InformasiSekolah

3 Jenis Bantuan Awal Persekolahan Yang Boleh Dimohon Untuk Lengkapkan Keperluan Anak

Senarai Bantuan Persekolahan Boleh Mohon

Bantuan awal persekolahan adalah yang amat dinantikan oleh kebanyakan ibu bapa. Makin ramailah ibu bapa yang sibuk nak persiapkan anak masing-masing untuk sesi persekolahan baru. Korang mesti mula runsing dan mula mengorek-ngorek tabung untuk memastikan duit yang ada cukup untuk bayar semua keperluan anak, termasuklah peralatan sekolah, yuran, dan duit belanja harian.

Kita yang tergolong dalam golongan B40 ni, kadang-kadang duit yang ada tu cukup-cukup je nak biaya anak-anak. Lagi bagus kalau dapat bantuan. Terasa ringan sikit beban yang dipikul, kan? Jangan risau, dalam artikel ni, kitorang akan senaraikan jenis-jenis bantuan persekolahan yang boleh dimohon agar dapat memastikan anak-anak dapat ke sekolah dengan kelengkapan yang cukup.

3 Jenis Bantuan Awal Persekolahan yang Boleh Dimohon untuk Lengkapkan Keperluan Anak

1. Bantuan Awal Persekolahan KPM

Sumber Gambar MStar

TERKINI: Kerajaan telah meningkatkan bantuan awal persekolah (BAP) kepada RM150 seorang murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

KPM telah memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sejak tahun 2012 lagi, di mana bantuan ni bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

BAP ni akan diberikan secara one-off sebanyak RM100 kepada pelajar yang layak, yang terdiri daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 5, dari keluarga yang mempunyai pendapatan kasar kurang daripada RM3,000. Yang lagi bestnya, bagi yang layak, korang tak perlu buat permohonan pun sebab akan terus dapat secara automatik. Nak tahu lebih lanjut mengenai BAP, boleh baca di SINI.

 

2. Bantuan Kanak-Kanak JKM

Sumber Gambar Emarieys

Jabatan Kebajikan Malaysia juga menyediakan bantuan khas sebanyak RM150 sebulan bagi seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga. Kalau nak tahu syarat-syarat lebih lanjut, boleh rujuk di SINI.

3. Bantuan Kewangan Setiap Negeri

 

Setiap negeri akan menyediakan bantuan khas persekolahan dan selalunya ia disediakan melalui lembaga zakat negeri masing-masing. Ada yang beri dalam bentuk duit bantuan, dan ada juga yang dalam bentuk seragam dan peralatan sekolah. 

 

Wilayah Persekutuan

Terdapat dua jenis bantuan zakat persekolahan yang disediakan oleh MAIWP, iaitu:

  • Bantuan Am Persekolahan, di mana bantuan jenis wang ringgit diberikan untuk membayar yuran dan keperluan pembelajaran.
  • Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan, di mana bantuan berbentuk seragam dan peralatan sekolah diberikan. Baru-baru ni juga, MAIWP telah melancarkan bantuan ‘Pilih & Pulang’ di mana keluarga yang layak boleh menebus seragam dan peralatan sekolah di kedai atau pasar raya yang terpilih. Boleh rujuk SINI untuk maklumat lanjut.

Semua permohonan mestilah dibuat di pejabat MIWP yang berdekatan.

 

Selangor

Lembaga Zakat Selangor memperkenalkan Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) di mana mereka yang layak, boleh pergi ke mana-mana kedai atau pasar raya terpilih, dan boleh ambil je seragam dan keperluan sekolah untuk anak-anak, tanpa perlu membayar apa-apa. 

 

Perak

MAIPk turut menyediakan bantuan persekolahan kepada keluarga fakir dan miskin yang boleh dimohon di pejabat MAIPk yang berdekatan.

 

Pulau Pinang

Lembaga Zakat Pulau Pinang menyediakan baucar sebanyak RM150 yang boleh digunakan untuk membeli barang keperluan sekolah anak-anak.

 

Perlis

MAIPs akan memperuntukkan RM4.3 juta untuk membantu keluarga asnaf yang memerlukan bantuan awal persekolahan untuk tahun depan. Keluarga yang layak, bakal menerima bantuan membeli kelengkapan sekolah sebanyak RM200 dan RM100 diberikan secara tunai kepada ibu bapa.

 

Terengganu

Terengganu mempunyai sistem bantuan mereka yang tersendiri, iaitu sistem iDana. Melalui sistem iDana ni, orang yang lahir dan bermastautin di Terengganu boleh mohon bantuan yang diorang perlukan. Antara bantuan yang disediakan ialah bantuan persekolahan iaitu sebanyak RM100 bagi setiap anak, dan terhad untuk 2 orang anak saja.

 

Pahang

Kerajaan Pahang menyediakan bantuan secara one-off sebanyak RM100 yang boleh dimohon di pejabat Yayasan Pahang.

 

Johor

Kerajaan Johor turut akan memberi bantuan secara one-off sebanyak RM100 sebagai bantuan awal persekolahan kepada keluarga B40 yang layak. Selain itu, MAINJ turut menyediakan bantuan membeli peralatan persekolahan kepada keluarga yang layak.

 

Melaka

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) menyediakan dua jenis bantuan persekolahan yang berlainan untuk pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Bagi pelajar Sekolah Rendah, bantuan yang disediakan adalah dalam bentuk bantuan membeli peralatan persekolahan, manakala bagi pelajar Sekolah Menengah pula adalah dalam bentuk biasiswa sebanyak RM50 sebulan.

 

Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan

Pertanyaan bantuan persekolahan boleh diajukan di pejabat Lembaga Zakat di negeri masing-masing memandangkan tiada info mengenai jenis dan nilai bantuan yang disediakan di negeri-negeri ini. Untuk bantuan zakat setiap negeri boleh rujuk di SINI

 

Dengan bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan kerajaan negeri ni, sedikit sebanyak bolehlah meringankan beban mereka yang tak mampu untuk menyediakan keperluan persekolahan anak yang lengkap. Sekiranya tak layak untuk memohon bantuan persekolahan yang ada, korang bolehlah amalkan tips jimat semasa membeli keperluan sekolah anak yang boleh dibaca di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button