KesihatanMakanan

Patutlah Tak Kurus! Ini 5 Makanan Lebih Tinggi Kalori Daripada Nasi

Fitness Coach Kongsi 5 Makanan Yang Lebih Menggemukkan Dari Nasi

Apa 5 Makanan Lebih Tinggi Kalori Daripada Nasi? Mesti ada di antara korang yang tengah diet sekarang, kan, lebih-lebih lagi bila berat semakin menaik dan perut semakin ke depan sebab lama tak bersenam. Antara diet yang paling popular dan mudah untuk diikuti adalah dengan mengelakkan diri dari makan nasi. Tapi persoalannya, betul ke semudah tu je boleh kurus? Jawapannya mestilah…tak!

Kalau betul-betul nak jaga diet, korang bukan kena elak makan nasi je tau. Jangan main bedal je makan makanan lain yang terhidang. Check dulu kandungan kalori dalam makanan tu. Sebab selain daripada nasi, ada beberapa lagi jenis makanan yang korang kena elakkan kalau betul-betul nak kurus. Tips ni penting lebih-lebih lagi untuk orang yang selalu tanya kenapa susah sangat nak kurus walaupun dah tak makan nasi.

Fitness Coach Kongsi 5 Makanan Lebih Tinggi Kalori Daripada Nasi Yang Buat Kita Lebih Gemuk Berbanding Nasi

Fitness coach di TikTok ini ada share 5 Makanan Lebih Tinggi Kalori Daripada Nasi. Ini antara perkongsian beliau:

1 Bungkus Samyang = 3 Senduk Nasi

Antara makanan yang tengah viral sekarang adalah samyang. Peminat-peminat makanan pedas Korea mesti akan makan samyang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau korang cuba nak turunkan berat badan dan jaga diet, ingatlah sebungkus samyang bersamaan dengan tiga senduk nasi putih.

1 Cawan Boba Tea = 4 Senduk Nasi

Ni pun merupakan minuman yang tengah viral sekarang. Yang ni kadang-kadang bukan seminggu sekali baru minum. Ada yang minum sampai dua tiga kali sehari! Kena ingat, selain daripada terlalu manis, secawan boba tea ni bersamaan dengan empat senduk nasi putih tau!

2 Keping Apam Balik = 5 Senduk Nasi

Siapa je yang tak suka makan apam balik kan? Bila kita beli, sebungkus boleh dapat dalam lima keping macam tu. Dan kadang-kadang sebungkus tu boleh kita habiskan seorang. Mulai sekarang, bolehlah korang beringat yang dua keping apam balik tu bukan bersamaan dengan sesenduk, tapi lima senduk nasi putih tau!

1 Keping Roti Canai = 4 Senduk Nasi

Selain dari nasi lemak, roti canai pun makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ada sesetengah orang tu, bila makan, bukan sekeping dia order, tapi berkeping-keping! Buat korang yang tengah diet, beringatlah yang sekeping roti canai je dah sama macam empat senduk nasi putih.

1 Potong Cheese Cake = 3 Senduk Nasi

Kalau pergi mana-mana kafe, cheese cake adalah antara dessert yang paling popular. Macam-macam jenis cheese cake ada dekat luar sana. Daripada burnt cheese cake, sampailah ke fluffy cheese cake. Tapi ingat! Sepotong cheese cake biasa bersamaan dengan tiga senduk nasi putih.

Boleh rujuk video penuh di pautan berikut:

@coach_azriMana better guys? #azriabdullah#teamazriabd_#teamummiladyinblck#tipskurus#fypシ#weightloss#fyp#myfoodie♬ DJ Tutu Nadi Como Remix – YT : DJ Nansuya

Sekarang bila korang dah tahu persamaan kalori nasi putih dengan makanan-makanan lain, bolehlah betul-betul jaga pemakanan. Jangan kata tak makan nasi tapi semua makanan lain main sapu je. Memang lah tak kurus-kurus. Semoga korang yang tengah diet tu berjaya dapatkan berat badan yang ideal. Kalau nak kurus guna tips diet suku suku separuh boleh tengok di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button