PermohonanCara Mudah

Print Gambar Passport Sendiri Je Kat Rumah? Ambil Gambar Guna Phone Je Jimat! Tukar Background Putih Pun Boleh. Ini Caranya

Cara Ambil & Print Gambar Passport Secara Sendiri di Rumah (DIY)

Gambar passport boleh kata antara benda yang penting dalam kebanyakan urusan rasmi dan boleh ambil & print gambar passport sendiri je kat rumah. Kalau nak memohon kerja, anak nak mula bersekolah, malah kalau nak mohon urusan lesen perniagaan dengan Majlis Perbandaran pun memerlukan gambar bersaiz pasport. 

Selalunya kalau nak buat di kedai, harga untuk 4 keping saja dah mencecah hampir RM20. Dan selalunya di kedai memang kena print dalam gandaan empat, macam 4, 8, 12 keping. Tapi yang kita nak guna hanya dua keping je. Kan dah banyak duit dibelanjakan di situ.

Cara Ambil Print Gambar Passport Sendiri DIY di Rumah

Daripada tangkap gambar pasport di kedai, lebih baik buat sendiri di rumah. Kosnya jauh lebih murah daripada buat di kedai. Cuma korang kena sediakan beberapa bahan dan alat terlebih dulu, iaitu:

  • Kertas yang berkilat (glossy paper). Korang boleh cari glossy paper di kedai buku ataupun nak beli di Shopee pun boleh. Beli je di SINI.
  • Printer.
  • Kamera ataupun telefon pintar.

Bila dah sediakan bahan dan peralatan di atas, korang bolehlah ikuti cara print gambar pasport secara DIY di bawah ni:

  • Tangkap gambar diri sendiri/anak/ahli keluarga yang lain dengan menggunakan kamera atau nak gunakan kamera pada telefon pintar pun boleh je.
  • Masa nak tangkap gambar tu, lebih baik kalau tangkap di depan dinding yang kosong. Senang nak edit nanti.
  • Kemudian, kita nak buang background dalam gambar tu. Ada banyak apps dan laman web yang boleh digunakan, tapi kami cadangkan untuk gunakan laman web RemoveBG di SINI.

Sumber Gambar Harian Post

  • Untuk menambah warna biru (atau putih, ikut penggunaan gambar pasport tu nanti) pada background gambar tersebut, boleh gunakan apps PicsArt. Apps ni dah memang ada fungsi untuk tambah warna pada gambar yang mempunyai backgound yang kosong. Pilih je warna yang bersesuaian.

  • Boleh juga guna Designify seperti gambar di bawah untuk lebih mudah. Pilih background putih dan klik Download

  • Bila dah siap, pindahkan gambar ke dalam PowerPoint. Boleh crop mana-mana bahagian yang tak lawa.

  • Di sudut kanan atas, korang boleh ubah ukuran gambar tersebut kepada tinggi (height) 4.5cm dan lebar (width) 3.5cm, iaitu ukuran standard untuk gambar pasport.
  • Kemudian, untuk tak nak membazir print satu kertas dengan satu gambar je, korang bolehlah copy dan paste gambar tersebut banyak-banyak sampai penuh satu kertas. Barulah boleh jimat.

  • Bila dah puas dengan semuanya, bolehlah print dan potong mengikut saiznya.

Mudah je kan nak print gambar pasport sendiri? Dapat jimat banyak dan gambarnya pun korang boleh adjust sendiri. Selain daripada gambar pasport, kad pengenalan pun adalah dokumen penting dalam apa-apa urusan rasmi. Tapi macam mana kalau kad hilang atau rosak? Jangan risau, korang boleh je mohon kad ganti secara online di rumah! Cara-caranya korang boleh rujuk di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button