PekerjaanCara Mudah

Nak beli motor tapi tak mampu nak bayar duit muka & duit ansuran? Tengok ni

Cara Mudah Tambah Pendapatan Kalau Ada Motorsikal

Cara Mudah Tambah Pendapatan Kalau Ada Motorsikal

Semua orang tahu yang guna motosikal sangat menjimatkan kos. Tak kena tol. Minyak pun kadang-kala RM5 seminggu. Tapi nak beli motor pun bukan murah. Yang bagus sekarang ni boleh bayar secara ansuran. Kat mana pulak nak cari duit bayar bulan-bulan ni? Haa ni dia antara kerja sampingan korang boleh buat kalau ada motorsikal. 

GradFood Rider

Untuk jadi GrabFood Rider, asalkan korang ;

  • Ada smartphone (Android atau iOS) dengan pelan data internet
  • Warganegara berumur 18 tahun ke atas
  • Ada lesen dan insuran motor yang masih sah

Korang dah boleh buat duit tepi. Gaji pun korang boleh dapat hari-hari. Kelebihan jadi Rider GrabFood ni tak ubah macam pemandu teksi. di mana korang bebas memilih waktu dan tempoh bekerja.

Dari segi gaji pula, bayaran dalam RM7 sehingga RM15 bergantung pada jarak antara restoran dan juga pelanggan serta insentif tambahan mingguan. Bahkan rate akan jadi lebih tinggi ketika waktu puncak. Kata la korang buat dalam 2 jam sehari dan dalam tempoh tu, purata pelanggan dalam 5 orang.

Kita ambil paling rendah, RM7 untuk satu tugasan atau job. 5 job x RM7 sudah RM35. Konsisten seminggu dah dapat RM245! Tolak duit minyak sehari RM5 dapatlah RM220. Bukan duit bayar ansuran motor je lepas, buat simpanan pun cukup

Kalau berminat boleh pergi ke Grab Rider

Foodpanda

Syarat-syarat untuk bekerja dengan Foodpanda tak jauh beza dengan rider Grab. Cuma diorang bagi kelonggaran di mana lesen P pun boleh jadi rider. Namun cara bekerja pula tak sebebas Grab. Rider Foodpanda perlu pilih syif atau waktu mengikut hari.

Namun dilihat bonding antara rider sangat kuat. Bahkan keperluan rider Foodpanda lebih banyak dan popular di bandar-bandar utama. Maka kalau korang tinggal di Kuala Lumpur, Shah Alam, Penang, Johor Bahru, Ipoh dan Melaka, ini merupakan lubuk rezeki untuk korang buat duit tepi dengan motor.

Foodpanda memperkenal sistem batch (level la senang cerita). Rider baru dikira Batch 5 dan gaji korang dalam RM5 sejam. Rate ini akan naik mengikut tempoh berapa lama korang bekerja dengan Foodpanda. Ini tak termasuk dengan tips delivery sebanyak RM3 setiap satu penghantaran. Jadi kalau korang pilih shift 3 jam (Rm15) dan dapat 6 order (18) dah RM33. Kerja seminggu dapat RM231 tolak duit minyak (RM25 seminggu) dah dapat RM206.

Sumber Gambar :Pandulaju

Berbeza dengan Grab, Gaji korang akan dibayar pada setiap hari Selasa.

Kalau berminat, boleh mendaftar di Foodpanda

Rider Dah Makan

Dah Makan ini macam Grab Food dan Foodpanda. Bezanya ia lebih tertumpu di kawasan Lembah Klang. Makanan yang disediakan di aplikasi ini adalah makanan yang dimasak oleh chef profesional serta dengan pilihan yang lebih sihat atau makanan seimbang. Dari segi kelayakan, ianya tak terlalu ketat. Cumanya ada yuran pendaftaran sebanyak RM50 diperlukan, sekali seumur hidup.

Jika dilihat dari sudut gaji pula, Dah Makan antara yang paling mewah. Selain dapat baju dan welcome kit, gaji RM12 sejam kalau part time. Kalau full time boleh mencecah RM2600 sebulan. Bukan itu sahaja, ada peluang naik pangkat bersama Dah Makan juga kalau buat full time.

Ada lagi rider food yang lain seperti McDonald’s atau KFC. Memandangkan apps Grab dan Foodpanda juga boleh membeli makanan mereka, peluang jadi rider mereka biasanya di lokasi-lokasi terpilih sahaja. Kalau tak minat buat delivery makanan, korang boleh cuba jadi rider courier atau barang seperti Lalamove, Shopee Express dan sebagainya.

Lalamove

Lalamove hantar barang tak kira apa. Kalau rider motosikal biasanya akan dapat job hantar makanan. Biasanya dari penjual yang berniaga dari rumah. Untungnya rider Lalamove selain dapat insentif bulanan, kita tiada kuota minimum penghantaran.

Nak bina kerjaya sebagai rider tetap Lalamove pun boleh. Untung-untung boleh masuk program Lalamove Gold Rider iaitu program eksklusif untuk penghantar-penghantar Lalamove yang berprestasi tinggi. Cuma nak jadi rider Lalamove kena jalani latihan khas. Tapi jangan risau, korang masih boleh buat job sambil selesaikan latihan. 

Menurut salah seorang rider Lalamove, dia boleh mendapat sekitar RM150 sehari hingga RM280 sehari. Kalau kerja secara fulltime gaji boleh mencecah RM7,000 sebulan. Banyak tu kan! Dah boleh benti kerja sedia ada buat kerja ni sepenuh masa pulak.

Shopee Express

Sumber Gambar :HH vlog

Siapa yang selalu guna Shopee mesti perasaan benda ni; rating diberikan berdasarkan kepantasan delivery. Jadi untuk memastikan peniaga di Shopee dapat hantar tempahan barang on time, maka wujudlah Shopee Express. Kriteria utama sama seperti job rider yang lain. Cumanya mereka lebih prefer lelaki yang mempunyai sikap positif dan mesra pelanggan.

Dari sudut gaji boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan berserta EPF dan SOCSO + Insurans + Komisen kalau dibuat secara full time. Kalau buat separuh masa, bayaran komisen dikira bagi setiap parcel (barang) yang dihantar. RM2 untuk size S, RM4 untuk size M dan RM6 untuk size L. Bayaran pula akan dibayar dalam masa 1 minggu

Sumber Facebook

Ada banyak lagi perkhidmatan rider yang lain di luar sana seperti Bungkusit, Mr Speedy, ZeptoExpress dan sebagainya. Cuma hanya beberapa sahaja yang kami kongsikan. Korang boleh juga join Facebook Group Gabungan dispatch / driver courier Malaya untuk dapatkan berita dan iklan job untuk rider at sana.

Kerja rider ni mencabar sebenarnya. Kena sabar redah hujan, penerima perangai baran dan yang paling sadis, kena kejar anjing. Tak ada kerja yang senang dalam dunia ni kan, semuanya perlukan pengorbanan. Kalau nak beli kereta pun boleh buat kerja part time untuk bayar ansuran kereta. Baca sini

Sumber rujukan therohani

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button