MakananCara Mudah

Ikuti 6 Tips Beli Daging Segar Ini. Antaranya Elakkan Beli Daging Warna Coklat Kehijauan!

Cara Mudah Beli Daging Lembu Yang Segar

Walaupun dah mengikuti langkah demi langkah dalam resipi popular seorang chef terkenal, masakan daging lembu korang masih juga takkan berasa sedap kalau daging yang dibeli tidak segar dan tak tahu tips beli daging yang betul. Adalah penting untuk korang memilih daging lembu yang segar, kerana daging lembu yang dah rosak boleh membawa kepada keracunan makanan. 

Walaupun mungkin ada yang terfikir bahawa bakteria yang terdapat pada daging yang rosak akan mati apabila dimasak dengan haba yang tinggi, tetapi risiko untuk mengalami keracunan makanan masih tinggi kerana masih terdapat toksin di bahagian dalam daging tersebut yang tak terdedah dengan haba secara terus.

Tips Beli Daging Lembu yang Segar

Oleh sebab itulah, korang kena tahu cara-cara dan tips beli daging lembu yang segar, agar kesihatan diri sendiri dan keluarga dapat dipelihara. Antara tips yang korang boleh ikuti adalah:

Perhatikan Warna Daging

Sumber Gambar Agro Bazaar

Daging lembu yang segar mempunyai warna merah yang gelap, tanpa ada warna-warna pucat yang lain seperti kehijauan atau kebiruan. Daging yang dah busuk atau tak segar akan mempunyai warna yang pucat, dan selalunya berwarna coklat. 

Garisan Lemak Daging Juga Penting

Sumber Gambar Dokter Sehat

Selain warna, korang juga kena perhatikan urat-urat lemak pada daging tersebut. Ia mestilah berwarna putih dan kedudukan lemaknyanya padat. Itu tanda daging yang segar dan berkualiti. Daging yang dah busuk akan mempunyai garisan lemak yang berwarna kuning.

Tekstur Daging yang Elastik

Cuba cucuk daging tersebut dengan jari. Sekiranya ia meninggalkan kesan mendalam dan kembali ke bentuk asal seperti span, itu tanda daging tersebut segar dan empuk apabila dimasak nanti. Tekstur daging yang keras dan kering petanda ia dah terbiar lama dan tak lagi segar.

Sumber Gambar Janet Market

 

Hidu Bau Daging untuk Tahu Kesegarannya

Daging lembu memang akan berbau hanyir, tapi untuk bezakan antara daging segar dan daging lama, bau hanyir daging akan lebih menyengat dan menusuk sekiranya daging tersebut dah busuk. Kalau korang hidu bau hanyir yang pudar, bolehlah beli daging tersebut.

Perhatikan Tarikh Pada Pek Daging

Sumber Gambar Bakery and Snacks

Selalunya, pasar raya akan mengamalkan konsep first in, first out di rak simpanan. Ini bermakna, daging yang berada di rak paling hadapan, semakin dekat pada tarikh luputnya. Jadi pilih pek daging yang terletak di bahagian belakang.

Jadikan Daging Sebagai Barang Terakhir yang Dimasukkan ke dalam Troli

Kalau korang beli daging di pasar raya, pastikan bila dah nak bayar barang di kaunter barulah ambil daging daripada tempatnya dan masukkan ke dalam troli. Kalau beli daging awal sangat, daging tersebut berisiko untuk terbiaknya bakteria apabila terdedah pada suhu bilik untuk satu tempoh yang lama. 

Apabila korang ikuti tips beli daging segar di atas, tak ada lagilah kes keracunan makanan sebab termakan daging yang dah busuk. 

Lepas dah beli daging di pasar atau pasar raya, korang perlu tahu cara menyimpan daging yang betul supaya ia tahan lama dan kesegarannya sama seperti baru beli di pasar walaupun dah seminggu disimpan di dalam peti sejuk! Selain itu tips memotong daging dengan betul juga penting agar tak liat. Boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button