KewanganCara Mudah

Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Bantuan Tambahan STR 2023 / 2024

Kadar Bantuan Tambahan STR & Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai yang diberikan kerajaan tahun ini dengan pemberian bantuan tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah singkatannya SARA. Penambahbaikan ini telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan yang menyaksikan jumlah maksimum bantuan sehingga RM3,100 berbanding RM2,500 iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang terdahulu.

Penambahbaikan tersebut mengambil kira isi rumah sehingga lima orang anak dan lebih serta kadar tambahan bagi golongan miskin tegar. Seperti yang diketahui umum, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif bantuan kerajaan yang termasuk di bawah konsep Payung Rahmah. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta maklumat lain yang berkaitan.

TERKINI: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) STR 2024

  • Penerima STR akan menerima RM 100 sebulan (kredit dalam myKad) untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit
  • Penjelasan mengikut kategori adalah seperti berikut:

KEMASKINI: Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) berjumlah RM600 secara keseluruhan mulai Isnin, 17 Julai 2023. – Perdana Menteri.

Video Penjelasan

Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah Sumbangan Tambahan di dalam bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan tersebut boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya atau kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Kategori Kelayakan

Seperti dimaklumkan, kategori kelayakan bagi bantuan tambahan STR, Sumbangan Asas Rahmah adalah bagi penerima STR di bawah kategori isi rumah miskin tegar. Menurut FAQ LHDNM, kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada individu yang memenuhi kriteria berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Telah tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Cara Semak Kelayakan

Penerima yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah miskin tegar yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih. Justeru untuk menyemak sama ada layak atau tidak mendapat bantuan tambahan ini adalah melalui cara berikut:

Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Penerima SARa yang layak akan mendapat maklumat menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp daripada Mykasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program SARa berserta masa dan tarikh bagi sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang berdekatan.

Semakan Kelayakan SARA

1. Status kelayakan boleh disemak di portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 di pautan:

Paparan mereka yang layak terima SARA adalah seperti berikut:

Untuk yang tidak layak pula, paparan status adalah seperti di bawah:

2. Hubungi talian bantuan berikut:

  • Talian LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Talian MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan Pelaksanaan SARA (Bagi penerima Semenanjung Malaysia)

1. Semakan pelaksanaan SARa boleh dibuat menerusi portal MyKasih di pautan berikut:

  1. Klik pada Semak Status di bahagian Semakan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah
  2. Masukkan Nombor MyKad dan kod Captcha dan klik Semak Status 
  3. Paparan status layak atau tidak akan dipaparkan.

2. Boleh juga menghubungi MyKasih di talian:

  • Talian MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

*Nota: Tiada Permohonan Untuk Sumbangan Asas Rahmah. Sumbangan Kelayakan SARA adalah penerima STR (berstatus lulus STR Sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023.

Kadar Bantuan

Menurut laman web rasmi Kementerian Kewangan,  kerajaan akan memberi bantuan STR tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak:

  • RM100 setiap bulan selama 6 bulan (Jumlah RM600) : Semenanjung Malaysia
  • RM600 sekaligus : Sabah, Sarawak, W.P. Labuan

Kaedah Penyaluran

Untuk penyaluran atau pengagihan bantuan tambahan STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibuat dengan cara berbeza mengikut alamat penerima:

  • Semenanjung Malaysia :
    Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Justeru penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya/ kedai runcit terpilih seluruh Malaysia
  • Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    RM600 bayaran secara sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023

Tarikh Bayaran

Bantuan tambahan STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula hari Isnin, 17 Julai 2023. Bantuan akan diberikan selama 6 bulan mulai bulan Julai sehingga Disember 2023. Untuk perincian, sila rujuk jadual di bawah:

  • SARA 1 : Julai 2023 – RM100
  • SARA 2 : Ogos 2023 – RM100
  • SARA 3 : September 2023 – RM100
  • SARA 4 : Oktober 2023 – RM100
  • SARA 5 : November 2023 – RM100
  • SARA 6 : Disember 2023 – RM100

*Tarikh terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan kerajaan

Sumber: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan

Bagi penerima di Semenanjung Malaysia, berikut adalah Langkah untuk Membeli Brangan Bantuan Makanan:

1. Pilih Barangan Keperluan

Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga

2. Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan

Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan

3. Imbas Kod Barangan

Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan

4. Bayar Menggunakan MyKad

Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaki pembelian

5. Simpan Resit Untuk Semakan

Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

10 Kategori Makanan Yang Diluluskan

Berikut adalah 10 kategori makanan yang diluluskan:

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak Masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mee Segera
  8. Minuman
  9. Makanan Dalam Tin
  10. Bahan Perasa

Bantuan tambahan STR

Sebagai makluman, berikut adalah infografik mengenai jumlah bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara keseluruhan:

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk perincian di pautan yang disediakan di bawah:

Baca juga: Tarikh Bantuan Kerajaan & Inisiatif Lain Tahun 2023

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button