Sekolah

Hala Tuju Selepas SPM, Nak Sambung Belajar Ada Pilihan Apa? Atau Kerja Lebih Bagus?

Pilihan Menyambung Pelajaran Selepas SPM, Nak Sambung Belajar Di Mana Hala Tuju Selepas SPM

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja diumumkan, pastinya ramai pelajar dan ibu-bapa yang tercari-cari apakah hala tuju selepas SPM. Sebenarnya ada banyak pilihan boleh dibuat oleh pelajar apabila mendapat result SPM. Untuk menyambung pelajaran sahaja para pelajar boleh memilih lebih daripada 5 pilihan malah banyak lagi. Institusi pengajian juga terdiri daripada pelbagai jenis baik daripada pihak awam mahupun swasta.

Bagi yang ingin bekerja terus selepas tamat belajar SPM juga tidaklah menjadi satu masalah kerana banyak peluang pekerjaan yang disediakan. Malah sekiranya ingin bekerja dahulu dan kemudiannya setelah cukup wang untuk menyara pembelajaran mengguna kewangan sendiri juga masih boleh berpeluang menyambung pelajaran. Apa-apa pun yang terjadi atas keputusan SPM, jangan pernah berputus asa dan mengalah, masing-masing mempunyai harapan dan jalannya.

Hala Tuju Selepas SPM, Pilihan-Pilihan Untuk Sambung Belajar Di Pelbagai Institusi

Berikut adalah antara beberapa pilihan halatuju selepas SPM yang para pelajar boleh pilih untuk menyambung pelajaran:

1. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Universiti Awam (UA)

IPTA atau Universiti Awam sememangnya menjadi pilihan utama untuk menyambung pelajaran bagi seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana yuran pengajian yang agak murah dan juga kedudukan atau ranking universiti yang agak bagus. Untuk pengajian di IPTA, antara pilihan pengajian yang ada termasuklah

  • Sijil
  • Asasi
  • Diploma
  • Sarjana Muda

Pada kebiasaanya pelajar harus memilih sama ada ingin menyambung dalam program Asasi atau Diploma dahulu sebelum berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda.  Permohonan untuk ke IPTA boleh dibuat menerusi UPUOnline yang akan dibuka dalam tempoh tertentu. Boleh rujuk panduan permohonan di pautan berikut:

Antara institusi pendidikan yang terlibat termasuklah:

  1. Universiti Awam : Universiti Malaysa, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan lain-lain
  2. Politeknik : Politeknik & Politeknik Metro
  3. Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  4. Kolej Komuniti

Untuk yuran pengajian, sebenarnya pelajar boleh mendapatkan pembiayaan kewangan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahupun biasiswa jika berkelayakan.

2. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Untuk mereka yang lebih berkemampuan, boleh sahaja mempertimbangkan untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi Swasta atau IPTS. Namun untuk mereka yang bernasib baik juga boleh mendapatkan bantuan biasiswa bagi memasuki IPTS. Selain itu, pembiayaan kewangan juga turut disediakan bagi pengajian di IPTS sama ada PTPTN, MARA mahupun pihak universiti itu sendiri. IPTS menawarkan pelbagai pilihan pengajian termasuklah:

  • Sijil
  • Program Pengajian Persediaan
  • Asasi
  • A-Level
  • Diploma
  • Sarjana Muda

Antara IPTS yang terdapat di Malaysia termasuklah:

  1. Universiti Teknologi Petronas
  2. UniKL
  3. UNITEN
  4. MSU
  5. MMU dan banyak lagi

3. Program Matrikulasi KPM

Salah satu pilihan untuk mereka yang ingin cepat menyambung pelajaran ke pengajian sarjana muda (degree) adalah dengan mengambil Sijil Matrikulasi KPM. Pengajian di Matrikulasi KPM adalah selama 1 atau 2 tahun dan seterusnya dapat menyambung terus dalam pengajian degree. Untuk pilihan bidang pula, pelajar boleh memilih untuk mengambil salah satu jurusan sama ada:

  • Sains
  • Kejuruteraan
  • Perakaunan

Permohonan bagi mengikuti pengajian dalam program Matrikulasi KPM dibuka dalam tempoh tertentu sahaja dan boleh dibuat secara atas talian iaitu menerusi pautan seperti di panduan berikut:

4. STPM / STAM – Tingkatan 6 (Form 6) 

Untuk mereka yang masih ingin menyambung pelajaran tetapi tidak mahu atau masih belum boleh berjauhan dengan keluarga, boleh lah menyambung pengajian di tingkatan 6 sama ada untuk Sijil Tinggi Perlajaran Malaysia (STPM) mahupun Sijil Tinggi Awam Malaysia (STAM). Ini kerana kebanyakan tempat pengajian STPM tersedia di sekolah-sekolah berhampiran tempat tinggal kita lazimnya. Tempoh pengajian juga adalah tidak lama iaitu 1 tahun setengah ataupun 3 penggal / semester. Setelah selesai STPM/STAM, pelajar boleh menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda melalui UPUOnline secara atas talian.

5. Program Persediaan (Tajaan-Luar Negara)

Bagi mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang ataupun baik, bolehlah memohon untuk mengikuti pengajian di luar negara. Kebanyakannya adalah ditawarkan dalam bentuk penajaan biasiswa yang membolehkan mereka menyambung pengajian di pelbagai buah negara antaranya seperti:

  • United Kingdom
  • Amerika
  • Australia
  • Jepun
  • Korea
  • Mesir
  • Dan lain-lain

Untuk pengajian seperti ini, kebiasaannya para pelajar akan menjalani program atau kelas persediaan dahulu di Malaysia untuk beberapa tempoh tertentu.

6. Institut Pendidikan Guru (IPG) 

Untuk yang berminat menjadi seorang guru, Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah pilihan yang tepat. Ini kerana apabila memasuki IPG, laluan untuk menjadi seorang guru adalah lebih mudah kerana akan terus mengambil Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau PISMP. Tempoh pengajian di IPG adalah selama 4 tahun atau 12 semester. Terdapat pelbagai bidang yang boleh dimohon dan permohonan boleh dibuat secara atas talian. Ikuti panduan berikut:

 

7. Program Teknikal dan Latihan Kemahiran

Pengajian dalam program Teknikal dan Latihan Kemahiran pula amat bersesuaian bagi pelajar yang meminati bidang kemahiran. Terdapat banyak pilihan kursus pengajian diploma mahupun sijil yang ditawarkan di Insitusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di Malaysia antaranya:

i. Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)  iaitu terbahagi kepada:

  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)

ii. Institusi Latihan Jabatan  Tenaga Manusia (ILJTM)

  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)

iii. TVET MARA

  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Institusi Kemahiran MARA (IKM)

Infografik

Berikut adalah beberapa infografik hala tuju selepas SPM sebagai rujukan semua

Pelbagai lagi sebenarnya pilihan atau hala tuju selepas SPM untuk sambung belajar bagi semua para pelajar lepasan SPM. Sekiranya ingin bekerja dahulu tidaklah menjadi masalah kerana masih berpeluang untuk menyambung pengajian tanpa kira had umur tertakluk kepada kursus yang ingin dipelajari. Pilihan terletak di tangan anda, hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua termasuk pelajar-pelajar dan ibu bapa mereka.

 

Ikuti Kami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button