PermohonanCara Mudah

Macam Mana Nak Semak Bila Duit i-Citra Akan Masuk Akaun Kita? Ini Caranya

Cara Mudah Semak Tarikh Bayaran i-Citra (Jadual Setiap Bulan)

Ramai orang yang tertunggu-tunggu pada bulan ini kerana pada bulan tersebutlah menurut KWSP, permohonan i-Citra akan diluluskan bagi yang telah memohon. Bayaran pertama i-Citra bagi yang telah membuat permohonan adalah pada bulan Ogos 2021.

Baca Juga: Panduan Permohonan i-Citra

Sementara nak tunggu duit i-Citra masuk, korang bolehlah baca cara-cara untuk ketahui bila tarikh duit akan masuk ke dalam akaun bank kita, supaya tak adalah nanti asyik berulang-alik ke bank setiap hari hanya untuk hampa apabila mendapati duit masih belum dimasukkan ke dalam akaun.

Cara Semak Tarikh Pembayaran i-Citra ke dalam Akaun Bank

  • Nak dapatkan ID dan kata laluan untuk daftar i-Akaun, korang dah tak perlu pergi ke kaunter pejabat KWSP lagi sebab cukup hanya pergi ke kiosk KWSP yang banyak terletak di cawangan-cawangan bank di seluruh Malaysia.

  • Lepas dah daftar, bolehlah log masuk seperti biasa.

  • Masukkan nombor kad pengenalan sebagai User ID dan masukkan kata laluan yang telah didaftarkan.

  • Bila dah berada di laman utama, korang boleh klik di bahagian Withdrawal.

  • Kemudian klik Withdrawal History.

  • Klik pula pada Withdrawal Type dan pilih i-Citra. Dekat sini pun korang boleh semak untuk i-Lestari juga.

  • Tarikh kemasukan duit i-Citra akan terpapar dan korang boleh rujuk di situ.

Nanti bila dah dapat duit tu, jangan pula boros berbelanja disebabkan dapat duit dalam amaun yang banyak terus macam tu. Keluarkan duit iCitra jika betul-betul memerlukan je. Kalau tak ada apa-apa hal kecemasan, disarankan untuk tak keluarkan langsung duit daripada Akaun KWSP sebab duit tu nantilah yang akan digunakan semasa korang dah pencen nanti. Cadangan kegunaan duit KWSP boleh baca SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button