasangkan tinted atau cermin gelap pada cermin kereta. Lapisan tinted ni fungsinya sama dengan pelindung matahari tadi, di mana ia akan memantulkan semula cahaya matahari dan menghalang daripada bahagian dalam kereta menjadi terlalu panas. 

Pastikan kadar kegelapan tinted tersebut selari dengan apa yang JPJ dah tetapkan untuk mengelak daripada disaman.

Sumber Gambar Ina Eliena

7. Buka Tingkap dan Aircond Serentak Sambil Memandu

Untuk mengurangkan kadar kepanasan kereta, korang perlu gantikan udara panas yang terperap di dalam kereta dengan udara yang lebih sejuk. Jadi caranya begini; buka tingkap dan aircond serentak sambil memandu, dan ia akan dapat menyejukkan lagi kereta korang dengan cepat. Lepas dah pandu dalam 30 saat, korang bolehlah tutup tingkap dan sambung memandu seperti biasa.

Sumber Gambar The Globe and Mail

Jadi bila dah ada 7 tips di atas ni, korang tak lagi merungut setiap kali perlu meninggalkan kereta di bawah matahari untuk satu tempoh yang lama.

Selain daripada tips hilangkan bahang kereta, korang juga kena tahu tips untuk guna aircond dengan betul agar tidak mudah rosak dan sentiasa sejuk. Nak baca tips tersebut boleh rujuk di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button