KenderaanCara Mudah

Tips Aircond Kereta Sentiasa Sejuk & Cara Betul Guna Aircond Kereta Agar Kompresor Tak Mudah Rosak

Cara Guna Aircond Kereta Dengan Betul Agar Sentiasa Sejuk & Tahan Lama

Dengan cuaca yang panas terik sejak kebelakangan ni, setiap kali masuk ke dalam kereta yang terbiar lama berjemur di bawah matahari, mesti rasa macam masuk ke dalam ketuhar yang panas membara. Segala permukaan yang ada terasa panas, sampai rasakan kita boleh melecur bila memegang mana mana permukaan dalam kereta.

Cara Betul Guna Aircond Kereta Agar Tak Cepat Rosak

Firasat kita setiap kali nak menyejukkan kereta yang panas mestilah nak hidupkan aircond di tahap kelajuan yang maksimum. Walaupun mungkin cara ni boleh mempercepatkan proses penyejukan, tapi ia juga secara tak langsung boleh menyebabkan kompresor kereta cepat rosak dan minyak kereta juga akan cepat habis.

Sebab tu lah, kita kena tahu cara penggunaan aircond yang betul, lagi-lagi semasa cuaca panas terik macam sekarang ni, agar tak adalah kena keluarkan duit untuk ganti mana-mana bahagian aircond yang rosak. Kalau murah takpe ini beratus-ratus masak jugak.

1. Jangan Terus Hidupkan Aircond

Aircond kereta korang sebenarnya berfungsi dengan lebih bagus ketika kereta sedang dipandu, sebab semakin laju enjin bergerak, semakin laju kompresor aircond berfungsi, menyebabkan kereta dapat disejukkan dengan lebih efektif. Jangan bazirkan masa dan petrol dengan terus menghidupkan aircond dan tunggu kereta sejuk sebelum bergerak.

Sumber Gambar Car From Japantulah

Kalau bahagian dalam kereta terlalu panas, buka tingkap dan hidupkan kipas aircond (jangan hidupkan penyejuknya dulu), sebelum memandu untuk seminit dua. Ini akan membantu untuk mengeluarkan udara bahang di dalam kereta, dan digantikan dengan angin luar yang lebih sejuk. Bila agak-agak kereta dah tak panas, bolehlah tutup tingkap dan hidupkan penyejuk aircond pula.

2. Mulakan dengan Tahap Kelajuan yang Rendah

Bila masuk kereta, korang janganlah pula terus hidupkan aircond di tahap yang maksimum sebab ini akan membuatkan kompresor bekerja dengan lebih keras. Apabila kompresor bekerja terlebih keras, ia boleh mengakibatkan overheat dan seterusnya rosak. Kalau nak ganti dengan kompresor baru, alamat berlubanglah dompet korang.

Sumber Gambar Car From Japan

Sebaliknya, mulakan dengan kelajuan yang rendah, tapi suhu yang paling sejuk. Cara betul guna aircond kereta ni bukan saja dapat memastikan kompresor tak cepat rosak, tapi ia juga lebih menjimatkan minyak.

3. Pastikan Recirculation Mode Dimatikan

Apabila korang menghidupkan enjin, tutup dulu recirculation mode. Ini supaya udara bahang di dalam kereta dapat keluar dan digantikan dengan udara yang lebih sejuk dari luar. Bila rasa bahang dah semakin berkurangan, hidupkan aircond dan hidupkan juga recirculation mode tadi agar angin sejuk dari aircond dapat berkitaran di dalam kereta.

Sumber Gambar Cardeal Page

4. Matikan Fungsi Automatik Start/Stop

Kalau kereta korang jenis model baru, yang ada sistem stop/start automatik, lebih baik untuk matikan je fungsi tersebut. Walaupun fungsi ni boleh menjimatkan minyak, tapi ia juga akan menyebabkan aircond turut mati ataupun menjadi tidak kuat apabila enjin dimatikan. Fungsi ni tak sesuai dihidupkan semasa cuaca panas terik, sebab mesti korang akan lemas, lagi-lagi apabila berhenti di lampu trafik. Jadi lebih baik matikan fungsi ni kalau memandu di bawah cuaca yang terik.

Sumber Gambar Lemon Law Court

5. Tukar Penapis Jika Kotor

Korang takkan dapat rasa aliran udara yang lancar jika penapis kereta kotor. Periksa penapis udara kereta, paling kurang sebulan sekali dan tengok jika ia perlu ditukar ataupun tak. Selalunya kalau kereta model baru, korang boleh tukar sendiri penapis tersebut dengan mudahnya. Tapi kalau kereta model lama susah sikitlah. Kalau nak senang, bawa je kereta ke bengkel.

Sumber Gambar Wynd

Bila dah tahu cara betul guna aircond kereta, lepas ni tak perlulah risau lagi dompet kering sebab kena ganti kompresor. Selain daripada hidupkan aircond dengan betul, ada tips lain untuk jimatkan minyak kereta korang. Tips-tipsnya korang boleh baca di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button