PermohonanCara Mudah

Cara Mohon Zakat Setiap Negeri di Malaysia – Bantuan Bulanan, Tahunan, One-Off

Permohonan Bantuan Zakat Negeri-Negeri di Malaysia

Ini cara mohon zakat untuk setiap negeri. Orang kata kalau kita susah mesti ada pertolongan akan datang. Tapi kalau kita tak usaha cari pertolongan tu dan tak berbuat apa-apa juga macam mana nak dapat kan? Sama lah dengan mendapatkan bantuan zakat. Zakat adalah salah satu bantuan yang disediakan untuk semua sejak dari dahulu lagi. Di Malaysia, bantuan zakat telah disediakan mengikut setiap negeri. Jadi macam mana nak cara mohon zakat untuk setiap negeri?

Cara Mohon Zakat Setiap Negeri & Jenis Bantuan

Setiap negeri mempunyai Majlis Agama Islamnya yang tersendiri. Selalunya, merekalah yang akan membantu dalam mengurus dan mengagihkan zakat kepada golongan-golongan asnaf yang memerlukan. Berikut adalah jenis-jenis bantuan zakat dan cara mohon zakat bagi setiap negeri:

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan banyak jenis bantuan zakat dan ia dibahagikan kepada 5 kategori, iaitu:

  • Pembangunan Asnaf
  • Tempat Tinggal
  • Berdikari
  • Pendidikan
  • Pembangunan Ummah

Cara untuk memohon bantuan zakat adalah: 

  • Memuat turun borang bantuan umum di SINI 
  • Muat turun juga senarai semak untuk jenis bantuan yang korang mahu mohon di SINI. Lain bantuan, lain dokumen yang diperlukan. 
  • Pastikan borang lengkap diisi, dan semua dokumen yang diperlukan sudah tersedia sebelum pergi ke pejabat MAIWP yang berdekatan.

2. Selangor

Lembaga Zakat Selangor (LZS) pula membahagikan bantuan zakatnya mengikut golongan asnaf, iaitu:

  • Fakir Miskin
  • Muallaf
  • Gharim (Berhutang)

Setiap golongan ni pula dibahagikan kepada beberapa jenis bantuan lagi. Kalau nak tengok lebih terperinci, boleh klik SINI. Sama macam Wilayah Persekutuan, borang yang lengkap diisi boleh dihantar di mana-mana kaunter LZS yang berdekatan.

3. Negeri Sembilan

Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBNS) adalah institusi yang menguruskan agihan zakat di Negeri Sembilan. Bantuan zakatnya diagihkan mengikut kategori-kategori asnaf, dan borangnya korang boleh muat turun di SINI

PBNS juga menyediakan zakat khas Covid-19, di mana korang boleh mohon dengan melalui WhatsApp je. Hanya perlu hantarkan nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan lokasi ke nombor 019-6235051.

4. Melaka

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah membahagikan bantuan zakatnya kepada 3 jenis, iaitu:

  • Bantuan bulanan
  • Bantuan tahunan
  • Bantuan secara one-off

Semua jenis bantuan dan syarat-syarat kelayakan, korang boleh rujuk di SINI. MAIM tak sediakan borang yang boleh dimuat turun secara online. Jadi korang perlu dapatkan borang di mana-mana pejabat cawangan MAIM.

5. Johor

Institusi yang menguruskan pengagihan zakat di Johor adalah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), di mana, mereka menawarkan beberapa jenis bantuan zakat, antaranya: 

  • Skim Bantuan Sara Hidup Bulanan
  • Skim Bantuan Perumahan
  • Skim Bantuan Segera
  • Dan ada banyak lagi skim bantuan lain yang korang boleh rujuk di SINI

Cara untuk memohon adalah dengan memuat turun borang yang berkenaan:

Dan hantarkan borang yang telah lengkap diisi, bersama-sama dokumen yang diperlukan, di pejabat MAINJ daerah yang berdekatan. MAINJ juga menyediakan zakat khas Covid-19, di mana permohonan adalah mengikut daerah. Borang permohonan korang boleh muat turun di SINI.

6. Pahang

Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) adalah badan yang dikhaskan untuk membantu dalam proses pengagihan zakat di Pahang. Terdapat 19 jenis bantuan zakat yang disediakan yang korang boleh lihat lebih lanjut dan muat turun borang-borangnya di SINI.

7. Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mula menggunakan sistem permohonan online. Bantuan zakat di Terengganu juga diagihkan mengikut 8 golongan asnaf dan korang boleh baca jenis-jenis bantuan yang disediakan di SINI

Sama seperti negeri lain, borang hendaklah dimuat turun di SINI, dan selepas lengkap diisi, hantar borang tersebut berserta dokumen yang diperlukan di pejabat MAIDAM yang berdekatan untuk diproses.

