KenderaanCara Mudah

Macam Ni Rupanya Nak Elak Cermin Berkabus Semasa Hujan, Antaranya Dengan Gunakan Kentang?!

Cara Mudah Hilangkan Cermin Berkabus Waktu Hujan Lebat

Sumber Gambar Aliff Channel

Dalam musim hujan ni, kita bukan saja kena berjaga-jaga dengan jalan yang licin semasa memandu, tapi kita juga kena elakkan tingkap kereta daripada jadi cermin berkabus sampai menghalang pandangan. Cuba bayangkan bawa kereta tanpa nampak apa-apa di depan. Kan bahaya tu? 

Kadang-kadang, ketika hujan lebat, cermin kereta boleh berkabus. Walaupun kita dah buka wiper, tapi ia masih lagi berkabus sebab titisan air kondensasi terbentuk di bahagian dalam kereta dan bukannya luar. Jadi takkanlah sambil memandu tu korang nak lap cermin dari dalam pula kan?

Cara Mudah Hilangkan Cermin Berkabus Semasa Memandu Hujan Lebat

Cermin berkabus terjadi apabila suhu di luar lebih sejuk daripada suhu di dalam kereta, lalu titisan-titisan air pun terbentuk. Lagi teruk adalah kalau cuaca sedang hujan lebat dan aircond kereta pula rosak. Waktu ni memang keseluruhan cermin kereta akan kabur berkabus.

Sumber Gambar Sembang Auto

Cara paling mudah untuk menghilangkan cermin yang berkabus adalah dengan menghidupkan mod kitaran udara luar. Apabila korang hidupkannya, ia akan membenarkan udara daripada luar masuk ke dalam kereta, tanpa perlu buka tingkap. Dengan cara ni, suhu di luar dan di dalam kereta semakin lama akan menjadi sama lalu dapat menghilangkan cermin berkabus yang menghalang pandangan. 

Selain itu ada juga fungsi mod elakkan berkabus bagi sesetengah kereta, tetapi itu lazimnya boleh untuk cermin belakang sahaja kerana ada garisan yang berfungsi apabila mod itu dihidupkan

Agar perjalanan kita tak terganggu apabila cermin kereta berkabus semasa memandu dalam hujan, kita kena awal-awal lagi perlu buat persediaan. Memang di kedai ada jual produk yang boleh mengelakkan cermin kereta daripada berkabus, tapi sebenarnya ada tips mudah yang boleh dilakukan untuk atasi masalah cermin berkabus menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di rumah saja!

Ubat Gigi

Sumber Gambar Youtube

Ubat gigi bukan hanya boleh digunakan untuk membersihkan gigi, tapi boleh juga menghalang cermin daripada berkabus. Caranya mudah saja: 

  • Cuma picitikan ubat gigi pada kain bersih dan lapkan ke seluruh bahagian dalam cermin hadapan. 
  • Biarkan kering sebelum lapkan dengan tuala yang lembap.

Dengan cara ni, ubat gigi tersebut akan membentuk satu lapisan yang menghalang daripada wap air terbentuk.

Syampu

Sama seperti ubat gigi, syampu juga akan membentuk lapisan kalis air pada cermin kereta korang. Caranya juga sama:

  • Tanpa menggunakan air, picitkan syampu ke atas cermin bahagian dalam kereta, dan ratakan.
  • Biarkan kering sebelum lap dengan kain lembap yang bersih.

Krim Pencukur Janggut

Sumber Gambar Home Hacks

Semua tips yang kitorang bagi ni adalah untuk membentuk satu lapisan kalis air yang akan menghalang daripada titisan air terbentuk di permukaan cermin apabila suhu dalam kereta lagi panas daripada luar. Dan cara gunakan krim pencukur janggut ni pun sama, iaitu:

  • Ratakan krim ke seluruh cermin kereta di bahagian dalam.
  • Biarkan selama 10 minit sebelum lap sehingga hilang kesan krim tersebut.

Kentang

Ya, korang tak salah baca. Kentang juga boleh digunakan untuk mencipta lapisan kalis air ni. Walaupun pelik, tapi cara ni ternyata menjadi!

  • Basuh kentang daripada kotoran tanah dan belah dua.

Sumber Gambar Aliff Channel

  • Gosok bahagian kentang yang dipotong tadi pada keseluruhan cermin dalam kereta.

  • Korang boleh hiris sikit kentang jika ia kotor. Tak pun gunakan bahagian yang satu lagi.

  • Biarkan sehingga kering. Jika ada sisa-sisa kentang yang melekat, boleh lap dengan tisu kering.

Lepas ni perjalanan korang akan menjadi lebih selamat apabila tak ada risiko cermin berkabus semasa memandu. Selain daripada cermin kereta, korang boleh juga aplikasikan tips ni pada permukaan cermin mata ataupun visor helmet untuk menjadikannya kalis air dan wap. Jimat kan daripada coating mahal-mahal tu?

Waktu hujan macam ni, korang kena pandu kereta dengan berhati-hati agar tak ada kemalangan yang tidak diingini berlaku kan. Ikuti tips-tips memandu kereta dengan selamat semasa musim hujan di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button