TeknologiCara Mudah

Takut Telefon Hilang? Semua Penguna Handphone Wajib Buat Ni! Kalau Hilang/Lupa Letak Mana Boleh Jumpa Balik.

Cara Mudah Cari Telefon Hilang Atau Lupa Letak Mana

Telefon boleh hilang dalam sekelip mata je. Kadang-kadang tak perasan bila kita letak telefon atas kaunter masa nak pesan makanan dan tertinggal, atau telefon tercicir daripada poket, ataupun ada orang yang menyeluk telefon masa dalam LRT. Tak kiralah macam mana pun cara telefon tu hilang, kehilangan telefon memang satu situasi yang boleh membuatkan seseorang tu stres. Kehilangan telefon boleh membuatkan korang hilang hubungan dengan semua orang, dan nak gantikannya pula perlu gunakan duit.

Kalau telefon korang hilang, jangan panik! Ada cara untuk korang dapatkan semula telefon yang hilang tu (tak kiralah telefon Android ataupun iPhone) sebab terdapat satu fungsi yang dah pun dibina dalam telefon yang membolehkan telefon yang hilang tu dikesan. Korang boleh ikuti langkah-langkah di bawah ni untuk dapatkan semula telefon yang hilang tu!

Cara Dapatkan Semula Telefon Hilang

Android

Dalam setiap telefon Android, terdapat fungsi Find My Device yang boleh digunakan untuk mengesan keberadaan telefon korang. Setiap kali korang log masuk ke dalam akaun Google, secara automatik Find My Device ni akan berfungsi. 

Tapi kalau nak pastikan yang fungsi Find My Device ni dah dihidupkan, korang boleh ikut langkah di bawah ni:

  • Buka Setting dan klik bahagian Security & Location
  • Kemudian pilih Find My Device dan pastikan ia dah ditukar kepada ON.

Sumber Gambar CNet

Dan kalau tercicir telefon, atau tak ingat letak mana, korang boleh ikut pula langkah-langkah ni:

  • Layari laman web andoid.com/find untuk gunakan fungsi Find My Device
  • Pastikan korang log masuk dengan e-mel yang sama dengan e-mel yang digunakan pada telefon.
  • Kalau tak ada laptop atau komputer, boleh juga cari guna telefon lain tapi kena muat turun apps Find My Device dulu.
  • Melalui Find My Device, ada 3 pilihan yang boleh dibuat:
      • Play a sound. Fungsi ni boleh digunakan kalau korang tak jumpa telefon dalam rumah. Telefon korang akan keluarkan bunyi, walaupun dalam mod senyap.
      • Secure the device. Fungsi ni pula boleh digunakan kalau telefon korang tak dikunci dengan passcode.
      • Erase the phone. Kalau pasti yang korang takkan dapat telefon tu semula, fungsi ni akan memadam semua benda yang terdapat dalam telefon tu. Jadi orang lain tak boleh nak gunakan apa yang terdapat dalam telefon tersebut.

 

  • Tapi korang takkan boleh cari telefon tu kalau ia dimatikan. Telefon tersebut hanya boleh dikesan jika ia hidup dan disambungkan dengan Internet. Sebabtu pastikan korang ada langgan internet data sekurang-kurangnya paling basic, boleh tengok pakej di SINI.
  • Bila dah dapat balik telefon, korang perlu masukkan semula PIN atau passcode untuk dapat gunakannya semula. 

Iphone

Kalau telefon Android ada fungsi Find My Device, iPhone pula mempunyai Find My iPhone. Pastikan korang dah hidupkan awal-awal fungsi Find My iPhone ni supaya senang nak cari telefon tu kalau hilang nanti. Cara nak hidupkannya:

  • Dalam Setting, korang pergi ke bahagian akaun iCloud.

Sumber Gambar WikiHow

  • Pilih Find My iPhone, dan pastikan ia dihidupkan.

Kalau nak cari telefon korang yang hilang, ikut pula langkah-langkah di bawah ni:

  • Buka Find My iPhone dalam telefon lain ataupun buka iCloud di webbrowser.

Sumber Gambar WikiHow

  • Log masuk ke dalam akaun iCloud korang.

  • Tap pada iPhone korang dan ia sepatutnya akan terus tunjukkan lokasi telefon tersebut. Kalau telefon tersebut dimatikan, ia akan tunjukkan lokasi terakhirnya sebelum ia mati.

  • Pilih Actions, dan ada 3 fungsi yang boleh dipilih:

 

  • Play Sound:Telefon korang akan keluarkan bunyi.
  • Lost Mode: Gunakan fungsi ni kalau telefon korang hilang di tempat yang boleh dijumpai orang lain.

 

    • Masukkan kod unlock untuk telefon tu.
    • Hantarkan mesej dan nombor yang boleh dihubungi ke telefon tu. Nanti mesej tersebut akan dipaparkan di skrin utama.
    • Kalau telefon tersebut hidup, ia akan dikunci secara automatik dengan kod yang dah dimasukkan. Kalau ia mati pula, telefon tersebut akan dikunci sebaik saja ia dihidupkan semula.

 

  • Erase iPhone: Pilih fungsi ni kalau telefon tersebut tak dapat dicari semula.

Lepas ni, kalau rasa telefon korang hilang atau tercicir, jangan panik! Ikut je langkah-langkah di atas ni untuk dapatkan semula telefon tersebut. 

Korang ada masalah telefon asyik penuh memori je sampai tak boleh nak update atau muat turun apps baru? Ada 5 cara mudah untuk kurangkan memori telefon yang korang boleh ikuti di SINI!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button