Tarikh Bantuan Kerajaan & Inisiatif Lain Tahun 2022
Tarikh Bantuan Kerajaan Mengikut Bulan
Pastinya ramai nak tahu bilakah tarikh bantuan kerajaan akan dibayar. Kerajaan setiap tahun menyediakan pelbagai jenis bantuan khusus untuk kelangsungan hidup rakyat. Bantuan tunai seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) amatlah membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia yang terkesan akibat ekonomi dan juga penularan wabak.
Dengan adanya bantuan daripada pihak kerajaan, ianya sedikit sebanyak dapat meringankan kos sara hidup yang ditanggung orang awam. Selain itu, bantuan ini juga dijangka dapat membantu mereka yang kematian ahli keluarga menerusi skim khairat kematian yang ditawarkan. Jadi bilakan bantuan-bantuan ini akan disalurkan? Rujuk maklumat yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa di bawah.
Tarikh Bantuan Kerajaan Dibayar Pada Tahun 2022
Terdapat pelbagai jenis bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan menerusi Pembentangan Belanjawan 2022 yang telah diumumkan dahulu. Susunan bantuan mengikut tarikh atau Bulan adalah seperti berikut:
TERKINI: Kadar Bayaran BKM Fasa 1 2022 Mulai 28 Mac 2022
KEMASKINI: Bayaran BKM Fasa 1 2022 Mulai 28 Mac 2022
TERKINI:Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP RM10,000. (Maklumat lanjut akan dikemaskini)
Info Lanjut rujuk panduan: https://www.mysumber.com/pengeluaran-khas-kwsp.html
Mac 2022
1. Bantuan Keluarga Malaysia (Fasa 1) – Dibayar mulai 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022
Isi rumah (Kahwin) – Berumur 59 tahun dan ke bawah
✅ Pendapatan RM0 – RM2500 :
💰 RM300
✅ Pendapatan RM2501 – RM5000 :
💰 RM100 (Tiada anak)
💰 RM200 (1-2 anak)
💰 RM300 (3 anak & ke atas)
Isi rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas)
✅ Pendapatan RM0 – RM2500 :
💰 RM300
✅ Pendapatan RM2501 – RM5000 :
💰 RM100 (Tiada anak)
💰 RM200 (1-2 anak)
💰 RM300 (3 anak & ke atas)
Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai anak:
✅ Pendapatan RM0 – RM2500 :
💰 RM300 (1-2 anak)
💰 RM300 (3 anak & ke atas)
✅ Pendapatan RM2501 – RM5000 :
💰 RM200 (1-2 anak)
💰 RM300 (3 anak & ke atas)
Bujang & Ibu bapa tunggal tiada anak (Umur 59 tahun dan ke bawah)
✅ Pendapatan RM0 – RM2500 :
💰 RM200
Bujang & ibu bapa tunggal tiada anak 60 tahun ke atas (Umur 60 tahun dan ke atas)
✅ Pendapatan RM0 – RM5000 :
💰 RM150
Panduan lanjut: https://www.mysumber.com/bkm-bantuan-keluarga-malaysia.html
Jun 2022
1. Bantuan Keluarga Malaysia (Fasa 2) – Dibayar pada Jun 2022
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
September 2022
1. Bantuan Keluarga Malaysia (Fasa 3) – Dibayar pada September 2022
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang
Disember 2022
1. Bantuan Keluarga Malaysia (Fasa 4) – Dibayar pada Disember 2022
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
*Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sumber: https://bkm.hasil.gov.my/Download/Brochure%20BKM%202022%20FA%20V1.pdf
TAHUN 2021
Jun 2021
1. Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan – Dibayar Berperingkat mulai 29 Jun 2021
- RM500 : Isi rumah bawah RM2500
- RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
- RM100 : Bujang
