RumahCara Mudah

Takut Rumah Kena Pecah Masuk Perompak? Ini Tips Elak Rumah Masuk Pencuri!

Cara Elak Pencuri Pecah Masuk Rumah Atau Bilik

Ramai lagi tak buat tips elak rumah masuk pencuri ni! Walaupun kawasan perumahan kita dah ada pengawal keselamatan dan perlukan kad akses untuk masuk, kita tak boleh nak ambil mudah akan keselamatan diri sendiri dan harta benda di dalam rumah. Kes pecah masuk boleh terjadi walaupun kawasan perumahan tu mempunyai sistem keselamatan yang ketat. 

Sebab itulah kita sendiri sebagai tuan rumah, perlu ambil langkah berjaga-jaga supaya sistem keselamatan rumah kita sendiri dapat ditingkatkan di samping dapat mengelakkan daripada kejadian yang buruk seperti pecah masuk daripada terjadi.

Tips Elak Rumah Masuk Pencuri Wajib Buat Kalau Nak Balik Kampung

Dekat bawah ni, kitorang akan kongsikan beberapa tips untuk memastikan rumah jadi lebih selamat, lagi-lagi bila korang balik ke kampung atau bercuti untuk satu tempoh yang lama.

Jangan Biarkan Peti Surat Penuh

Sumber Gambar Media Hiburan

Peti surat yang sarat dengan surat-surat dan bil adalah tanda rumah yang dah lama tak berpenghuni. Pencuri akan melihat ini sebagai tanda yang rumah korang kosong. Jadikan tabiat untuk mengosongkan  peti surat setiap hari ataupun setiap hujung minggu supaya rumah korang tak jadi target pencuri. Mungkin korang rasa benda ni kecil je, tapi benda yang selalu dipandang remeh ni lah yang menjadi punca kepada penyesalan di kemudian hari.

Lampu dengan Fungsi Sensor Gerakan

Sumber Gambar This Old House

Lampu jenis ni lagi-lagi sangat berguna bila korang pulang ke kampung. Ia akan menyala apabila lampu tersebut mengesan terdapat pergerakan di sekelilingnya. Pasang lampu sensor ni di tempat yang korang rasa pencuri akan cuba masuk. Apabila terdapat pencuri yang sedang cuba untuk memecah masuk, lampu ni akan menyala dan secara automatik pencuri tersebut akan panik kerana dia ingat ada orang yang membuka lampu. Kalau tak tahu nak beli di mana, Shopee ada banyak pilihan lampu sensor yang korang boleh pilih.

Berhati-Hati di Media Sosial

Korang jangan ingat pencuri ni akan perhatikan rumah je. Akaun-akaun di media sosial pun boleh dijadikan ‘katalog’ oleh pencuri. Kalau kita tak privatekan akaun media sosial, sesiapa pun boleh tengok apa yang kita update di situ. Kalau tersilap langkah, gambar percutian yang korang muat naik hari ni, seperti dah beri lampu hijau kepada pencuri untuk pecah masuk sebab diorang tahu rumah tak ada orang. Untuk mengelakkan benda ni daripada terjadi, muat naik gambar-gambar percutian bila korang dah pulang ke rumah. Itu lebih selamat.

Pilih Pintu Utama yang Kuat

Sumber Gambar Iron Doors Arizona

Pintu utama ni korang kenalah pilih pintu yang diperbuat daripada material yang kuat. Janganlah beli pintu jenis bertombol biasa je. Itu sekali tendang dah terkopak dah. Peruntukkan duit yang lebih sikit untuk beli pintu yang jenis deadbolt, yang ternyata lebih kukuh dan kuat. Pastikan juga engsel pintu sentiasa dipasang di bahagian dalam rumah dan bukannya di luar. Kalau pasang di luar, pencuri boleh buka je skru di engsel tersebut dan pintu boleh dibuka dengan mudah.

Kenali Jiran Sekeliling

Sumber Gambar Mingguan Wanita

Kebanyakan orang zaman sekarang, lagi-lagi yang duduk di kawasan bandar, tak kenal langsung dengan jiran di sebelah. Apabila berpindah di tempat baru, pastikan korang berkenal-kenalan dengan jiran-jiran, sebab mereka ni lah yang akan bantu untuk tengok-tengokkan rumah bila korang pergi bercuti. Apabila mahu bercuti atau balik kampung, pastikan korang tinggalkan lebih daripada satu nombor telefon pada jiran. Mana tahu masa tu telefon korang mati dan tak dapat dihubungi, diorang boleh hubungi nombor yang satu lagi.

Nak memastikan rumah selamat daripada dimasuki pencuri bukannya susah dan tak perlu keluarkan modal yang besar pun seperti memasang CCTV yang berteknologi tinggi. Cukup sekadar mengikuti tips-tips elak rumah masuk pencuri ni dan rumah korang akan menjadi lebih selamat. Nak tahu tips kemas rumah lebih senang dan teratur? Boleh baca lebih lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button