InformasiTips Jimat

Ini 3 Tempat Percutian Bajet Wajib Pergi! Semua 1 Jam Setengah Je Dari KL

Senarai Destinasi Bajet Untuk Melancong Di Malaysia

percutian bajet

Sumber Gambar StubbornHippie

Korang tahu tak dalam Malaysia ada banyak tempat percutian bajet yang boleh dikunjungi dan jelajah. Bagi yang tinggal dalam Kuala Lumpur dan Selangor, ada kawasan dalam negeri dan wilayah tersebut merupakan tempat percutian yang korang boleh pergi pada hujung minggu je. Tempat ni sesuai sangat untuk melepaskan penat lelah bekerja sepanjang minggu dan juga bersiar-siar bersama keluarga.

Kalau sedang merancang untuk bercuti atau sedang mencari tempat percutian dan pada masa yang sama menjaga bajet, ini berita baik untuk korang. Berikut adalah 3 tempat percutian bajet dalam Malaysia yang boleh dimasukkan dalam cadangan tempat bercuti korang. Tak jauh pun dari KL dan Selangor! Nak pergi balik hari pun boleh.

Senarai Tempat Percutian Bajet Untuk Melancong Di Malaysia

1. Sekinchan, Selangor (1 Jam 30 Minit Daripada KL)

Sumber Gambar LivingOutLau

Bagi yang tinggal di KL atau Selangor, Sekinchan mungkin tempat percutian bajet yang paling sesuai untuk korang. Terutamanya kalau korang nak jauh dari bandar yang sibuk dan ingin berhujung mingu dengan tenang. Sekinchan ini merupakan kampung nelayan yang terletak lebih kurang sejam setengah dari KL dan terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor.

Antara tarikan di Sekinchan ini ialah pemandangan sawah padi yang luas mata memandang. Tak perlu jauh sampai ke Kedah kalau nak dapat pemandangan sawah padi dah. Tapi kalau nak pemandangan padi yang cantik, datang pada musim menuai iaitu sekitar bulan Mac ke Mei dan September ke November.

Kenapa Sekinchan Tempat Percutian Bajet?

Banyak tempat tarikan di Sekinchan ini tiada bayaran masuk atau bayaran masuknya murah. Kebanyakan pengunjung yang datang ke Sekinchan juga hanya pergi untuk lawatan sehari tanpa bermalam. Aktiviti kebiasaan yang boleh dilakukan di sini ialah menikmati pemandangan di bendang pada siang hari, berehat di Pantai Redang pada sebelah petang, dan makan makanan laut di restoran sekitar Sekinchan kerana lebih murah sebelum pulang ke kota. Kebiasannya kalau korang datang ke Sekinchan untuk lawatan sehari tanpa bermalam, kosnya cuma sekitar RM 50-60 seorang kalau berkongsi kereta.

Kalau nak bermalam mahal tak?

Banyak tempat penginapan bajet di Sekinchan ni, antaranya ialah Padi Box dan Oyo Hotel Purple Town. Kos penginapan pula serendah RM 50-60 seorang. Kalau korang ke Sekinchan dan nak bermalam lagi digalakkan kerana korang boleh menikmati dua lagi tarikan tempat ini iaitu pertama Fireflies Tour di mana boleh dapatkan tiket serendah RM20 untuk melihat suasana kunang-kunang di waktu malam. Selain itu Sky Mirror, turut menjadi pusat tumpuan pelancong dengan keindahannya.

 

2. Port Dickson, Negeri Sembilan (1 Jam 20 minit Daripada KL)

Sumber Gambar LexisPD

Port Dickson terkenal dengan pantai yang cantik dan pemandangan matahari terbenam yang cukup indah. Tempat ni jugak tidak begitu jauh dari KL/Selangor dan Singapura. Selain pemandangan pantai dan matahari terbenam, antara tarikan di Port Dickson ialah keindahan alam semulajadinya dan rekabentuk arkitek bangunan lama yang terdapat di sekitar kawasan ini.

