RumahCara Mudah

3 Cara Mudah Lipat Baju Agar Jimat Masa. 2 Saat Pun Siap 1 Baju. 5 Minit Boleh Siap Semua!

Tips Jimat Masa Lipat Baju Dengan Mudah

Alamak, anak dah merengek tu nak minta teman dia main dengan mainan dia. Tapi baju kering dah bertimbun dalam bakul tu sedia untuk dlipat. Bila tengok jam pulak, dah masuk waktu petang nak masak untuk makan malam nanti. Ahh! Banyaknya benda kena buat! Kalau ada mesin clone nak lipat baju dengan cepat kan bagus?

Sumber Gambar Tasteofhome

Cara Mudah Lipat Baju Pelbagai Cara Agar Jimat Masa

Alaa, tak tau ke ada banyak cara senang nak lipat baju dengan cepat dan sekaligus masa anda pun banyak dapat dijimatkan? Kebanyakan cara-cara di bawah ni adalah cara bagaimana askar dan tentera lipat baju dengan pantas dekat dalam kem diorang. Boleh cuba untuk mudahkan masa kita pula.

1. The Basic Fold (Lipatan Asas)

Sumber Gambar Realmenrealstyle

Kita mulakan dengan cara lipatan paling mudah.

  1. Mula mula sekali, letakkan baju yang korang nak lipat dan ratakan sebarang kedutan yang ada.
  2. Bayangkan satu garisan menegak di tengah-tengah baju dan kemudian lipatkan kepada sepruh di garisan itu sampai lengan baju berlawanan sentuh di sebelah lagi satu.
  3. Kemudian lipat lengan ke atas bahagian badan baju sebelum lipat seluruh baju tu menjadi saiz yang korang mahukan.
  4. Ratakan baju sekali lagi sampai hilang kedutan ataupun gelembung baju yang ada.

Senang je kan? Dah takda alasan malas nak lipat baju dah.

2. The Marine Roll (Gulungan Marin)

Sumber Gambar Realmenrealstyle

Tengok nama pun dah tau dah ni memang khas dicipta oleh para tentera untuk lipat dengan lebih cepat dan menjimatkan ruang almari. Cara yang kemas dan padat. Cara ni juga sesuai untuk mereka yang nak pergi bercuti dan menjimatkan ruang dalam bagasi.

  1. Letak baju dan ratakan kedutan yang ada.
  2. Di bahagian bawah baju(hem baju), lipatkan lebih kurang 5cm.
  3. Mulakan lipat dari sebelah kiri baju ke 1/3 bahagian panjang baju dan kemudian lipatkan lengan baju pula ke atas bahagian bahu baju.
  4. Ulang yang sama di sebelah kanan pula.
  5. Ratakan sebarang kedutan.
  6. Korang akan dapat satu bentuk panjang. Bermula dari bahagian atas, gulungkan baju dengan ketat.
  7. Ingat tak bahagian bawah baju yang korang lipat pada awal sekali? Setelah digulung, buka bahagian lipatan tu, kemudian ‘balutkan’ baju tu dengan lebihan lipatan tadi.

Dah siap! Kalau nak cepat lagi, ikut cara seterus ni!

3. Lipatan 2 Saat

Sumber Gambar Realmenrealstyle

Ini yang paling senang dan paling pantas. Dalam masa dua saat je boleh siap lipat satu helai baju dengan mudah. Teknik nya agak keliru tapi kalau dah terbiasa, lagi senang nak buat.

  1. Mula sekali mestilah kena ada sehelai baju yang dah kering dan bersih.
  2. Bayangkan ada 3 titik iaitu titik A, B dan C di atas baju itu.
  3. Cubitkan titik A yang berada di tengah baju belah kiri selari dengan bahu baju.
  4. Dengan masih cubit di titik A, ambil titik B yang berada di bahu baju, ke titik C di bawah baju.
  5. Tangan korang akan jadi bersilang kan? Jangan lepaskan langsung bahagian yang dicubit tu dan buka silangan tangan korang tadi.
  6. Korang akan dapat bentuk petak pada baju yang anda dah lipat. Jangan lupa lipat lengan baju yang terkeluar!
  7. Dah siap dalam masa dua saat je!

Cara Lipat tudung untuk tak terlalu renyuk

Kalau pakaian ni paling susah nak lipat atau malas nak buat adalah tudung sebab senang renyuk. Ada juga beberapa cara untuk lipat tudung supaya tak renyuk sangat bila dah digosok tu. Ada empat cara lipatan yang korang boleh cuba untuk elakkan renyukan di hijab korang berlaku.

1. Boleh Gulung

Dengan cara ni, selain dapat jimat almari atau laci tu, dapat jadikan koleksi yang nampak tersusun dengan rapi je.

2. Lipat Dua Shawl

Dah siap gosok shawl tu, boleh lipatkan kepada dua dan terus gantung ke hanger. Kalau korang lipat sebelum sterika, nanti akan nampak kesan lipatan tu di shawl anda. Dan juga susah nak hilangkan. Jadi, korang kena sterika dulu baru lipatkan kepada dua, ya!

3. Lipat Secara Memanjang

Cara lipat macam ni banyak kita tengok kedai pasar malam. Kalau tudung jenis material nipis (chiffon/cotton) memang sesuai dengan lipatan begini.

Ada perkakas untuk senang lipat dan simpan pakaian? Betul ke ni?

Iya betul! Korang tau tak ada satu alat ni yang senangkan lipat baju dengan cara yang mudah dan tak perlu buat kerja banyak pun? Tengok ni!

Sumber Gambar Latvianmom

Korang boleh beli alat ni di MR. DIY ataupun boleh juga DIY (do it yourself) sendiri je! Korang hanya perlukan kotak yang cukup besar dan selotape sahaja. Dengan adanya benda ni, boleh ajar anak kita lipat baju dengan cara mudah dan seronok!

 

Sumber Gambar hijabista

Alat untuk baju dah ada, kalau tudung macam mana pulak? Ni haa satu alat namanya gegelung tudung untuk korang sangkut tudung. Tak payah bazir masa lipat satu satu. Daripada dalam bakul kering tu, boleh gantung je dekat gegelung ni. Senang untuk korang ambil juga nanti sebab senang nampak! Nak tahu cara sidai baju dalam rumah musim hujan boleh baca SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button