KewanganCara Mudah

Akaun Simpanan Yippie Maybank Dapat Wang Tunai Jika Anak Cemerlang Peperiksaan

Cara Mudah Simpan Duit Atau Menabung Untuk Anak Melalui Akaun Simpanan di Bank

Ramai lagi tak tahu kelebihan akaun simpanan Yippie Maybank. Kalau nak buka akaun simpanan untuk anak, korang tak perlu tunggu diorang dah habis sekolah baru buka. Sebenarnya, lagi baik kalau korang buka akaun simpanan untuk anak sejak kecil lagi, malah lebih baik, beberapa bulan lepas dia dilahirkan! 

Sebab korang kena buka akaun simpanan anak seawal usia bayi adalah ia boleh dijadikan sebagai satu pelaburan dan aset untuk anak di masa depan. Nanti bila tiba masa untuk dia sambung belajar, mungkin simpanannya dah cukup digunakan untuk membayar yuran pengajian. Tak perlu lagi membuat pinjaman pendidikan!

Akaun Simpanan Yippie Maybank Sesuai Dijadikan Akaun Simpanan Anak, Dividen Pun Tinggi!

Ada banyak je jenis simpanan dan pelaburan yang korang boleh buat untuk anak, tapi dalam artikel ni, kitorang nak fokuskan kepada akaun Yippie di bawah Maybank seperti yang dikongsi oleh Puan Siti Nurezah di Facebook.

Selain kadar dividen yang tinggi, anak korang juga boleh mendapat manfaat lain apabila membuka akaun simpanan Yippie Maybank ni, seperti: 

  • Mendapat sagu hati dalam bentuk wang tunai sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
  • Mendapat perlindungan kemalangan diri sehingga RM70,000 untuk korang dan anak secara PERCUMA!

Cara Buka Akaun Simpanan Yippie Maybank

Terdapat dua cara untuk buka akaun Yippie, iaitu secara langsung iaitu pergi ke kaunter Maybank, dan satu lagi dengan cara online je. Kalau korang nak buka akaun Yippie di kaunter Maybank, korang mestilah:

  • Hadir ke cawangan Maybank yang terdekat.
  • Dapatkan borang dan isikannya dengan lengkap.
  • Jangan lupa juga untuk membawa dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan, seperti:
    • Sijil kelahiran yang asli ataupun MyKid.
    • Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga.
    • Wang tunai minimum RM100 untuk buka akaun.
  • Tunggu permohonan diproses dan akaun Yippie anak korang dikira siap setelah ia diluluskan!

Kalau korang nak mohon secara online pun boleh juga. Cara-caranya:

  • Pergi ke laman web Maybank2u bahagian akaun Yippie di SINI. Klik Apply Now untuk mula memohon.
  • Isi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan semak semula agar tiada apa yang tersalah isi.
  • Bila dah selesai, boleh klik Submit untuk hantar permohonan.

Kadar dividen untuk Yippie ni antara yang tertinggi juga, iaitu:

  • Simpanan sehingga RM50,000 mempunyai kadar dividen sebanyak 1.5%
  • Simpanan melebihi RM50,000 pula mempunyai kadar dividen sebanyak 0.20%

Dan macam yang kitorang sebut tadi, anak korang pun boleh dapat sagu hati berbentuk wang tunai kalau keputusan peperiksaan diorang cemerlang. Secara tak langsung, ia juga boleh menjadi pendorong semangat untuk anak-anak belajar dengan lebih bersungguh-sungguh! Berikut adalah pecahan peperiksaan dan wang sagu hati yang boleh diterima oleh anak korang:

PEPERIKSAANGREDWANG TUNAI
PT37ARM100
SPM8A/A+RM200
STPM/A-LEVEL5A/4A & MUET GRED 6RM300
IJAZAHIjazah Kelas Pertama dengan KepujianRM500


Syarat kelayakan untuk menerima hadiah sagu hati ni adalah akaun Yippie anak perlu mempunyai minimum RM1,000 semasa permohonan dibuat. Cara nak mohon pula, korang boleh pergi mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan dalam tempoh sebulan selepas menerima keputusan peperiksaan.

Gambar di bawah ni korang boleh tengok contoh dividen yang diperoleh Puan Siti Nurezah lepas membuat akaun simpanan dengan Yippie di Maybank.

Jadi, apa tunggu lagi? Mohon cepat-cepat supaya masa depan anak lebih terjamin dengan duit yang telah disimpan sejak diorang kecil lagi. Selain daripada akaun simpanan Yippie Maybank ini, korang juga boleh buka tabung simpanan anak dengan SSPN i-Plus! Kalau nak tahu apa faedah dan langkah-langkah untuk membukanya, korang boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button