PermohonanCara Mudah

Sekarang Dah Tak Boleh Pergi Pejabat KWSP Tanpa Buat Temu Janji Dulu! Ikuti Cara Mohon Temu Janji Secara Online

Cara Mudah Buat Temu Janji KWSP Secara Online

Apabila Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP)  mengumumkan tentang kebenaran untuk mengeluarkan duit simpanan Akaun 1 melalui program i-Sinar, ramai individu yang terkesan memasang niat untuk cepat-cepat menyerbu pejabat KWSP yang berdekatan bagi membuat permohonan atau mendapatkan penjelasan. Kalau korang antara yang termasuk dalam individu ni, kitorang sarankan jangan terus pergi ke pejabat KWSP sebab mulai dari 1 Julai 2020 hari tu, Kaunter Perkhidmatan KWSP menggunakan konsep janji temu yang perlu dimohon secara online terlebih dulu. Lepastu baru boleh hadir ke KWSP mengikut masa yang korang dah booking

Sebelum ini, Ketua Pegawai KWSP ada mengumumkan bahawa bagi sesiapa yang ingin memohon i-Sinar atau pengeluaran akaun 1 KWSP tetapi tiada dokumen sokongan boleh hadir ke KWSP untuk perbincangan dan menjelaskan situasi yang dihadapi.

Jadi, kalau nak berurusan dengan pegawai KWSP, pastikan korang dah buat booking secara online dulu, sebab nanti tak adalah masa korang terbuang bila dah datang ke pejabat jauh-jauh, tiba-tiba tak dapat masuk pula sebab orang dah booking penuh sepanjang hari tu atau beratur panjang sangat sampai giliran dah tutup. Lagi pun, dengan cara booking temu janji ni, korang dapatlah merancang masa dengan lebih baik. Tak perlu dah nak kena tunggu lama dan beratur panjang sebab masing-masing dah ada masa temu janji tersendiri.

Cara Buat Temu Janji KWSP Secara Online

Sebenarnya mudah je nak buat temu janji untuk hadir ke KWSP secara online ni. Tak sampai 5 minit siap, ikut je langkah ni:

  1. Layari laman web KWSP, dan klik pada bahagian Janji Temu Online.
  2. Pilih Negeri, dan kemudian Cawangan yang berhampiran.
  3. Pilih Jenis Temu Janji. Ini bergantung atas urusan apa yang korang nak lakukan di pejabat nanti. Setiap jenis temu janji ada penerangannya yang korang boleh baca.
  4. Pilih Tarikh dan Masa temu janji. Kemudian klik Pilih Slot.
  5. Isikan Maklumat Peribadi selengkapnya. Setelah selesai boleh klik Buat Janji Temu.
  6. Status permohonan janji temu korang akan jadi seperti di bawah.

Bagi sesiapa yang dah ada aplikasi i-akaun KWSP, boleh terus klik pada Janji Temu Online dan ikuti proses yang lebih kurang sama sehingga selesai.

Syarat-Syarat Temu Janji KWSP

Walaupun senang je nak mohon temu janji di KWSP ni, ada beberapa syarat yang korang kena tahu dan patuhi semasa nak hadiri temu janji di KWSP. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Setiap temu janji adalah hanya untuk 1 orang ahli sahaja.
  • Lebih baik jika hadir 10 minit lebih awal.
  • Temu janji boleh dimohon secara online seawal 30 hari sebelum tarikh temu janji ataupun 1 jam sebelum masa temu janji (sekiranya ada kekosongan slot).
  • Perlu sentiasa patuhi SOP apabila berada di pejabat KWSP. 
  • Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan temu janji. Caranya mudah je, cuma klik pada pautan yang diberikan di dalam e-mel atau SMS yang diberi KWSP, dan tukar atau batalkan temu janji korang.

Kalau korang ada apa-apa persoalan lagi, boleh rujuk bahagian FAQ KWSP ataupun hubungi je terus hotline KWSP di 03-8922 6000. Kalau yang belum daftar lagi i-akaun tu untuk memudahkan urusan pengeluran i-Sinar KWSP, boleh buat melalu kios di beberapa bank dan tempat lain. Cara dia mudah je, tengok panduan ini

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button