KewanganTips Jimat

6 Laptop Tablet Murah Bawah RM400, Sesuai untuk Sesi PdPR Anak Belajar Di Rumah!

Tips Jimat Beli Laptop & Tablet Murah Untuk Anak Belajar Online di Rumah

Ada ke laptop tablet murah sekarang ni? Kertas, pensel, dan pemadam? Bukan. Peralatan sekolah yang lagi penting sekarang adalah laptop ataupun tablet. Bukan nak kata kertas, pensel, dan pemadam tu tak penting, tapi sejak wabak Covid-19 menular, murid sekolah terpaksa juga ikut norma pembelajaran yang baharu iaitu belajar dari rumah. 

Laptop atau tablet adalah salah satu kelengkapan yang penting untuk anak melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Walaupun boleh je nak gunakan telefon pintar, tapi kadang-kadang kalau ada panggilan yang masuk, ia boleh menganggu sesi pembelajaran anak. Lagipun kalau cikgu tunjuk dekat skrin kesian juga budak-budak nak tengok kecil sangat kan.

Senarai Laptop dan Tablet Murah Bawah RM400!

Ramai tahu bahawa laptop dan tablet ni bukanlah satu benda yang murah. Selalunya harga pasti akan mencecah ribuan ringgit. Tapi sebenarnya, wujud je laptop dan tablet yang berharga kurang daripada RM400. Spesifikasinya pun cukup untuk anak menjalani sesi PdPR tanpa apa-apa gangguan. Jangan buat main game sudahlah, memang tak jadi.

Di bawah ni kitorang senaraikan 8 buah laptop dan tablet yang berharga kurang daripada RM400, yang sangat sesuai untuk anak lalui sesi PdPR dengan lancar:

1. Huawei Tab 5 (RM390)

Dengan saiz skrin sebesar 10.1 inci, anak-anak pasti dapat menjalani sesi pembelajaran secara online melalui panggilan video dengan lebih selesa. Dengan kelajuan RAM sebanyak 3GB, ia mencukupi untuk mengelakkan tablet ini daripada lagging.

Antara spesifikasi lain untuk tablet ni adalah:

  • Dual 4G Sim
  • OS: Android 10.1 (Upgraded)
  • Memory:RAM 8GB+ROM 512GB
  • Processor:Octa-Core 2.5 Ghz
  • Camera:16MP Front, Back 12MP
  • Display: Full HD screen 

Kalau korang berminat, boleh beli secara online di SINI atau di kedai telefon atau elektronik berhampiran

2. Xiaomi Mi Pad 4 Plus (RM399)

Tablet ni juga mempunyai saiz skrin yang besar, iaitu 10.5 inci. Selain tu, dengan internal storage sebesar 512GB dan mempunyai 8GB RAM, ternyata tablet ni sangat berbaloi untuk dimiliki lagi-lagi dengan harga yang murah.

Yang suka table ni boleh beli online di SINI atau kedai berdekatan

3. Huawei T5 Mediapad (RM359)

Satu lagi tablet Huawei yang mempunyai saiz skrin 10.1 inci. Tablet ni mempunyai pilihan internal storage antara 32GB dan 64GB. Bolehlah korang pilih yang mana satu yang sesuai untuk kegunaan anak-anak.

  • 4GB RAM
  • 32GB & 64GB ROM
  • Android 9.0
  • Camera rear 16MP
  • Camera front 12MP
  • Battery 3200 mAh
  • Dual sim dual standby 
  • Bluetooth/wifi/gps/hotspot 
  • Octa-core Processor

Nak beli secara online boleh tengok di SINI atau pun beli di kedai berhampiran

Selain tablet, ada juga laptop mampu milik yang sesuai untuk korang beli dengan harga bawah RM400. Antaranya adalah:

4. Acer Chromebook C720 (RM399)

Chromebook memang dikenali sebagai laptop yang mempunyai harga yang mampu milik. Dengan paparan skrin seluas 11.6 inci, anak korang pasti tak mempunyai masalah untuk mengikuti kelas secara online di rumah. Ia mempunyai kelajuan RAM 2GB dan kapasiti SSDnya pula sebanyak 16GB.

Antara spesifikasi lain untuk laptop ni adalah:

  • Operating System: Google Chrome OS
  • OS Version: Google Chrome
  • Processor: Intel Celeron
  • Screen Size: 11.6 inch
  • Screen Type: LED
  • Display Type: Keypad
  • Connectivity: WiFi, Bluetooth, USB
  • RAM: 2GB
  • Hard Disk: 16 GB SSD
  • Processor Type: Intel Celeron 2955U 1.4 GHz Processor
  • Media Ports:Memory Card: Yes
  • USB: Yes
  • Battery: Li-ion Battery

Nak beli secara online boleh klik di SINI atau di kedai berdekatan

5. Acer Chromebook C710-2815 (RM366)

Laptop ini menggunakan prosessor 1.1GHz Intel Celeron dengan kelajuan RAM 2GB. Saiz skrinnya pula adalah 11.6 inci.

Antara spesifikasi lain untuk laptop ni adalah:

  • Resolusi 1366×768
  • Processor1.1 GHz Intel Celeron
  • Kelajuan RAM 2 GB SDRAM DDR3
  • Kapasiti Hard Drive16 GB
  • Tersedia dengan wireless da USB port 2.0

Boleh beli secara online di SINI atau pergi kedai berdekatan

6. Samsung XE303C12 (RM399)

Samsung bukan je keluarkan telefon dan TV je. Diorang pun ada hasilkan laptop juga! Laptop ni mempunyai saiz skrin 11.6 inci dan menggunakan prosessor Intel Celeron Single Core. antara spesifikasi lain untuk laptop ni adalah:

  • Operating System:Google Chrome OS
  • OS Version:Google Chrome
  • Screen Size:11.6 inch
  • Screen Type:LED
  • Display Type:Keypad
  • Connectivity:WiFi
  • RAM:2GB
  • Hard Disk:16 GB SSD
  • Type:Netbook

Beli je secara online di SINI atau di kedai berdekatan

Jadi lepas ni kalau anak minta telefon pintar untuk sesi PdPRnya, lebih baik kalau korang belikan laptop atau tablet terus sebab lagi akan memudahkan diorang. Harga pun lebih murah daripada kebanyakan telefon pintar. 

Laptop dan tablet, kalau untuk kegunaan PdPR hanya perlukan yang biasa-biasa je, sebab sesi pembelajaran dari rumah selalunya hanya gunakan fungsi laptop dan tablet yang paling asas dan tak perlu nak canggih-canggih. Cuma lagi sekali diingatkan laptop atau tablet tu nanti janganlah pula dibuat main game je. Nanti akan jadi lembab pula.

Tapi, kalau korang mencari cara untuk nak elakkan laptop asyik lembab je, korang boleh ikuti langkah-langkah di SINI, agar sesi PdPR anak tak terganggu!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button