TeknologiCara Mudah

Kalau Kemalangan Orang Nak Telefon Siapa? Ini Cara Untuk Tunjuk Nombor Telefon Pada Skrin Waktu Kecemasan! 

Cara Tunjuk Nombor Telefon Pemilik Pada Lock Skrin Semasa Berlaku Kecemasan

Macam mana cara nak tunjuk nombor telefon pada skrin jika berlaku kemalangan? Disebabkan kita selalu membawanya ke mana-mana saja, telefon bimbit adalah satu alat yang paling penting sekiranya berlaku apa-apa situasi kecemasan seperti kemalangan. Sekiranya terlibat dalam kemalangan, orang sekeliling mestilah nak orang yang korang rapat tahu akan situasi yang sedang dialami. Tapi benda ni akan menjadi susah apabila telefon korang dikunci dan diorang tak dapat nak hubungi sesiapa untuk memberitahu atau mendapatkan apa-apa info penting.

Cara Memaparkan Nombor Telefon Pada Skrin Waktu Kecemasan

Sumber Gambar UptoDown Blog

Kalau nak biarkan telefon tak berkunci, bahaya pula kalau tiba-tiba hilang atau dicuri. Tapi kalau kunci telefon pula, orang ramai tak dapat nak hubungi keluarga kita jika terjadinya kemalangan. Jadi nak buat macam mana?

Sebenarnya ada cara yang korang boleh lakukan untuk memaparkan nombor telefon keluarga pada lock screen. Dengan cara ni, orang lain masih boleh hubungi nombor kecemasan tersebut tanpa perlu unlock telefon.

Untuk Pengguna Android

Memandangkan terdapat berbagai-bagai jenama telefon Android, jadi cara untuk memaparkan nombor kecemasan mungkin berlainan, mengikut jenama. Tapi secara umumnya, cara-caranya adalah seperti di bawah ni:

  • Setkan cara untuk mengunci skrin telefon, dengan cara pergi ke bahagian Settings.
  • Tap pada Security & Location > Screen Lock. (Sesetengah telefon Android, Security & Location adalah Security & Privacy)
  • Kemudian boleh pilih jenis lock screen sama ada swipe, pattern, PIN, atau password.

Sumber Gambar Life Wire

  • Lepas tu, cara untuk memaparkan nombor kecemasan pada lock screen pula adalah; di bahagian Security & Location, pergi ke Lock Screen Preferences > Lock Screen Message. Bolehlah letakkan mesej dan nombor kecemasan contohnya: “Sekiranya terjadi apa-apa kecemasan atau telefon ini hilang, sila hubungi 01X-XXXXXXX”

Untuk Pengguna iPhone

Bagi pengguna iPhone pula, korang kena gunakan apps Apple Health, satu tambahan yang dibuat Apple sejak iOS 8.

  • Lancarkan apps Apple Health. Tap pada ikon Medical ID, kemudian pilih Create Medical ID.

Sumber Gambar Life Wire

  • Edit apa-apa info perubatan mengenai korang, seperti jenis darah atau apa-apa penyakit yang dihidapi. Apps Apple Health dicipta untuk digunakan semasa situasi-situasi genting, jadi dengan menambahkan info ini, ia pasti dapat membantu. 
  • Kemudian, tap Add Emergency Contact di bahagian bawah skrin, dan pilih mana-mana nombor telefon yang korang mahu jadikan sebagai nombor kecemasan. Lepas tu, pilih Done.

  • Untuk mencubanya, kuncikan skrin. Tekan butang home atau swipe skrin ke atas, lepas tu pilih pilihan Emergency.
  • Di bahagian bawah skrin, tap ikon Medical ID. Nanti, info-info perubatan dan nombor telefon kecemasan akan terpapar.

Jika bernasib baik, korang mungkin tak perlu melakukan semua ni, tapi lebih baik sediakan payung sebelum hujan, kan? Mudah je kan nak letak nombor telefon pada skrin jika berlaku kecemasan. Tapi macam mana kalau telefon hilang? Ada cara yang korang boleh lakukan untuk dapatkan semula telefon tersebut. Cara-caranya korang boleh rujuk di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button