RumahCara Mudah

Rumah Banyak Cicak? Ini Tips Halau Cicak Tanpa Racun Guna Barang Ada Kat Rumah Je!

Cara Mudah Halau Cicak Guna Bahan Semulajadi Yang Ada Di Rumah

Apa dia tips halau cicak yang berkesan? “Tut tut tut tut” bunyi cicak yang dah lama melekat kat dinding rumah kita tu. Kalau tak kacau tak apa ni sampai naik atas meja makan, kadang rasa geram je kan. Ye lah bukan apa takut mengundang bahaya pulak bawak benda kotor dari entah mana-mana. Cicak ni pantang ada bekas yang ada sisa makanan ke dia mesti datang.

Selain boleh membawa penyakit yang kita tak tahu sebab kotor, satu lagi perkara mengenai cicak ni yang memang buat kita sakit hati. Tahi cicak! Sudahlah membawa kuman, meninggalkan kesan pulak iaitu tahinya di tempat-tempat seperti bawah almari, belakang pintu dan tepi tingkap. Macam mana nak halau cicak ni daripada rumah kita?

Tips Halau Cicak Guna Bahan Semulajadi Yang Ada Di Rumah

Di pasaran sebenarnya ada banyak dijual racun serangga ataupun spray penghalau cicak, lipas macam spray nyamuk tu. Memang berkesan, cuma kadang kita risau lah nak spray dekat tempat-tempat macam rak pingan mangkuk tu, nanti takut keracunan pulak kan. Tak apa jangan risau, kita gunakan petua atau tips halau cicak guna bahan semulajadi ni je:

Kulit Telur

Sumber Gamabr Media Tular

Petua ini sememangnya tidak asing lagi bagi menghalau serangga perosak seperti semut, lipas termasuklah cicak. Ini kerana bau dari kulit telur ini dikatakan tidak disukai oleh serangga perosak.

Ada dua cara untuk menggunakan kulit telur iaitu:

Cara Pertama

  1. Letakkan kulit telur yang telah dibuang isinya di ruang kosong yang menjadi laluan cicak seperti tepi tingkap atau pintu
  2. Gantikan telur setiap 3 minggu

Cara kedua

  1. Cuci bersih kulit telur yang tidak digunakan dan jemur sehingga kering
  2. Kemudian tumbuk halus kulit telur
  3. Taburkan serbuk telur di kawasan laluan serangga

Lada Hitam

Sumber Gambar CNN Indonesia

Cicak sememangnya tidak tahan dengan rasa pedas. Justeru lada hitam adalah salah satu bahan yang boleh digunakan

Caranya:

  1. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air ke dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati
  2. Letakkan larutan dalam botol penyembur dan spray pada dinding, pintu dan tingkap agar cicak tak dapat nak masuk dan merayap sekitar rumah

Bawang Merah / Bawang Putih

Sumber Gambar Freshpoint

Bawang merah dan bawang putih juga merupakan antara bahan yang mengeluarkan bau yang kuat justeru tidak disukai oleh cicak.

Cara Pertama

Gantung atau letak bawang di pintu atau tingkap yang mana cicak akan lalu

Cara Kedua

Kisar bawang dengan air, tapis serat bawang dan masukkan air yang ditapis dalam botol penyembur. Boleh semburkan di kawasan laluan cicak

Cuka

Sumber Gambar Shopee

Memang dah cakap cicak ni tak suka benda yang berbau kuat. Jadi cuka pun adalah salah satu daripadanya.

Caranya:

Campurkan bahan berikut dan masukkan dalam botol penyembur:

  • 1/3 cuka makan
  • 1/3 cecair pencuci pinggan
  • 1/3 air

Setelah itu semburkan ke kawasan yang sselalu dilalui oleh cicak ataupun di tempat yang banyak tahi cicak atau telur cicak seperti di belakang perabot dan sebagainya.

Serai

Sumber Gambar SAYS

Selain serai wangi yang boleh digunakan untuk menghalau pelbagai serangga, ada juga mengatakan bahawa serai makan juga boleh digunakan. Ini kerana serai berkesan sebagai penghalau nyamuk yang mana nyamuk merupakan salah satu makanan cicak. Jadi makin kurang nyamuk di rumah kita lagi susah lah cicak untuk membiak.

Caranya

  • Ambil beberapa batang serai yang telah dipotong atau disiat
  • Letakkan di sekitar ruang kawasan rumah

Serbuk Kopi & Tembakau

Ini adalah cara membuat racun semulajadi bagi cicak iaitu menggunakan tembakau. Tembakau akan menyebabkan cicak mati manakala kopi pula bertindak sebagai perangkap yang akan memanggil cicak untuk datang.

Caranya

  • Campurkan serbuk kopi dan tembakau, lalu bentukkan ia seperti bebola kecil
  • gunakan pencungkil gigi sebagai batang untuk melekatkan bebola kecil tersebut
  • Letakkan bebeola kecil itu di kawasan yang kerap dilalui oleh cicak

Sebenarnya selain bahan semulajadi yang dinyatakan di dalam tips halau cicak di atas, korang boleh je guna pelekat lalat ke, perangkap tikus ke, cuma kena keluar modal sikit lah kan. Jadi ikutlah pilihan masing-masing nak buat yang mana. Nak tahu tips halau semut boleh baca di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button