KenderaanCara Mudah

Tak Tahu Apa Nak Buat Kalau Kereta Kena Langgar? Ikut Je 6 Langkah Ni, Mesti Semua Jadi Lebih Lancar 

Cara Mudah Selesaikan Apabila Kereta Kena Langgar

Tak ada siapa yang nak terlibat dalam kemalangan atau kereta kena langgar. Tapi dengan bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan bila korang terlibat dalam kemalangan, bukan je dapat selamatkan nyawa, tapi juga boleh kurangkan kecederaan dan dapat membuatkan proses claim insurans atau takaful jadi lagi mudah. 

Benda pertama yang korang kena lakukan bila terlibat dalam kemalangan adalah untuk menghentikan kereta yang dipandu. Jangan sesekali lari lepas terlibat dalam kemalangan, lagi-lagi kalau korang yang bersalah terlanggar dengan kenderaan lain. Sebab, isu akan jadi lagi rumit dan besar kalau korang tak berhenti dulu di tepi lepas terlibat dengan kemalangan. Silap-silap boleh dituduh langgar-lari pula. Sekarang ni, dekat mana-mana pun ada kamera, jadi last-last kena tangkap juga.

Ada banyak cara yang korang boleh ambil untuk elakkan diri daripada terlibat dengan kemalangan. Tapi kadang-kadang walau cermat macam mana sekalipun korang memandu, kemalangan masih boleh terjadi atas sebab kecuaian orang lain. Sebab tu, pentingnya untuk korang tahu langkah-langkah apa yang perlu dilakukan sekiranya kereta dilanggar.

6 Langkah yang Perlu Dilakukan Sekiranya Kereta Kena langgar

1. Kekal Tenang Walaupun Panik, Marah akan Buat Keadaan Lagi Parah!

Dah tentu-tentu, benda pertama yang korang akan lakukan apabila terlibat dengan kemalangan adalah panik. Ye lah, korang takut kalau ada sesiapa yang tercedera, ataupun takut duk memikirkan duit yang terpaksa dihabiskan di bengkel untuk baiki. Memang tak dinafikan semua akan berasa sebegini jika pertama kali kemalangan.

Panik macam mana sekali pun, ambil lah masa untuk bertenang seketika. Sebelum keluar daripada kereta, periksa dulu kalau penumpang atau korang sendiri ada yang cedera tak. Kalau ada yang tercedera kena cepat-cepat telefon ambulans. Lepastu, periksa pula keadaan kereta macam mana, masih dalam keadaan yang baik ataupun tak. Sebab takut tangki minyak terbocor ke, kan bahaya. Kalau ada, cepat-cepat bawa keluar semua dalam kereta ke tempat yang lebih selamat.

Kalau kereta korang yang dilanggar, cuba elakkan diri daripada terus marah-marah dan maki-maki si pesalah. Berbincang dengan baik dan elakkan diri daripada bersikap fizikal dengan diorang contohnya sampai bertumbuk. Apa-apa hal, korang serahkan pada pihak polis je untuk ambil tindakan sewajarnya. Dah lah sakit sebab kemalangan takkan nak tambah sakit sebab kena belasah kan?

Sumber Gambar Belal

2. Ambil Gambar Sebagai Bukti

Sebaik je korang keluar daripada kereta, cepat-cepat keluarkan telefon dan ambil gambar kejadian kemalangan. Gambar-gambar ni penting bila korang nak buat laporan polis dan nak tuntut insurans kereta nanti. Antara gambar yang korang kena ambil adalah:

  • Nombor plat kedua-dua kereta
  • Model kereta
  • Warna kereta
  • Kerosakan kemalangan
  • Lokasi kemalangan
  • Nama jalan atau bangunan berdekatan

Langkah ni juga boleh jadi jaminan kalau tiba-tiba orang yang melanggar korang tu melarikan diri. Korang boleh terus buat laporan polis sebab dah ada nombor plat diorang. Nak lagi senang, korang pasang je kamera perakam dalam kenderaan, sebab polis nak tahu cerita penuh. Jadi bila korang ada rakaman, boleh tunjuk terus dekat pegawai polis.

