KenderaanCara Mudah

Cara Check Trafik Jalan Highway Sesak Untuk Rancang Perjalanan

Cara Semak Situasi Trafik Jalan Raya & Lebuh Raya Sekitar Malaysia

Ramai yang merancang untuk pulang ke kampung ataupun pergi bercuti waktu cuti panjang kan tapi dah tahu ke cara check trafik? Malaysia memang sebuah negara yang mempunyai banyak cuti umum sebab kita terdiri daripada pelbagai kaum. Jadi perayaan setiap kaum akan diraikan dan diisytiharkan sebagai cuti umum. Bila cuti ni memang semua akan ambil peluang balik kampung atau bercuti dan jalan mesti jem kan. Macam mana cara check trafik jalan atau highway jammed? 

Jangan risau sebenarnya ada beberapa cara korang boleh buat untuk tengok sama ada jalan korang nak lalu tu jem atau tidak. Sewaktu musim perayaan juga, sebenarnya pihak penguasa lebuh raya juga akan keluarkan jadual untuk rancang perjalanan yang lebih lancar. Korang boleh juga ikut nasihat yang diberikan mereka dan juga rancang sendiri perjalanan mengikut waktu yang sesuai.

Video Panduan

Cara Check Trafik Jalan Raya & Lebuh Raya Sekitar Malaysia

Selain daripada ikuti nasihat yang disarankan oleh pihak berwajib, antara cara yang korang boleh guna untuk check jalan jem ataupun tidak adalah:

1. Aplikasi Peta Seperti Waze & Google Maps

Ini merupakan cara paling senang untuk korang ketahui jalan yang bakal dilalui tu sesak ataupun tidak. Antara aplikasi peta yang boleh digunakan adalah:

Bila dah download ni, korang boleh lah masukkan destinasi atau tempat yang korang nak pergi tu, lepastu jalan yang ditunjukkan tu mesti akan bagitahu jalan tu tengah sesak ataupun tidak. Kalau sesak pun selalunya aplikasi tu akan cadangkan laluan lain yang kurang sesak.

Sebab tu kadang-kadang walaupun kita dah tahu jalan, lebih baik buka maps juga dahulu untuk elak kesesakan. Ye lah mana tahu tiba-tiba ada kemalangan ke apa kan, sebab aplikasi ni akan dikemaskini berdasarkan satelit dan juga laporan daripada orang awam (kalau guna waze). Jadi memang bagus untuk korang buat ni dulu.

2. Laman Web Kamera CCTV – Gambar Live

Selain tu juga, korang boleh juga tengok laman web yang menyediakan gambar secara langsung keadaaan situasi semasa trafik lebuhraya. Laman web ini mengumpulkan semua gambar kamera CCTV jalan raya dan lebuh raya di Malaysia. Antara laman web yang korang boleh buka adalah seperti pautan berikut:

Jadi bila dah tengok ni korang boleh agak dan rancang perjalanan yang lebih baik. Contohnya bila tengok keadaan sesak teruk di tol, tangguhkan dulu perjalanan dan mulakan jalan selepas trafik kembali lancar.

3. Laporan Trafik Radio Atau Media Sosial

Ini salah satu cara paling senang juga untuk ketahui sama ada jalan yang nak dilalui tu jem ataupun tidak. Tapi selalunya laporan trafik di radio ni hanya akan keluar dalam beberapa minit atau jam sekali, jadi nak lebih cepat info boleh buka sendiri media sosial lebuhraya atau trafik yang ada. Antaranya adalah:

Bila dah follow ni mesti korang akan lebih waspada dengan kesesakan jalan. Tak ada lah lepasni tiba-tiba sangkut dekat jammed dan tak tahu nak buat apa.

 

Senang je kan cara check trafik  Memandu dalam sesak ni sememangnya mencabar keadaan mental dan juga fizikal kita. Yelah berjam duduk dalam kereta tak bergerak boleh penat tau walaupun duduk sahaja. Jadi apa-apa pun rancanglah perjalanan sebelum ke mana-mana. Lagi-lagi waktu hujung minggu tu semua orang berjalan makan angin kan. Nak tahu tips selamat tinggalkan rumah dalam tempoh lama boleh tengok di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button