RumahCara Mudah

10 Lifehacks Perkakas Gantian Alatan Dapur Yang Tak Ada. Antaranya Buka Tin Guna Sudu Je!

10 Cara Untuk Ganti Perkakas Dapur Yang Tiada

Ada ke perkakas gantian alatan dapur yang tiada? Kadang-kadang tu, bila tiba-tiba datang kerajinan, kita rasa nak masak macam-macam dekat dapur. Nak buat pai epal lah, nak buat ayam panggang lah, nak buat piza lah. Dan bila kita nak cuba sesuatu resipi baru, ada sesetengah cara tu memerlukan kita untuk menggunakan beberapa perkakas dapur yang kita tak ada. 

Takkanlah kita nak kena beli perkakas dapur baru semata-mata nak masak resipi yang mungkin akan dimasak sekali seumur hidup tu, kan? Nanti lepas dah guna sekali, ia akan tersimpan lama pula dalam kabinet, jadi tempat mengumpul habuk.

10 Perkakas Gantian Alatan Dapur Untuk Ganti Alat Yang Tiada

Jadi, untuk memastikan perkara macam tu tak terjadi, korang boleh cuba gunakan 10 alternatif dekat bawah ni untuk menggantikan perkakas dapur yang mungkin tak ada di dapur.

Botol Sos Sebagai Pencanai

Sumber Gambar One Good Thing

Menu masakan harian kita ni jaranglah akan gunakan pencanai. Jadi kemungkinan besar dapur rumah korang tak mempunyai pencanai atau rolling pin ni. Kalau dekat dapur korang tak ada pencanai, boleh gantikan dengan botol sos ataupun botol kicap. Ia mempunyai berat yang lebih kurang dan permukaan yang rata, menjadikannya sebagai pengganti pencanai yang sesuai.

Senduk Berlubang Sebagai Pemisah Telur Kuning

Sumber Gambar One Good Thing

Tak perlu beli perkakas dapur yang mahal-mahal pun hanya untuk memisahkan telur kuning dengan telur putih. Korang boleh guna perkakas gantian alatan dapur ni je untuk pecahkan telur iaitu di atas senduk berlubang, dan lihat putih telur terpisah daripada kuning telur secara perlahan-lahan. 

Sumber Gambar Shareably

Kalau tak ada senduk berlubang, korang boleh juga gunakan botol mineral kosong. Picit botol dan letakkan mulut botol dekat dengan telur kuning dan perlahan-lahan lepaskannya. Kuning telur akan tersedut masuk ke dalam botol.

Mug Sebagai Pengasah Pisau

Sumber Gambar Shareably

Pisau korang makin tumpul? Asahkan je bilah pisau pada bawah mug. Pastikan mug korang tu diperbuat daripada seramik, baru boleh jadi. Partikel-partikel halus daripada seramik ni yang akan menajamkan pisau korang.

Penyepit Baju Sebagai Klip Makanan

Sumber Gambar WikiHow

Kadang-kadang, bila tak habis makan keropok, ada orang akan ikat dengan getah, kan? Tapi getah kadang-kadang tak tahan lama dan akan terputus. Kalau dekat rumah tak ada klip makanan, boleh je gantikan dengan penyepit baju. Fungsinya sama je, mengepit untuk elakkan daripada keropok masuk angin.

Aluminium Foil Sebagai Corong

Sumber Gambar Shareably

Bila beli minyak paket, satu benda yang paling susah nak buat adalah untuk memindahkan minyak daripada paket ke dalam botol. Kalau tangan tergerak sedikit je mesti akan tertumpah. Sebab tu lebih senang kalau guna corong. Tapi kalau dekat dapur tak ada corong, korang boleh gantikan dengan aluminium foil yang dibentuk seperti corong. Pastikan setiap lipatan dikelim dengan cermat supaya tak bocor.

Cawan Sebagai Cookie Cutter

Sumber Gambar Shareably

Perkakas gantian alatan dapur yang seterusnya adalah cookie cutter! Nak buat biskut tapi tak ada cookie cutter? Guna je cawan! Tekapkan mulut cawan pada doh biskut dan tekan sampailah dia terpisah. Satu benda yang tak best, korang cuma boleh buat satu bentuk je lah. Kalau nak variasikan saiz, boleh gunakan penutup botol.

Tin Sebagai Pelembut Daging

Sumber Gambar One Good Thing 

Tak perlu nak keluar duit lebih pun untuk beli pelembut daging. Gunakan makanan dalam tin  pun boleh lakukan benda yang sama. Cuma pastikan sebelum nak menumbuk daging, pastikan balut dulu tin tu dengan plastik untuk elakkan tin tersebut rosakkan daging. Kalau tak guna tin makanan, boleh juga gantikan dengan lesung batu.

Sudu Sebagai Pembuka Tin

Sumber Gambar YouTube

Ha, korang jangan tak percaya pula, sudu pun boleh digunakan sebagai pembuka tin! Selalunya kalau tak ada pembuka tin, orang akan buka guna pisau. Tapi cara ni berbahaya, lagi-lagi kalau terlepas pegangan pisau tu sebab boleh cedera. Kalau guna sudu lagi selamat. Caranya:

  • Letakkan kepala sudu pada tapak tangan dan genggam sudu tersebut kuat-kuat.
  • Tekan sudu tadi di bahagian tepi tin dengan kuat sambil menggerakkan sudu ke depan dan belakang dengan laju untuk melembutkan penutup tin tersebut.
  • Apabila dah berlubang sedikit, tekan lagi sudu di tepi lubang yang terhasil tadi untuk membuatkan lubang tersebut menjadi lebih besar.
  • Bila lubang dah cukup besar, cungkil penutup tin dengan sudu untuk membuat bukaan lagi luas supaya makanan dalam tin boleh keluar dengan mudah.
  • Korang boleh tengok video tutorialnya di SINI.

Pinggan Kaca Sebagai Rak Penyejuk

Kalau tak ada rak penyejuk, dan korang baru je siap bakar ayam atau kek di oven, boleh gantikan rak penyejuk dengan pinggan kaca. Pinggan kaca mempunyai ketahanan suhu yang tinggi. Jadi dulang pembakar korang yang panas tu tak adalah akan rosakkan meja kalau dah dilapik dengan pinggan kaca.

Penyepit Sebagai Pemerah Lemon

Sumber Gambar One Good Thing

Nak perah lemon atau limau dengan mudah? Potong lemon atau limau kepada dua bahagian, letakkan satu bahagian di antara batang penyepit dan kepitkannya di atas sebuah mangkuk. Mudah je dah boleh dapatkan semangkuk jus lemon atau limau!

Nak mencuba resipi baru lepas ni lagi mudah dengan alternatif perkakas gantian alatan dapur ni! Ia jauh lebih murah dan korang pun boleh memasak dengan lebih kreatif. Apa lagi, cepat ambil aluminium foil, penyepit, dan lesung untuk menghasilkan menu baru untuk santapan sekeluarga! Nak tahu tips simpan bahan dapur agar tahan lama, boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button