KenderaanCara Mudah

Cara Baiki Cermin Kereta Retak Guna DIY Windshield Repair Kit

Cara Mudah Baiki Cermin Kereta Retak Atau Pecah Sedikit

Aduh, macam mana cara baiki cermin kereta retak! Pernah tak korang bawa kereta di jalan ataupun highway tiba-tiba je ada batu atau benda asing melantun ke cermin depan kereta? Kalau tak pun masa parking kereta di rumah tiba-tiba ada batu daripada mesin rumput terpelanting kena cermin kereta? Kadang-kadang tu takde ape, tapi boleh jadi jugak ada retakan kecil berlaku kat cermin. Tahu tak sebenarnya kita boleh baiki cermin kereta retak sendiri je guna Windshield Repair Kit DIY je.

Bukan apa, kadang yang pecah tu sedikit je atau retak kecil je, nak baiki kat kedai kadang caj sampai RM100. Memang betul di kedai buat mesti lebih bagus sebab diorang ada kemahiran. Tapi untuk yang tak ada bajet macam kita ni golongan B40 tak salah untuk cuba baiki sendiri kan. Kalau ikut betul-betul arahan produk tu mesti boleh jadi punya. Kalau takut nak buat sendiri boleh tengok panduan kita sediakan kat bawah ni.

Cara Baiki Cermin Kereta Retak Atau Pecah Sedikit Buat Sendiri (DIY)

Untuk membaiki cermin yang retak kecil, korang mestilah kena beli dulu di kedai barangnya iaitu Windshield Repair Kit. Korang boleh je pergi dekat kedai serbaneka macam MR. DIY ataupun kedai hardware. Nak beli online pun banyak je ada jual contohnya dekat Shopee dan lain-lain:

Jadi kalau dah beli barang tu boleh je ikut langkah mudah ni. Kalau tak faham juga boleh tengok video di bawah.

1. Bersihkan bahagian cermin yang retak menggunakan kain

2. Korek serpihan di bahagian tersebut menggunakan pin yang diberikan

3. Lekatkan pemegang dan pastikan bahagian retak di bahagian tengah lalu masukkan batang seperti dalam gambar

4. Masukkan cecair ke dalam lubang yang disediakan

5. Kemudian tutup dengan penutup yang diberikan dan pusingkan sehingga ketat

5. Biarkan lebih kurang 15 minit dan boleh buka pemegang tersebut. Letakkan baki cecair yang ada dan lekatkan kertas atau film lutsinar yang diberikan

6. Biarkan kering di bawah matahari dalam 15 minit sebelum tanggalkannya. Gosokkan sedikit menggunakan besi yang diberikan untuk menanggalkan saki baki kertas film tersebut. Selesai.

Nah tengok video boleh lihat di terus di tiktok rasmi mysumber iaitu : http://tiktok.com/@mysumber

Dah siap. Tak sampai berapa jam cara baiki cermin kereta retak buat sendiri ni. tapi korang perlu ingat baiki cermin retak ni tak adalah sampai dia betul-betul hilang tak ada kesan macam cermin baru. Mungkin ada lagi kesan sedikit je. Tapi yang penting, kesan rekahan tu dah ditutup jadinya tak akan retak lebih besar selepas ni. Kalau nak tahu cara baiki kereta kemik sendiri atau DIY, boleh baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button