KewanganCara Mudah

RM1 sehari je, lebih baik dari menabung sendiri sebab ada tambahan 4% dividen! Ini Cara Buka Akaun SSPN-i Plus

Cara Mudah Buka Akaun SSPN-i Plus (Tabung Pendidikan PTPTN) & Kadar Dividen SSPN Tahun 2020

Cara Mudah Buka Akaun SSPN-i Plus (Tabung Pendidikan PTPTN) &

Salah satu impian terbesar seorang ibu atau ayah adalah untuk melihat anak-anak diorang mendapat pendidikan yang mencukupi. Kalau boleh, nak juga tengok anak-anak melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. Sebab tu lah ibu bapa akan lakukan apa sahaja supaya masa depan pendidikan anak lebih terjamin.

Pendidikan Anak Lebih Terjamin dengan SSPN-i Plus

Salah satu cara untuk membuatkan masa depan anak lebih terjamin adalah dengan bermula menyimpan di dalam tabung pendidikan anak sejak diorang kecil lagi. Salah satu cara untuk menabung dalam tabung pendidikan anak adalah melalui SSPN-i Plus.

SSPN-i Plus ni adalah satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus telah ditambah baik daripada SSPN-i yang sedia ada dengan jaminan takaful yang murah. Jadi bukan je menyimpan untuk pendidikan anak, korang juga akan menyimpan untuk perlindungan anak untuk kegunaan di masa-masa kecemasan kelak.

SSPN-i Plus ni menggunakan konsep komitmen secara bulanan berdasarkan pakej simpanan yang dipilih, dan pakej tersebut ada hingga semurah RM30 sebulan!

Apa Keistimewaan dan Siapa yang Layak untuk Skim SSPN-i Plus Ni?

Terdapat banyak keistimewaan yang boleh dinikmati sekiranya korang melanggani mana-mana pakej simpanan di bawahnya, antaranya adalah:

  • Patuh syariah.
  • Komitmen serendah RM30.
  • Manfaat bagi kematian/ilah sehingga RM1000.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan.
  • Kadar dividen yang kompetitif.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
  • Layak memohon pinjaman pendidikan.
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan.
  • Pelepasan tafsiran cukai pendapatan sehingga RM15,000 setahun.
  • Mempunyai elaun kemasukan hospital.
  • Manfaat takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal.

Syarat Kelayakan

Sebelum nak daftar nama anak untuk akaun SSPN-i Plus ni, korang juga kena tahu syarat-syarat kelayakannya dulu:

Pendeposit

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas, dan tak melebihi 64 tahun.

Penerima Manfaat

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 1 hari hingga sebelum mencapai 29 tahun.
  • Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah saja.

Lain-Lain

  • Setiap pendeposit hanya boleh buka satu akaun untuk setiap penerima manfaat.
  • Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun untuk satu penerima manfaat yang sama.

5 Langkah Membuka Akaun SSPN-i Plus untuk Anak

Bila dah faham dengan faedah menyimpan di dalam SSPN-i Plus, korang bolehlah buka akaun untuk anak korang dengan mengikuti 5 langkah mudah di bawah ni:

  • Seterusnya, boleh pilih pakej mana satu yang korang nak. Terdapat 6 pakej yang disediakan. Korang boleh tengok butiran setiap pakej di SINI.
    Semasa korang sedang mengisi untuk bahagian ni, akan keluar juga butiran takaful seperti apa yang boleh dilindungi dan berapa jumlah yang boleh dituntut sekiranya terjadi apa-apa.
  • Kemudian isikan pula maklumat peribadi pendeposit, iaitu siapa yang akan mendeposit masuk duit ke dalam tabung pendidikan anak setiap bulan.

  • Pilih sama ada mahu lakukan potongan autodebit, direct debit ataupun potongan gaji bagi potongan yang berkala.
    • Bank-bank yang menerima potongan secara autodebit adalah: Maybank, RHB Bank, Bank  Islam dan BSN.
    • Kalau bank korang bukan daripada senarai di atas, boleh pilih direct debit.
  • Lakukan deposit pembayaran pembukaan akaun. Bagi tujuan pembukaan akaun, amaun deposit adalah sebanyak 2 bulan mengikut pakej.
  • Bila dah selesai, korang boleh simpan resit dan salinan bukti pembukaan akaun.

Semua urusan pendaftaran akaun ambil masa tak sampai 10 minit pun. Sangat mudah dan pantas je sebenarnya nak pastikan pendidikan anak di masa depan terjamin!

Kalau korang ataupun anak adalah seorang peminjam PTPTN, sebenarnya nak bayar semula pinjaman tersebut dengan menggunakan Akaun 2 KWSP pun boleh tau!

Kadar Dividen SSPN Tahun 2020

Berikut adalah senarai dividen SSPN bagi tahun 2020 dan tahun sebelumnya:

  • 2020 : 4% + 1% (Ganjaran kesetiaan)

Bagi ganjaran kesetiaan, penjelasan adalah seperti berikut:

  • 2019 : 4%
  • 2018 : 4%
  • 2017 : 4%
  • 2016 : 4%
  • 2015 : 4%
  • 2014 : 4.25%
  • 2013 : 4.25%
  • 2012 : 4.25%
  • 2011 : 3.75%

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button