MakananCara Mudah

Tak Susah Pun Nak Potong Ayam Kalau Tahu Cara & Teknik Betul Potong Ayam Ni!

Cara Mudah Potong Ayam Dengan Teknik Yang Betul

 

Siapa je yang tak suka makan ayam? Ayam bukan saja mudah dimasak, tetapi ia juga lebih murah daripada daging atau ikan. Sebab tu lah, setiap rumah mesti akan ada stok ayam mentah untuk dijadikan lauk makan tengah hari atau makan malam. 

Sumber Gambar Serious Eats

Selalunya kalau nak beli ayam di pasar raya, lebih murah kalau beli seekor ayam terus berbanding beli bahagian-ayam yang dah siap dipotong. Walaupun tugas korang lebih mudah sebab tinggal nak tunjuk je, tapi kena bayar lebih sikitlah. Kalau nak suruh pekerja yang potong pula, kadang-kadang terpaksa beratur dan tunggu lama sebab ramai orang yang turut membeli ayam, lagi-lagi kalau datang pasar raya pada hujung minggu.

Jadi, apa kata kalau korang belajar sendiri cara-cara untuk memotong ayam di rumah. Senang je!

Tips Memotong Ayam Mentah

Kalau beli seekor ayam, korang tak boleh main potong je sesuka hati. Ada teknik dan cara yang betul, supaya setiap bahagian yang terpotong, akan mendapat saiz yang sama. Barulah senang nak dimasak nanti.

Tips untuk memotong ayam mentah dengan mudah adalah:

  • Sediakan papan pemotong yang bersih dan pisau yang tajam.
  • Baringkan ayam dan pastikan posisi bontot ayam berada di bawah, dekat dengan papan pemotong. 

  • Koyakkan bahagian bawah ayam yang terbuka sampai ia terkuak luas.

  • Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong kulit di antara paha dan badan ayam sehingga ayam boleh diterlentangkan.

  • Kemudian, belah ayam sehingga ia menjadi dua bahagian, iaitu bahagian paha dan dada.

  • Pada bahagian bawah badan, korang belah secara menegak agar nanti dapat dua bahagian paha yang sama besar.

  • Kalau nak asingkan antara thigh dan drumstick, boleh juga memisahkan tulang yang menghubungi dua bahagian ini dengan pisau.

  • Untuk bahagian atas (dada) ayam tadi pula, belahkannya agar menjadi kepada dua bahagian.

  • Pada bahagian yang mempunyai kepak, potong ⅓ daripada bahagian kepak untuk mengasingkan kepak dengan dada.

Sumber Gambar Gempak

  • Kalau nak asingkan lagi kepak yang ada, cari titik pertemuan antara tulang kepak dan tulang dada, dan belahkannya dengan pisau.
  • Akhirnya, korang akan mempunyai 8 bahagian ayam yang sama besar!

Tips Memasak Ayam

Lepas dah tahu cara memotong ayam yang betul, kitorang nak kongsikan pula beberapa tips memasak ayam yang akan dapat memudahkan korang menikmati ayam dengan berbagai cara ni!

Memasak Stok Ayam yang Lazat

  • Untuk membuat stok ayam yang lazat, masukkan semua bahagian ayam ke dalam periuk yang bersesuaian saiznya. Masukkan selabu bawang putih yang dipotong dua, dua biji bawang besar, sup bunjut, dan garam secukupnya. Boleh juga masukkan seleri dan lobak untuk menambahkan lagi perasa.
  • Masukkan air sehingga ¾ periuk dan masakkannya selama 1 jam sehingga mendidih. Dan korang akan dapat nikmati stok ayam yang sangat sedap! Lagi sedap daripada stok ayam yang diperbuat daripada kiub pati ayam.

Menggoreng Ayam yang Rangup dan Tak Berdarah

  • Setelah membahagikan kepada bahagian-bahagian kecil, rebus ayam tadi sehingga separuh masak. Dengan cara ni, ayam korang takkan berisiko untuk menjadi mentah nanti lepas digoreng.
  • Salutkan dengan tepung berempah untuk menikmati ayam goreng yang lebih berperisa!
  • Pastikan minyak yang digunakan banyak dan dipanaskan dengan api sederhana besar. Jangan terus panaskan minyak dengan api yang besar sebab nanti ayam korang akan cepat rentung, tapi bahagian dalam masih mentah.

Jadi lepas ni, kalau ada orang nak datang rumah (lagi-lagi ibu mertua!), tak perlu nak risau akan diperli-perli kerana tak tahu nak potong ayam. Tunjukkan skil korang dengan tips-tips di atas ni! Nak simpan ayam pun, bukan sembarangan tau! Ada cara yang perlu diikuti agar ayam yang disimpan tu tahan lama. Cara-caranya korang boleh ikuti di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button