ResepiMakanan

5 Pencuci Mulut Paling Mudah Tak Perlu Bakar Atau Kukus, Sejukkan Je!

Resepi Pencuci Mulut Paling Simple dan Sedap

Bila nak buat pencuci mulut ni je ramai kata malas lah sebab dah penat masak, tapi tak ramai tahu ada pencuci mulut paling mudah untuk dibuat. Pencuci mulut simple ni tak perlu bakar atau kukus pun, hanya sejukkan dalam peti sejuk je. Memang lah ada banyak jenis dan resepi pencuci mulut yang perlu bakar dalam ketuhar atau air fryer mahupun kukus dengan pengukus yang sedap-sedap, tapi bila kita dah penat masak menu utama tu kadang dah penat nak buat dessert pula kan.

Memang bila dah makan lauk pauk sedap yang pedas, masam atau masin tu kadang rasa nak cuci tekak ni dengan pemanis mulut. Barulah lengkap sikit rasa tu nanti. Jangan risau, di bawah ini akan dikongsikan resepi mudah, senang dan paling simple untuk pencuci mulut atau dessert. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak mana dan tak susah nak cari malah murah dan jimat. Masa nak buat pun tak sampai berjam-jam lamanya, sekejap je.

Resepi Pencuci Mulut Simple dan Sedap

Antara menu-menu dessert simple adalah seperti berikut:

Puding Jagung

Bahan-bahan

  • 1 tin jagung krim manis
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 cawan tepung kastard
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Masukkan jagung, gula dan susu cair ke dalam kuali/periuk (jangan buka api lagi).
  2. Tuangkan air dan kacau sebati.
  3. Masukkan tepung kastard, garam dan kacau sebati sehingga tepung tidak lagi berketul
  4. Barulah hidupkan api. Letak kuali/periuk tadi sambil kacau adunan. Bila nampak adunan bertukar sedikit pekat, perlahankan api.
  5. Teruskan mengacau sehingga adunan betul-betul pekat dan berkilta. Bolehlah padamkan api.
  6. Tuang adunan ke dalam bekas. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang. Siap.

Sumber: Norashikin Rahmat

 

Agar-Agar Puding Milo

Bahan:

  •  3 g Agar-agar Tali
  • 300 ml Susu Sejat / Air
  • 30-50 g Milo
  • 50 g Susu Pekat Manis

Caranya:

  1. Rendam agar-agar Tali dalam air sampai lembut
  2. Masukkan agar-agar lembut dan cecair (guna 150ml air + 150ml susu sejat) dalam periuk dan kacau sampai agar-agar cair.
  3. Masukkan Milo dan Susu Manis dan sebatikan
  4. Tutup api apabila mendidih
  5. Tapis sebelum masuk acuan supaya boleh asingkan agar-agar yang tak larut habis
  6. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk selama 10 minit
  7. Keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidang

Sumber: Minsha

 

Agar-agar Sirap Ros

Bahan-bahannya:

  • 10 g serbuk agar-agar
  • 4 1/2 cawan air (1 liter)
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan sirap ros
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-caranya:

  1. Masak serbuk agar-agar bersama air sehingga timbul putih-putih dipermukaan atasnya.
  2. Kemudian masukkan pula daun pandan, gula juga sirap ros.
  3. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidik.
  4. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan dahulu di dalam peti sejuk.
  5. Boleh la dipotong ikut citarasa dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Aznie Khasri

 

Agar-Agar Roti

Bahan – bahan

  • 1 paket agar2 tali (25g)
  • 3 sudu besar gula
  • 5 cawan air
    Bahan dikisar:
  • 1 tin susu cair
  • 4-5 keping roti
  • 1 cawan susu pekat

Langkah-langkahnya:

  1. Didihkan air dan masukkn gula dan agar-agar tali
  2. Masak agar-agar sehingga larut prlahankan api
  3. Masukkn bahan dikisar masak sehingga mendidih dan tutup api. Kacau selalu supaya tidak berketul
  4. Bahagikan kepada beberapa warna dan tuang perlahan-perlahan dalam acuan
  5. Sejukkan 2-3 jam dan boleh dihidangkan

Sumber: Nurul Athikah

 

Agar-agar Kelapa

Ramuan

  • 1 biji Buah Kelapa Muda Segar
  • 100-150 g Gula Halus
  • 10 g Serbuk Agar-agar
  • Air
  • 2 helai Daun Pandan

Bahan

  • Asingkan air kelapa dan isi
  • Sukat air kelapa dan air hingga menjadi 1 liter (Masukkan air kelapa kemudian air)
  • Kemudian didihkan bersama gula, serbuk agar-agar & daun pandan hingga larut
  • Tutup api dan biarkan suam seketika
  • Hiris/potong isi kelapa kemudian masukkan ke dalam acuan yang bersesuaian
  • Sendukkan atau masukkan adunan agar-agar tadi dan keraskan agar-agar di dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidang

Sumber : ShaNna

 

Mudah sahaja kan resepi-resepi pencuci mulut ni? Tak perlu bakar tak perlu kukus dan tak ambil masa yang lama pun nak buat. Cuma beberapa minit untuk siapkan dan letak sahaja dalam peti sejuk. Bila-bila masa nak makan pun boleh ambil. Kalau nak tahu resepi unik mi segera selain makan berkuah begitu sahaja boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button