MakananCara Mudah

Cara Asah Pisau Dengan Betul Agar Tajam. Tak Ada Pengasah Guna Pisau Lain Pun Boleh!

Cara Mudah Asah Pisau Agar Tajam

Pisau ni alatan memasak yang sangat penting jadi mesti lah kena tahu cara asah pisau. Kalau tak ada macam mana nak potong bawang, sayur, daging, ayam dan lain-lain kan? Nak kupas bawang pun senang guna pisau kan. Selalu bila pisau tu tumpul, pasti kerja-kerja memasak ni tergendala. Ya lah nak potong pun susah jadi makin lambat lah nak buat kerja kan.

Mungkin ada yang kata kalau pisau dah tumpul beli je lah baru bukan mahal pun pisau. Tu kalau pisau murah, kalau pakai pisau mahal tapi dah tumpul, takkan nak buang jugak kan. Lagipun tak susah pun sebenarnya nak asah pisau ni. Ikut je cara mudah di bawah ni

Cara Asah Pisau Agar Tajam

1. Guna Batu Pengasah Yang Dibasahkan Dengan Air Dulu

Salah satu cara paling mudah adalah dengan menggunakan batu pengasah. Kalau gunakan batu pengasah yang begini, korang disarankan untuk membasahkannya dengan air dulu.

Ini kerana permukaan batu pengasah yang basah akan membantu memudahkan kerja mengasah ataupun menggesek pisau pada batu pengasah tersebut. Kalau rasa susah nak bagi batu pengasah tu basah, boleh cuba rendam dulu dalam air sebelum nak guna untuk asah pisau tu.

2. Asah Dengan Kecondongan 10 – 20 Darjah, Bukan Tegak!

Sumber Gambar Wikihow

Kalau tengok betul-betul mata pisau ni, korang akan perasan ada bahagian yang tak rata. Jadi sebab itu lah perlu condongkan sikit pisau paling kurang 10 ke 20 darjah untuk selearas dengan bahagian yang tak rata tu sebab bahagian tu yang tak tajam sebenarnya. Jadi kalau selama ni asah tegak je sebab tu lah pisau tu masih tak tajam.

3. Jangan Asah Banyak Arah, Asah Satu Arah Je!

Bagi memastikan pisau lebih tajam, asah pisau dengan arah berlawanan dari arah memotong. Selalunya bila kita potong, pisau akan dihakan ke hadapan atau ke ke atas kan? Jadi nak asah ni perlu tarik ke arah bawah atau ke belakang. Lepastu buat pada satu sisi dahulu dan kemudian baru buat sisi lagi satu. Buat juga dengan sedikit tekanan agar mata pisau dapat di asah dengan baik

4. Tak Perlu Banyak Kali, Cukup 5 Hingga 8 Kali Asah 

Sumber Gambar Wikihow

Memang lah kadang tu rasa kalau buat lagi banyak lagi tajam kan. Tapi nak asah pisau ni sebenarnya cukup untuk di asah lebih kurang 5 hingga 8 kali saja. Sebab dengan jumlah ni je mata pisau tu tdah pun tajam. Kalau tak percaya cuba try potong dulu. Atau kalau dah nampak kesan asahan pada pisau tu, tandanya dah tajam dan boleh guna dah

5. Lepas Siap Asah Basuh Dulu Pisau Tu! Jangan Terus Pakai

Sudah tentu lah lepas asah pisau, kesan asahan dan sisa asahan batu pengasah tu boleh ada pada pisau. Jadi sebelum nak pakai tu basuh lah dulu, tak ada lah bakteria ke bendasing boleh melekat dekat makanan tu nanti. Lagi bagus lepas asah tu, basuh bersih-bersih dan keringkan pisau dulu sebelum guna atau boleh lapkan je.

Alternatif Asah Pisau Jika Tiada Batu Pengasah

Boleh Asah Pakai Pisau Lain!

Sumber Gambar KitchenKnifePlanet

Alamak batu pengasah pisau tak ada? Nak beli kedai tutup pula, jangan risau ada cara lain. Boleh guna pisau yang lain juga sebagai pengasah. Macam tak percaya kan? Tapi perasan tak ade chef-chef dari Jepun selalunya akan gunakan kaedah ni untuk tajamkan pisau mereka. Cara dia mudah je gesek kan satu pisau dengan pisau yang lain

Kalau tak faham lagi boleh tengok video seperti di bawah ni:

Belakang mangkuk atau cawan seramik

Sekiranya tiada pengasah pisau, boleh juga menggunakan bahagian belakang mangkuk atau cawan seramik. Cara asah pisau tu sama juga seperti asahan dengan pengasah tadi. Yang penting hanya gunakan bahagian bawah cawan atau mangkuk.

Sumber Gambar Minh Tien

Berus Dawai Cuci Periuk

Selain itu, untuk mengasah pisau boleh juga menggunakan berus dawai cuci periuk. Kalau ada yang tak tahu lagi berus tu macam mana boleh tengok gambar di bawah ini. Korang mesti ada punya benda ni dekat dapur tu.

Batu

Batu juga boleh digunakan sebagai alat pengasah pisau. Cari batu sungai seperti gambar di bawah dan asahkan mengikut cara mengasah menggunakan pengasah.

Kertas Pasir 

Selain itu, kertas pasir juga boleh digunakan untuk mengasah pisau yang tumpul. Cara dia mudah sahaja, ambil kertas pasir dan asahkan piasu di bahagian berpasir kertas tersebut. Asahkan mengikut cara asah pisau menggunakan pengasah.

Mudah je kan cara nak asah pisau ni. Semoga dapat membantu memudahkan urusan memasak korang. Kalau nak tahu tips memasak yang lain boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button