Panduan lanjut: https://www.mysumber.com/bpr-bantuan-prihatin-rakyat.html
Julai 2021
1. Geran Khas Prihatin 3.0 (Tambahan) – Dibayar pada pertengahan 12 Julai 2021
- RM500 : Peniaga Kecil Dan Sederhana yang lulus GKP 1.0, GKP 2.0 & GKP 3.0
Panduan lanjut: https://www.mysumber.com/geran-khas-prihatin-gkp.html
Ogos 2021
1. Bantuan Khas Covid-19 (BKC) – Dibayar secara berperingkat pada bulan Ogos 2021 (*Terkini: Dibayar pada bulan September)
- RM500 : Isi Rumah Miskin Tegar
- RM500 : Isi Rumah B40
- RM250 : Isi Rumah M40
- RM200 : Bujang Miskin tegar
- RM200 :Bujang B40
- RM100 : Bujang M40
Panduan lanjut: https://www.mysumber.com/geran-khas-prihatin-gkp.html
September 2021
1. Bayaran BKC Fasa 1 Mulai 6 September Hingga 10 September
2. Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 – Dibayar pada Hujung September 2021
- RM500 : Isi rumah bawah RM2500 (1 anak atau tiada anak)
- RM1100 : Isi Rumah Bawah RM2500 (2 anak dan ke atas)
- RM200 : Isi rumah bawah RM2501 – RM4000 (1 anak atau tiada anak)
- RM600 : Isi rumah bawah RM2501 – RM4000 (2 anak dan ke atas)
- RM100 : Isi rumah bawah RM4001 – RM5000 (1 anak atau tiada anak)
- RM200 : Isi rumah bawah RM4001 – RM5000 (2 anak dan ke atas)
+ BPR Rayuan yang lulus juga akan dibayar bersekali BPR Fasa 3
3. Geran Khas Prihatin 4.0 – Dibayar Mulai 21 September 2021
- RM500 : Bayaran Pertama Bagi Penerima GKP 4.0
4. Pengeluaran KWSP i- Citra – Bayaran Pertama/Seterusnya Untuk Permohonan Baharu/Terdahulu adalah September 2021
- RM1,000 : Ahli KWSP yang membuat permohonan i-Citra
Oktober 2021
1. Bantuan Kehilangan Pendapatan – Dibayar mulai 26 Oktober 2021
- RM500 : Akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021
2. Pengeluaran KWSP i- Citra – Bayaran Pertama/Seterusnya Untuk Permohonan Baharu/Terdahulu adalah September 2021
- RM1,000 : Ahli KWSP yang membuat permohonan i-Citra
November 2021
1. Bantuan Khas Covid-19 (BKC) – Dibayar pada bulan 25 November 2021
- RM500 : Isi Rumah Miskin Tegar
- RM300 : Bujang Miskin Tegar
2. Geran Khas Prihatin 4.0 – Dibayar pada Bulan 23 November 2021
- RM500 : Bayaran Kedua Bagi Penerima GKP 4.0
3. Pengeluaran KWSP i- Citra – Bayaran Pertama/Seterusnya Untuk Permohonan Baharu/Terdahulu adalah November 2021
- RM1,000 : Ahli KWSP yang membuat permohonan i-Citra
Disember 2021
1. Bantuan Khas Covid-19 (BKC) – Dibayar pada bulan 20 Disember 2021
- RM300 : Isi Rumah Miskin Tegar
- RM300 : Isi Rumah B40
2. Pengeluaran KWSP i- Citra – Bayaran Pertama/Seterusnya Untuk Permohonan Baharu/Terdahulu adalah Disember 2021
- RM1,000 : Ahli KWSP yang membuat permohonan i-Citra
Tahun 2022
Umum mengetahui bahawa bantuan bagi tahun 2022 antaranya adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu bantuan kewangan yang akan menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Info terkini mengenai bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Diharapkan dengan perkongsian ini, semua penerima-penerima bantuan dapat menyusun atur perbelanjaan dan menggunakan duit bantuan dengan sebaiknya. Boleh kongsikan artikel ini pada orang lain agar ramai lebih peka. Untuk lihat semua jenis bantuan yang dimumkan sebelum ini boleh baca di SINI