RumahCara Mudah

Gaji Tak Lepas Nak Apply Loan Rumah? Jangan Risau, Korang Boleh Beli Rumah Joint Loan (Dua Nama)!

Cara Mudah Beli Rumah Kalau Gaji Seorang Tak Lepas Apply Loan

Ramai lagi tak tahu cara beli rumah joint loan. Siapa je yang tak nak duduk rumah sendiri, kan? Semua orang pun mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri, untuk kita duduk sampai tua nanti bersama keluarga yang tersayang. Tapi tak semua orang mampu nak beli rumah dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni, lepastu harga rumah pula tinggi melambung mahalnya lagi-lagi untuk orang-orang golongan B40 dan M40 macam kita ni. Nasib baiklah ada kemudahan lain seperti buat ansuran dengan bank, sebab kalau nak beli cash memang tak mampulah.

Datang pula satu masalah baru, gaji korang yang sedia ada ni mungkin tak lepas nak apply pinjaman (loan) ataupun lepas cuma loan yang diluluskan bank tu sedikit dan tak boleh nak cover untuk pembelian rumah yang korang nak. Ye lah, sekarang ni rumah kalau dekat dengan kemudahan, dengan bandar, mestilah mahal. Kalau ada yang murah pun mesti terletak jauh nun di pelusuk, dah susah kita nak pergi kerja pula.

Cara Mudah Beli Rumah Joint Loan Kalau Gaji Seorang Tak Lepas Apply Loan

Jangan risau! Korang sebenarnya boleh selesaikan masalah gaji tak lepas nak apply loan dengan beli rumah menggunakan dua nama, atau yang orang selalu panggil beli rumah joint loan. Maksudnya rumah tersebut akan ada dua orang pemilik. Dengan siapa boleh joint loan ni? Kebiasaannya dengan suami/isteri, ahli keluarga dan ada juga dengan kawan.

Selalunya orang buat joint loan sebab ada kelebihan antaranya adalah :

  • Dapat jumlah pinjaman lagi tinggi (boleh beli rumah yang lagi besar atau lebih mahal).
  • Kadar faedah lebih rendah (sebab bank menilai kemampuan kedua belah pihak yang memohon pinjaman)
  • Loan lebih senang nak diluluskan (sebab kadar Nisbah Pembiayaan Hutang atau DSR rendah).

Sumber Gambar Thereporter

Macam Mana Cara Nak Apply Joint Loan?

Kalau dah berminat nak teruskan untuk apply loan dengan pasangan korang, jadi apa cara-caranya? Nak mohon joint loan sebenarnya sama je macam nak mohon loan biasa. Boleh pergi ke bank dan bagitahu je dekat pegawai bank tu yang korang nak apply joint loan.

Nanti masa nak pergi bank tu, korang dan pasangan jangan lupa bawa dokumen-dokumen penting berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Slip gaji 3 bulan yang paling terkini
  • Bank statement untuk 6 bulan yang paling terkini
  • Penyata KWSP yang paling terkini
  • Dokumen-dokumen lain yang mungkin akan diminta pihak bank.

Selalunya bank akan check dulu kelayakan korang lepas ke tak nak mohon. Selain tu, kalau nak lagi senang, terus je cari rumah yang korang berkenan dulu, lepastu korang contact ejen yang jual rumah tu, nanti dia akan uruskan segala urusan termasuklah buat loan daripada A sampai Z, tapi korang kena beri kerjasama lah dengan bagi dokumen-dokumen yang diperlukan.

Sekiranya Bercerai atau Pasangan Meninggal Dunia

Dua benda ni memang kalau boleh harapnya takkan terjadi dalam hidup kita, tapi kebarangkalian untuk ia terjadi masih ada. Korang kena fikir, kalau suami atau isteri meninggal, secara automatik 50% hak suami/isteri ke atas rumah tu akan jadi harta pusaka. Bermakna, mana-mana waris suami/isteri korang boleh datang untuk tuntut harta tersebut.

Mungkin korang fikir mentua atau adik-beradik ipar korang baik je dengan korang selama ni, tapi jangan main-main dengan harta pusaka. Kadang-kadang dalam keluarga sendiri pun boleh berebut. Jadi apa boleh buat? Antara cara yang korang boleh buat untuk selesaikan isu ni ialah dengan Hibah Bersyarat.

Sumber Gambar Animasi

Hibah Bersyarat

Hibah maksudnya memberikan sesuatu kepada pihak lain yang dilakukan ketika masih hidup atas dasar kasih sayang. Jadi, dalam kes rumah ni, korang boleh letakkan nama siapa yang korang nak berikan rumah tu kalau lah tiba-tiba ada benda yang terjadi pada korang seperti kematian akibat kemalangan atau sakit.

Kalau dalam joint loan, masing-masing suami dan isteri akan pegang 50% hak kepada rumah tu, jadi korang berdua mestilah hibahkan rumah tersebut pada nama pasangan masing-masing. Contohnya, kalau suami hibahkan bahagian 50% tu pada isteri, maksudnya si isteri akan dapat 100% hak rumah tu kalau suaminya meninggal. Dan begitulah sebaliknya. Tu lah yang bestnya hibah ni, sebab pihak lain takkan boleh nak masuk campur dah, sebab rumah tu dah tak jadi harta pusaka.

Jadi, bila beli rumah joint loan, korang boleh dapat buat loan yang lagi tinggi, dan bolehlah beli rumah idaman. Tapi boleh jadi juga gabungan gaji antara korang dan pasangan masih belum mampu nak dapatkan loan untuk beli jenis rumah yang diinginkan. Sebab tulah kerajaan ada sediakan rumah mampu milik dan skim-skim bantuan yang korang boleh mohon juga! Baca lanjut di SINI.

Sumber rujukan KakiProperty

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button