MakananCara Mudah

Tak Ada Buluh & Tempat Nak Bakar Lemang? Ini Cara Masak Lemang Cawan Kertas Boleh Buat Di Rumah Je!

Cara Mudah Masak Lemang Guna Cawan Kertas DIY

Wah senangnya boleh buat lemang cawan kertas DIY ni! Ada kalanya, kita terlalu seronok melakukan persiapan untuk menyambut hari raya sampaikan terlupa untuk membeli satu juadah yang paling penting sekali, iaitu lemang! Selalunya, lemang yang dijual di gerai-gerai tepi jalan memang laku keras, lagi-lagi bila dah semakin dekat nak raya. Kalau tak bernasib baik, tak sempat nak beli lemang sebab semuanya licin dibeli orang lain.

Ada juga yang juga nak cuba masak lemang sendiri tapi tak tahu mana nak cari buluh dan tak ada tempat nak bakar lemang. Pagi raya memang rasa tak lengkap kalau tak ada lemang, jadi apa kata korang masak sendiri lemang tersebut? Tak perlu cari buluh pun, gunakan cawan kertas dan kukus atas dapur saja!

Cara Memasak Lemang Cawan Kertas DIY Mudah & Cepat

Ya betul, hanya dengan menggunakan cawan kertas, korang boleh memasak sendiri lemang di rumah. Tak perlu nak cari tempat terbuka pun untuk mulakan api. Rasanya pun hampir sama dengan lemang buluh. Sedap pun sedap!

  • Sebelum tahu cara memasaknya, korang kena sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu, iaitu:
    • ½ kg berat pulut 
    • 1 kotak kecil Santan
    • Daun pisang
    • Cawan kertas
  • Basuh dahulu beras pulut tadi dan toskannya.
  • Sediakan beberapa helai daun pisang dan lap dengan kain yang bersih. Lepas tu, potong mengikut saiz acuan cawan kertas.
  • Masukkan daun pisang yang dah dipotong tadi ke dalam cawan. Pastikan daun tersebut terlebih daripada cawan.
  • Isikan beras pulut ke dalam cawan. Isikan sampai ¾ cawan dan jangan sampai penuh. Elakkan juga daripada mengetuk-ngetuk cawan untuk bagi beras tu mampat.

  • Tuangkan santan yang dah dicairkan sedikit dengan air dan dimasukkan garam secukupnya. Tuang sehingga lebih sedikit daripada paras beras tadi.

  • Masukkan ke dalam pengukus, dan kukuskan selama 2 jam. Tapi selepas sejam yang pertama, buka penutup dan periksa jika santan dah kering boleh tambahkan lagi. Kemudian tutup semula dan teruskan kukus sehingga lemang masak.
  • Cara nak tahu lemang dah masak, cucuk dengan garfu dan sekiranya kekonsistenannya dah menjadi lembut, bolehlah angkat keluar.

  • Potongkan cawan kertas dan daun pisang dengan menggunakan gunting. Kemudian belahkannya mengikut saiz yang korang suka dan lemang cawan kertas dah sedia dihidang!

  • Boleh hidangkan bersama-sama serunding ataupun rendang.

Jadi lepas ni tak perlu sedih kalau tak sempat beli lemang buluh. Korang boleh je memasak lemang sendiri di rumah dengan cara di atas ni! Selain lemang, korang juga kena tahu cara menyimpan ketupat dengan betul. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah baca di SINI.

Sumber: Zulena Ismail

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button