8. Kelantan

Majlis Agama Islam dan Ada Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyediakan 4 jenis bantuan, iaitu:

  • Program Bantuan Asnaf
  • Program Pendidikan
  • Program Kemahiran
  • Bantuan IPT Online

Dan borang-borang untuk bantuan-bantuan di atas, korang boleh dapatkan di SINI. MAIK juga menyediakan bantuan zakat khas Covid-19 dan korang boleh semak status di SINI, untuk tengok sama ada layak atau tak untuk mendapat bantuan.

9. Perlis

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah membahagikan bantuan zakat kepada 14 jenis, iaitu:

  •  Skim Agihan Sara Hidup
  •  Skim Agihan Sarahidup Bulanan
  •  Skim Agihan Perubatan
  •  Skim Agihan Persekolahan Rendah / Menengah
  •  Skim Agihan Program Peningkatan Ekonomi Asnaf
  •  Skim Agihan Bekalan Elektrik / Air
  •  Skim Agihan baik pulih rumah / Bina Baru
  •  Skim Agihan Mikro Baik pulih rumah
  •  Skim Agihan Bencana
  •  Skim Agihan kecemasan Ibnu Sabil
  •  Skim Agihan Saguhati Motivasi Memeluk Islam
  •  Skim Agihan Pelajaran Serta Merta IPT
  •  Skim Agihan Zakat Pelajaran Dermasiswa Luar Negara (Timur tengah)
  •  Skim Agihan Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan MAIPs

Untuk dapatkan borangnya, korang kena ambil di pejabat MAIPs yang berdekatan. MAIPs turut menyediakan bantuan khas Covid-19 yang korang boleh mohon. Sebelum tu, boleh semak terlebih dulu status korang di SINI.

10. Kedah

Di negeri Kedah pula, Lembaga Zakat Negeri Kedah yang menjadi badan rasmi untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Bantuan zakat di Kedah diagihkan kepada 7 kategori, iaitu:

  • Sara Hidup
  • Perubatan 
  • Perumahan
  • Perniagaan
  • Musibah Alam
  • Pembangunan Ummah
  • Pendidikan

Borang bantuan boleh didapati secara manual di pejabat Lembaga Zakat Negeri Kedah yang berdekatan. 

11. Pulau Pinang

Bantuan zakat di Pulau Pinang diuruskan oleh Lembaga Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan bantuan zakatnya dibahagikan mengikut 8 jenis asnaf. Untuk mengetahui kriteria permohonan zakat, korang boleh baca di SINI. Borang bantuan boleh didapati di pejabat zakat yang berdekatan dan setelah lengkap diisi, boleh hantar dengan cara hadir sendiri atau pos ke pejabat zakat Pulau Pinang.

12. Perak

Masjlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) membahagikan bantuan zakat kepada 4 kategori, iaitu:

  • Program Pembangunan Sosial
  • Program Pembangunan Pendidikan
  • Program Pemerkasaan Ekonomi
  • Program Pemerkasaan Insan

Semua borang untuk bantuan-bantuan zakat dalam 4 kategori di atas boleh didapati di SINI

13. Sabah

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) adalah institusi rasmi yang ditugaskan untuk mengagihkan zakat di negeri Sabah. 3 kategori utama untuk bantuan zakat adalah:

  • Sosial dan ekonomi
  • Pendidikan
  • Mualaf

Di mana, setiap kategori ni, ada pecahan-pecahan bantuan zakat yang lebih kecil. Penerangan lebih lanjut korang boleh baca di SINI. Sebelum nak mula cara mohon zakat, korang kena daftar dulu di SINI, barulah boleh mula memohon.

14. Sarawak

Untuk negeri Sarawak pula, Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak (TBS) telah membahagikan jenis bantuan kepada 4 kategori, iaitu:

  • Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan
  • Program Memantapkan Kebajikan Ummah
  • Program Membangunkan Institusi Islam
  • Dana Ibnu Khaldun

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai jenis-jenis bantuan yang diagihkan, boleh baca di SINI. Borang-borang bantuan zakat pula boleh didapati di pejabat TBS yang berdekatan ataupun boleh dapatkan di laman web TBS, selepas mendaftar menjadi pelanggan di SINI.

Sebelum tahu cara mohon zakat, pastikan korang dah baca betul-betul segala syarat-syarat kelayakan pemohon dan pastikan juga segala borang lengkap diisi serta dikepilkan bersama-sama dokumen-dokumen yang diperlukan. Ini untuk mengelakkan daripada permohonan korang ditolak pula. Semoga berjaya. Kalau nak tengok bantuan kerajaan bagi tahun 2021 boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button