RumahCara Mudah

PKP Ni Duduk Rumah Gas Dapur Cepat Habis? Ini Tips Jimat Guna Gas Dapur.!

Tips Jimat Guna Gas Dapur Untuk Memasak

Apalah guna sebuah dapur, kalau tak ada dapur gas untuk memasak? Rata-rata, setiap dapur di Malaysia ni pasti akan gunakan dapur gas untuk memasak. Tapi sekarang kan dah banyak perkakas dapur yang guna elektrik macam induction cooker atau air fryer, mungkin ramai yang lebih suka dengan pilihan ni. Cumanya, semua perkakas elektrik ni akan guna banyak elektriklah sebab ia digunakan untuk memanaskan, jadi ramailah yang lagi suka untuk guna dapur gas.

Bila guna dapur gas pula, mungkin korang tak terfikir sangat bab nak berjimat gas masa memasak ni. Ya lah, satu tong gas tu baru berapa Ringgit je kan. Tapi, kalau ada cara untuk jimat duit, apa salahnya kalau amalkan, Betul tak? Lagi-lagi kalau masa kena duduk rumah selalu ni. 

6 Tips Jimat Guna Dapur Gas

Cuba bayangkan, masa korang tengah seronok-seronok nak memasak ni, tiba-tiba gas habis. Padahal, tak sampai sebulan pun lagi guna, dah kena tukar baru. Maksudnya cara penggunaan dapur gas korang selama ni salah. Kalau dengan penggunaan yang betul, satu tong gas tu boleh bertahan sampai 4 ke 5 bulan! Tapi ni untuk kegunaan harian dekat rumah lah. Kalau korang guna dapur gas untuk meniaga makanan, lainlah pula ceritanya kan?

Tapi macam mana cara penggunaan dapur gas yang betul dan menjimatkan? Teruskan bacaan korang kalau nak tahu lebih lanjut!

1. Periuk Perlu Sentiasa Ditutup

Sumber Gambar Unsplash

Masa memasak tu, pastikan korang guna periuk yang ada penutup dan bila semua bahan masakan dah dimasukkan, cepat-cepat tutup periuk tu dengan penutup. Bila periuk tu ditutup, haba akan terkumpul dekat bahagian dalam periuk je. Jadi masakan korang akan cepat panas dan cepat masak. Tak adalah korang luangkan masa yang lama untuk memasak dan gas yang digunakan pun sikit je.

2. Sediakan Bahan Terlebih Dulu

Ada sesetengah orang mempunyai tabiat untuk hidupkan api terlebih dulu, lepas tu baru nak mula sediakan bahan-bahan masakan. Kalau korang chef profesional, takpelah juga. Ni kalau nak potong bawang pun ambil masa yang lama, baik tak payah. Bila buat macam ni, makin banyaklah gas yang dihabiskan padahal proses memasak tak mula pun lagi. Lagi baik kalau korang sediakan bahan-bahan terlebih dulu. Bawang dah siap dipotong, santan dah siap diperah. Bila bahan-bahan semua dah sedia, barulah korang hidupkan dapur gas. Lagipun lagi lancar proses memasak korang kalau buat macam ni.

3, Padam Api Lebih Awal

Bila masakan korang dah panas atau mendidih, boleh je kalau padam api lebih awal daripada biasa sebab haba yang terdapat dalam periuk tu cukup je untuk lauk di dalamnya terus masak. Jadi korang tak perlu takut kalau ayam atau daging dalam masakan tu tak cukup masak bila api dipadam lebih awal.

Kadang tu, kita terleka tengok drama kat TV sampai lupa masak apa dekat dapur. Jadi, seeloknya, setkan alarm telefon tu supaya ingat. Lagi-lagi kalau yang masak air pakai dapur tu. Ada kadang sampai habis gas atau kering air dalamnya. Kan bahaya kalau macam tu.

4. Gunakan Periuk Seramik

Sumber Gambar Unsplash

Daripada beli periuk keluli yang murah dan tak tahan lama, cuba belanjakan duit sikit untuk beli periuk seramik yang lebih tahan lama. Lagi satu kelebihan periuk seramik adalah ia lebih cepat serap haba, maka ia tak perlukan haba yang banyak pun untuk cepat panas. Dah boleh jimat gas dan masa dah dekat situ. Periuk seramik ni, RM50 pun dah boleh dapat dah yang jenis berkualiti dan tahan lama.

5. Masak dalam Kuantiti yang Banyak

Masa korang nak masak untuk makan tengah hari, pastikan kuantiti tu banyak supaya boleh buat lauk untuk makan malam sekali. Nanti tak perlulah korang nak kena susah-susah masak lauk baru untuk makan malam pula. Tinggal perlu panaskan je kan. Dapat jimat sikit masa masak dan juga gas dapur. 

6. Sentiasa Bersihkan dan Servis Dapur

Rajin-rajinkanlah diri untuk bersihkan dapur setiap kali lepas masak, lagi-lagi dekat bahagian penunu (burner) tu. Sebab kadang-kadang, masa korang masak tu, mungkin ada sisa-sisa makanan yang terjatuh dekat penunu tu yang lama-lama akan terus melekat dekat situ. Bila ada bendasing yang melekat dekat bahagian penunu tu, api yang terhasil pun tak besar walaupun korang dah set pada tahap maksimum, bermaksud lagi banyak guna gas lah kalau macam tu. Kalau korang malas nak bersihkan dapur setiap kali lepas masak, boleh je ambil masa seminggu sekali untuk betul-betul cuci dan servis dapur tu.

TIPS BONUS! 

Boleh Jimat Gas Kalau Nak Rebus Daging yang Empuk!

Kalau korang nak rebus daging ke, kentang ke, atau apa-apa bahan yang perlu direbus, mesti akan biarkan api terbuka untuk satu masa yang lama. Kadang-kadang tu boleh sampai 30-40 minit. Kan dah banyak gas membazir dekat situ. 

Puan Nor Izan Mustapa ada kongsikan tips 5:30:7 yang sangat berkesan untuk buat daging empuk, dalam masa yang sama dapat jimatkan gas! Caranya adalah:

  1. Masak air sampai mendidih.
  2. Masukkan daging/kentang/bahan yang nak direbus.
  3. Biarkan bahan tu direbus dalam air mendidih selama 5 minit.
  4. Matikan api dan tutup periuk dengan penutup dan biarkan selama 30 minit.
  5. Lepas 30 minit, hidupkan semula api, dan biarkan ia mendidih untuk 7 minit lagi.
  6. Matikan api dan korang dah dapat lauk yang empuk!

Alat Jimat Gas Dapur

Selain itu ramai juga guna sebuah alatan untuk menjimatkan dapur gas. Harga tak mahal dalam sekitar RM6 hingga RM10. Barang dia seperti gambar di bawah ini:

Sumber Gambar Desainrumahid

Boleh cuba tips yang dikongsikan ini dan kalau berkesan boleh share pada yang lain agar dapat saling berjimat. Ye lah zaman sekarang ni kos sara hidup makin tinggi kan, jadi ada benda boleh jimat elok kita guna. Kalau nak tahu tips jimat air pula boleh baca di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button