Port Dickson juga merupakan lokasi percutian bajet yang sesuai sebagai ‘quick getaway‘ bagi mereka yang bekerja di kawasan bandar yang pesat seperti kawasan Lembah Klang. Korang dicadangkan untuk datang ke sini sekitar bulan Januari ke Februari bagi mengelak musim tengkujuh.

 

Kenapa Port Dickson Tempat Percutian Bajet?

Antara satu sebab utama Port Dickson ni boleh dikira sebagai tempat percutian bajet ialah kerana mempunyai banyak tempat penginapan yang banyak menawarkan harga murah untuk bermalam. Malah ada yang di bawah RM 100 semalam untuk seorang. Antaranya ialah WG Hotel, Clover Hotel Dan Win Win Boutique Hotel PD.

Aktiviti yang korang boleh buat di Port Dickson juga murah dan banyak juga yang percuma. Antaranya ialah naik ATV di sekitar pantai dengan bayaran RM 30 per trip. Tiket ke Alive 3D Art Gallery pada harga serendah RM 25, diskaun RM 5 kalau tunjuk MyKad.

Bagi yang suka aktiviti hiking, korang wajib cuba hiking di Tanjung Tuan di mana bayaran masuknya cuma RM 1 dan korang boleh turut melawat rumah api tertua di port Dickson dan teluk rahsia dengan pembentukan baru granit di tengah perairan biru yang berkilau. Namun aktiviti wajib ialah menikmati pemandangan matahari terbenam di tepi pantai Port Dickson.

 

3. Bukit Tinggi, Pahang (1 Jam Sahaja Daripada KL)

Sumber Gambar Flicker(stratman2)

Kalau korang tahu Genting Highland di Pahang, korang wajib tahu Bukit Tinggi kerana lokasi tempat peranginan ini berdekatan dengan Genting Highland. Bukit Tinggi ini dikenali dengan tempatnya yang sejuk dan cuacanya yang nyaman. Tambahan senibina bangunan di sini juga menyerupai bangunan di benua Eropah sehinggakan resort di sini digelar ‘Le French styled Resort‘.

Terdapat banyak tempat menarik untuk korang kunjung di sini. Namun temnpat yang wajib korang pergi ialah Colmar Tropicale kerana bangunan ini dibina dengan senibina di negara Perancis. Suasana di Colmar Tropicale dapat membuatkan korang merasakan berada seolah-olah di luar negara.

Di Bukit Tinggi ni jugak ada Japanese Village, yang merupakan satu-satunya perkampungan Jepun di Malaysia. Perkampungan ini 100% kelihatan seperti berada di negara Jepun. Di Japanese Village ini ada beberapa tempat menarik yang korang boleh datangi iaitu Japanese Tea Hous, Tatami Spa, Ryo Zan Tei dan Ume Tatami Suite (restoran Jepun).

Tempat lainnya korang boleh tengok dalam gambar di bawah.

Sumber Gambar TeamTravel

Kenapa Bukit Tinggi Tempat Percutian Bajet?

Hotel di kawasan Bukti Tinggi agak mahal namun korang boleh memilih untuk menyewa tempat penginapan di laman web Agoda atau AirBnb yang harganya malah terdapat bawah RM 100 untuk semalam, contohnya The New York Studio, Selesa Hillhomes.

Tempat-tempat tarikan pelancong di Bukit Tinggi ini juga tidak mahal bayaran masuknya, sekitar RM 12-RM 16 untuk tempat seperti Japanese Village dan Colmar Tropicale. Namun ada juga tempat yang tidak mempunyai bayaran masuk seperti Botanical Garden, Mini Falls, Lata Hammer Waterfall dan Kebun Ayah.

Itu tiga tempat percutian bajet yang korang boleh pertimbangkan dalam plan korang untuk bercuti. Namun yang paling penting, jaga SOP ketika bercuti, jaga diri sendiri dan orang lain. Selamat bercuti! Nak tahu tips booking hotel murah? Boleh baca lanjut di panduan di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button