ResepiMakanan

Nak Ayam Gunting Ala Uncle Bob? Buat Sendiri Resepi Senang Je Ni Jimat Duit

Resepi Ayam Gunting Uncle Bob / Abang Bob Mudah Dan Sedap

ayam gunting

Sumber Gambar Dapur Kita

Ayam Gunting Uncle Bob ni memang hampir semua orang tahu dan cukup popular terutamanya dalam kalangan mereka yang gemar ‘streetfood‘ dan gorengan. Ayam gunting ini dikenali dengan rasa yang pedas dan rempah-rempah yang kuat, yang membuatnya begitu digemari oleh ramai orang. Tapi seperti yang kita tahu, Ayam Gunting Uncle Bob sekarang harganya sudah mencecah RM 10 di kedai, kalau beli online di Foodpanda ke dah cecah RM14.50.

Korang tahu tak kalau korang buat sendiri ayam gunting ala Uncle Bob ni di rumah, kosnya jauh lebih murah dan korang tak perlu lagi perlu beratur untuk membeli ayam gunting ni. Maklum lah sekarang ni kos barang semua dah naik kan dan makanan pun sama jadi bagus kalau kita dapat berjimat. Kat bawah ni dikongsikan resepi mudah ayam gunting ala Uncle Bob.

Sumber Gambar Foodpanda

Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob / Abang Bob Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Ayam Gunting Ala Uncle Bob

Kalau korang nak tahu, sebenarnya sangat mudah nak buat sendiri ayam gunting ala Uncle Bob ni. Bahan yang diperlukan pun sebenarnya tak banyak. Dan kalau korang kira kos bahan ini, sebenarnya jauh lebih murah untuk korang buat sendiri berbanding beli di kedai. Untuk membuat ayam gunting ala Uncle Bob, korang cuma perlu sediakan bahan-bahan ini:

a) Bahan-bahan untuk menggoreng ayam

  • 10 keping filet isi dada ayam (RM 20)
  • 1 cawan tepung ayam goreng (RM 5)
  • 1 cawan tepung beras (RM 2)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (RM 0.5)
  • 2 biji telur (RM 1)
  • Sedikit garam (RM 0.10)
  • Minyak masak 2 liter (RM 5)

b) Bahan-bahan untuk serbuk taburan ayam gunting

  • 5 sudu Rempah kari (RM 3)
  • 1 kiub pati ayam (RM 1)
  • 3 sudu serbuk paprika (RM 3)
  • 1/2 sudu garam(RM 0.50)
  • 1/2 sudu gula (RM 0.50)

c) Jumlah kos bahan

Bahan-bahan untuk menggoreng ayam: RM 35.60

Bahan-bahan untuk serbuk taburan ayam: RM 8

Kos untuk sekeping ayam gunting ialah: (RM 36.60+RM 8)/10 = RM 4.36

Kos sekeping ayam gunting kalau korang buat sendiri cuma sekitar RM 4.50, tak sampai RM 5!

 

Cara Penyediaan Ayam Gunting Ala Uncle Bob!

Sumber Gambar PortMakan

Cara penyediaan ayam gunting ala Uncle Bob ini juga mudah sebenarnya. Korang cuma perlu ikut langkah ini satu per satu dengan teliti. Ada tiga bahagian penyediaan ini untuk buat ayam gunting ni:

i) Cara penyediaan untuk menggoreng ayam gunting

  1. Sediakan bekas yang agak besar dan masukkan 1 cawan tepung ayam goreng, 1 cawan tepung beras dan 1 sudu teh soda bikarbonat. Gaul bahan ini sehingga sebati untuk dijadikan tepung goreng ayam gunting nanti. – (a)
  2. Sediakan satu mangkuk kecil, pecahkan dua biji telur di dalamnya, kemudian letakkan sedikit garam, pukul dan kacau kedua-dua bahan tersebut sehingga sebati. – (b)
  3. Filet dada ayam tadi, korang ketuk dengan perlahan dengan menggunakan alu lesung atau ‘meat tenderiser‘ pada papan pemotong sehingga dileperkan menjadi lebih nipis.
  4. Ambil satu filet dada ayam yang sudah dileperkan, gaulkan dalam bahan (a) sehingga semua bahagian tersalut rapi, kemudian masukkan dalam mangkuk berisi bahan (b) dan pastikan semua bahagian tersalut juga, masukkan semula ke dalam bekas berisi bahan (a) tadi dan pastikan tidak ada bahagian yang tidak tersalut.
  5. Ulangi langkah ini dengan 9 filet dada ayam yang lain yang sudah dileperkan sehingga nipis
  6. Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng filet ayam yang sudah bersalut tadi sehingga garing dan berwarna keemasan bagi memastikan ayam tersebut betul-betul sudah masak.
  7. Angkat dan toskan minyak pada ayam tersebut.

ii) Cara penyediaan serbuk taburan ayam gunting

  1. Masukkan 5 sudu Rempah kari, 1 kiub pati ayam, 3 sudu serbuk paprika, 1/2 sudu gula dan 1/2 sudu garam di dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus dan sebati

iii) Cara penyediaan ayam gunting ala Uncle Bob

  1. Gunting filet-filet ayam yang sudah digoreng tadi sehingga menjadi kepingan-kepingan kecil dan masukkan di dalam bekas
  2. Masukkan serbuk taburan ayam gunting tadi dalam bekas yang sama
  3. Goncangkan bekas tersebut sehingga ayam gunting dan serbuk taburan tersebut bercampur dengan sebati
  4. Ayam gunting ala Uncle Bob siap untuk korang nikmati!

Sumber Gambat iamlejen

Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob ini sangat mudah untuk dibuat dan rasanya yang pedas dan rempah-rempah menyegarkan akan membuatkan korang teringin untuk makan lebih banyak. Ini adalah pilihan yang sempurna untuk hidangan keluarga atau untuk dihidangkan semasa majlis-majlis khas. Korang juga boleh mengubah rasa dengan menambah atau mengurangkan rempah-rempah yang digunakan. Nak tahu resepi masakan telur yang mudah dan sedap boleh tengok SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button