PekerjaanCara Mudah

77% Rakyat Malaysia Mengakui Susah Kerja Dari Rumah (WFH). Ini Tipsnya!

Cara Mudah Bekerja Dari Rumah (Work From Home)

Disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang semakin teruk sejak kebalakangan ni, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kebanyakan negeri di Malaysia. Pelaksanaan semula PKP bermakna semakin ramailah orang yang perlu bekerja dari rumah atau Work From Home (WFH).

Dalam sebuah kaji selidik daripada firma penyelidikan pengguna dalam talian Vase.ai terhadap 1,100 responden rakyat Malaysia, ianya mendapati 77% daripada responden mengakui sukar untuk bekerja dari rumah.  35% pula mempunyai masalah sambungan internet tidak stabil.

Selain itu, mungkin ada sesetengah dari kita yang bangun pun lambat sebab dah tak perlu berebut naik LRT atau jammed atas jalan. Ada juga yang sibuk kena uruskan anak-anak yang belajar online di rumah juga. Lepastu time kerja kat rumah ni, macam-macam pula hal dengan nak memasaknya, jaga anak nya. Macam mana nak kekal fokus dan profuktif ni?

Semua orang yang bekerja dari rumah perlu memikirkan tentang bila nak mula kerja, di mana stesen bekerja, dan macam mana nak cipta batas antara hal kerja dan hal peribadi, supaya tak ada apa yang mengganggu fokus dan produktiviti semasa bekerja dari rumah.

Tips Produktif Semasa Bekerja dari Rumah

Dengan kehadiran katil, ahli keluarga lain, malah juga kucing, bekerja dari rumah ternyata ada banyak cabarannya. Sebab tu lah kena amalkan tips-tips di bawah ni supaya korang boleh kekal produktif walaupun perlu bekerja dari rumah.

1. Kekalkan Waktu Bekerja Seperti Biasa

Walaupun salah satu kelebihan bekerja dari rumah adalah fleksibiliti, tapi kalau tanpa disiplin, benda ni akan menyebabkan kerja korang tak jalan. Buat satu jadual untuk mengagihkan masa bekerja di rumah. Kalau boleh, kekalkan waktu bekerja macam biasa. 

Kalau biasanya korang kerja 8-5, lakukan kerja dalam waktu tu juga di rumah. Tapi boleh je kalau nak buat waktu bekerja di rumah lebih fleksibel contohnya mula kerja lebih awal atau lebih lewat. Asalkan kerja untuk hari tu dapat disiapkan dan cukup masa bekerja yang perlu dipenuhi. Ingat kerja tu amanah. Boss tak nampak tapi tuhan nampak

Sumber Gambar Bitrix24

2. Bina Rutin untuk Dilakukan Setiap Hari

Apa rutin yang selalunya korang akan buat kalau bekerja di pejabat? Adakah minum kopi dulu? Membaca berita terkini? Ataupun melakukan senaman ringan? Walau apa pun aktiviti yang korang buat, membina satu rutin akan dapat meningkatkan produktiviti untuk hari tu. Ia membuatkan badan korang lebih rasa bersedia untuk meneruskan hari tersebut. 

Tapi kalau dah biasa dekat office tu mengular pergi membawang dengan rakat sepejabat ke, jangan biasakan diri macam tu pulak. Benda yang tak betul jangan lah dibuat. 

Sumber Gambar The Asian Parent

3. Pilih Satu Ruang di Rumah untuk Dijadikan sebagai Pejabat

Tak kiralah sama ada khaskan satu bilik, meja makan, mahupun sofa, pastikan korang dah sediakan satu ruang untuk lakukan semua kerja di situ. Dengan adanya ruang khas untuk buat kerja, korang akan mencipta suasana pejabat dan menyebabkan tahap produktiviti meningkat. 

Jadikan ruang tersebut sebagai ruang tanpa gangguan dan aman supaya korang boleh tumpukan perhatian pada kerja. Ini kalau pilih tempat kerja dekat depan TV atau kat dapur, memang confirm lah terganggu fokus korang nanti! Jangan lupa juga untuk beritahu ahli rumah yang lain untuk tak ganggu ruang kerja tersebut.

Sumber Gambar AlHijrah

4. Tetapkan Peraturan dengan Ahli Rumah

Tak kisahlah sama ada ahli keluarga sendiri, anak-anak, ataupun teman serumah (housemates), peraturan atau pantang larang perlulah ditetapkan sesama korang. Senaraikan benda yang boleh dan tak boleh dibuat semasa tempoh korang bekerja. Contohnya, anak-anak hanya boleh bermain bersama-sama apabila dah tamat waktu kerja, ataupun teman serumah hanya boleh mengajak keluar makan pada waktu rehat je.

Sumber Gambar Aruba

5. Hati-Hati dengan Media Sosial

Menurut tinjauan daripada SKMM, 9 daripada 10 orang daripada rakyat Malaysia ketagih dengan media sosial. Kalau kita jenis yang setiap lima minit perlu periksa telefon, tu boleh jadi satu halangan kepada produktiviti kita di rumah. Mungkin kalau di pejabat kita jarang lakukannya sebab ada bos yang memerhati, tapi kalau di rumah tak ada siapa yang memantau. 

Untuk elakkan daripada terlalu leka dengan media sosial, matikan Internet pada telefon dan letakkan di tempat yang susah untuk dicapai (tapi korang masih boleh nampak atau dengar sebab takut ada panggilan yang masuk). Pada laptop pula, hanya biarkan WhatsApp Web atau apa-apa laman web yang berkaitan dengan kerja je yang dibuka. Media sosial yang lain lebih digalakkan untuk korang sign out siap-siap. Barulah tangan tu tak rasa gatal nak bukanya. Tapi kalau boss telefon jangan tak angkat pula!

6. Jangan Terperuk dalam Rumah Je

Terlalu lama berada di dalam rumah pun boleh membuatkan kita rasa lemau dan rasa tak bersemangat. Benda macam ni boleh mengganggu fokus semasa buat kerja di masa akan datang nanti. Ambil masa beberapa minit setiap hari untuk meluangkan masa di luar. Kalau tak boleh berjalan-jalan di taman, cukup hanya menghirup nafas segar di laman rumah. Banyak kajian menunjukkan yang meluangkan masa dengan alam dapat mengurangkan stres dan dapat membantu untuk menenangkan fikiran. 

Sumber Gambar MStar

Walau apa pun, yang paling penting adalah cari cara yang paling berkesan untuk korang. Lain orang, lain caranya untuk kekal produktif. Ingat ya, bekerja dari rumah bukanlah alasan untuk berehat dan langsung tak melakukan kerja.

Bekerja di depan laptop untuk satu tempoh yang lama boleh buat kita rasa sakit tengkuk dan sakit belakang. Ada cara untuk atasi masalah ni dan korang boleh baca cara-caranya di SINI!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button