Cara MudahKenderaan

Ikuti 3 Langkah Ni Kalau Cermin Kereta Pecah / Retak Akibat Kerja Potong Rumput!

Cara Tuntut Ganti Rugi Cermin Retak Akibat Kerja Potong Rumput

Perasan tak kadang-kadang dekat tepi jalan, mesti akan ada orang yang buat kerja-kerja pemotongan rumput dengan mesin sehingga terjadinya cermin kereta pecah. Bila kita tengah bawa kereta tu dan pandu sebelah tempat kerja-kerja pemotongan rumput sedang dijalankan, mesti kadang-kadang tu jadi takut kan. Ya lah, kadang-kadang batu-batu kecil boleh terpelanting dan kalau terkena tingkap kereta kita, boleh retak, ataupun pecah!

Sumber Gambar MyKMU

Ada banyak kes yang melibatkan batu melantun daripada kerja-kerja memotong rumput di tepi jalan sampai membuatkan tingkap dan cermin kereta pecah ataupun retak. Kalau korang yang lalui situasi sebegini, apa yang patut dilakukan? Adakah korang patut marah? Ataupun tukar dermin di bengkel dengan duit sendiri? Ataupun claim insurans kereta sendiri?

Jawapannya: korang boleh claim dengan insurans syarikat yang melakukan kerja pemotongan rumput tersebut! Setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan perlu mempunyai insurans sebelum ia dapat dijalankan. Pihak berkuasa dah mewajibkan setiap kontraktor yang mahu melakukan kerja pemotongan rumput di tepi jalan untuk mempunyai insurans terlebih dulu bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tak diingini.

Sebelum mana-mana kontraktor nak melakukan kerja pemotongan rumput, diorang perlu mengemukakan surat insurans terlebih dulu kepada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran kawasan tersebut sebagai bukti yang terdapat insurans akan melindungi jika terjadinya apa-apa kemalangan.

Jadi Apa yang Patut Dibuat Kalau Cermin Kereta Pecah / Retak Akibat Kerja Potong Rumput?

Sumber Gambar The Helmi

Kalau korang berada dalam keadaan ni, tak perlu marah-marah ataupun panik. Dua benda ni akan lagi menyebabkan situasi jadi makin buruk dan lambat selesai. Sebaliknya, apa yang patut korang buat adalah:

Ambil Gambar dan Butiran yang Perlu

Kalau cermin kereta korang terkena batu yang terpelanting akibat kerja pemotongan rumput, cari tempat yang selamat untuk berhentikan kereta. Ambil gambar cermin yang retak untuk disimpan sebagai bukti semasa proses claim insurans nanti. 

Dekati pekerja pemotong rumput tadi dengan tenang dan minta butiran seperti namanya, nombor kad pengenalan dan nama syarikat yang dia bekerja. Pastikan juga korang dah catitkan di mana dan pukul berapa kejadian tersebut berlaku.

Semak Bengkel Panel Insurans Syarikat Tersebut

Sumber Gambar IBanding

Setelah mendapat butiran syarikat kontraktor tersebut, hubungi diorang dan dapatkan pula nama dan lokasi bengkel panel syarikat insurans yang telah didaftarkan. Korang tak boleh sesuka hati pergi ke mana-mana bengkel je, sebab syarikat insurans hanya akan cover bayaran kerosakan di bengkel panelnya saja. 

Buat Laporan Polis

Sumber Gambar Borneo Today

Pastikan korang membuat laporan polis dalam masa 24 jam daripada tempoh kejadian tersebut berlaku. Dalam laporan polis tu, korang boleh nyatakan:

  • Nama pemotong rumput
  • Nombor kad pengenalan atau nombor pasportnya
  • Nama syarikat kontraktor
  • Lokasi, tarikh, dan masa kejadian berlakunya kemalangan tersebut

Setelah selesai, korang boleh bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans yang berdekatan untuk mendapatkan cermin baru secara percuma. 

Jadi, lepas ni kalau korang tiba-tiba berada dalam situasi di mana cermin kereta pecah atau retak disebabkan oleh batu yang terpelanting daripada kerja-kerja pemotongan rumput, jangan marah-marah. Selesaikan isu ini dengan tenang supaya proses claim insurans menjadi lebih lancar.

Sejak kebelakangan ni, kebanyakan tempat asyik dilanda hujan yang lebat secara tiba-tiba. Hujan yang turun dengan lebat boleh membahayakan pemanduan dan boleh menyebabkan kemalangan. Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan, korang perlu ikuti 6 tips memandu ketika hujan yang boleh dibaca di SINI!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button