Sumber Gambar Directauto

3. Dapatkan Butiran Pihak Lagi Satu

Selain daripada gambar untuk bukti, korang juga kena dapatkan maklumat pihak yang melanggar tu. Sebab tu jangan gaduh-gaduh, cakap baik-baik mesti yang langgar tu bagi kerjasama. Maklumat penting yang korang kena tahu:

  • Nama
  • Nombor telefon
  • Nombor kad pengenalan 

Ini penting sebab bila kereta kita dilanggar, kita akan claim insurans orang yang melanggar kita. Tapi kalau diorang tak buat laporan polis, proses nak claim insurans tu akan jadi susah. Jadi kalau korang dah ada nombor telefon pelanggar, bolehlah telefon dia untuk minta dia selesaikan secepat mungkin. Jangan lupa masa diorang bagi nombor telefon tu, korang telefon nombor tu dekat situ juga untuk pastikan nombor yang diberi tu nombor yang betul.

4. Hubungi Pihak Insurans atau Takaful Secepat Mungkin

Situasi yang selalu berlaku setiap kali ada kemalangan, pasti akan ada beberapa ‘bantuan’ yang tiba dengan cepat. Masing-masing volunteer untuk tunda kereta korang ke bengkel berdekatan. Walau apa pun yang terjadi, kalau boleh elakkan terima pelawaan diorang sebab kadang kala caj yang dikenakan agak tinggi.

Sebaliknya, korang perlulah cepat-cepat hubungi pihak insurans untuk dapatkan khidmat trak tunda daripada diorang dan ia ternyata lebih selamat. Pastikan kereta korang dibawa ke balai polis berdekatan untuk buat laporan dahulu. Selepas itu barulah ke bengkel ya. 

Sumber Gambar Kurnia Insurance

5. Buat Laporan Polis

© Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

Ingat, korang kena buat laporan polis dalam masa 24 jam sebab kalau terlewat korang akan didenda! Ianya dikira sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 52(2) APJ 1987 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300. Masa nak buat laporan polis, adalah lebih digalakkan kalau korang buat laporan sekali dengan pihak yang lagi satu. 

Macam mana proses buat laporan polis ni? Prosedurnya begini:

  • Bila dah sampai dekat balai polis tu, katakan pada pegawai di situ yang korang nak buat laporan polis sebab kemalangan dan diorang akan bawa berjumpa dengan pegawai yang berkenaan.
  • Pastikan korang dah siap sedia kad pengenalan dengan lesen.
  • Pegawai polis akan mula bertanya soalan:
    1. Di mana ia berlaku?
    2. Kenapa kemalangan boleh berlaku?
    3. Pukul berapa kemalangan tu berlaku?
    Pastikan korang ingat kejadian kemalangan tu dengan terperinci. Jawab dengan tenang dan tunjukkan juga gambar-gambar yang korang dah ambil tadi sebagai bukti sokongan.
  • Selesai, korang akan dihantar ke seksyen berikut pula, di mana gambar kereta yang kemalangan tu akan diambil.
  • Jangan lupa ambil salinan laporan polis, keputusan siasatan dan gambar-gambar kenderaan di kaunter (biasanya akan siap dalam beberapa hari). Korang akan diberi nombor rujukan dan balai polis akan telefon bila ia dah siap. 

Sumber Gambar pdrmsia_trafik

6. Boleh Tuntut Insurans di Bengkel Panel

Lepas semua urusan dengan pihak polis dah selesai, bolehlah korang bawa kereta ke bengkel panel. Jangan bawa ke bengkel biasa pula. Silap hari bulan korang kena keluar duit sendiri pula sebab insurans tak cover. Masa proses nak buat tuntutan insurans tu, bawa dokumen-dokumen yang diperlukan macam laporan polis, keputusan siasatan, dan polisi insurans kereta.

Sumber Gambar ibanding

Selalunya ambil masa lebih kurang 7 hari ke 2 minggu untuk baiki bergantung pada kerosakan kereta. Tapi jangan risau sepanjang kereta baiki, boleh claim insurans kerugian tiada kenderaan, jadi boleh guna duit tu untuk sewa kenderaan lain. Tapi kena dahulukan duit korang dulu lah. Tu kena ada duit simpanan kecemasan. Tak tahu nak simpan macamana? Baca tips ini.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button