Tips JimatKewangan

Nak Makan Angin Tapi Duit Tak Banyak? Ini 5 Tips Jimat Bercuti Untuk Percutian Bajet Yang Jimat!

Tips Percutian Bajet. Pergi Melancong Tapi Tetap Berjimat

Apa tips jimat bercuti? Bila tiba hari cuti sahaja tak kira lah hujung minggu atau cuti umum mahupun cuti sekolah, semua orang mesti ambil peluang untuk pergi melancong atau bercuti. Selain balik kampung, ramai juga pilih untuk bercuti ke negeri lain mahupun luar negara. Namun pasti ada juga dalam kalangan kita hendak bercuti dan pada masa yang sama ingin berjimat kerana hendak menjaga kewangan, lagi-lagi lepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selama ini. Jangan risau, ini 5 tips jimat bercuti yang korang wajib baca kalau hendak bercuti dengan cara berjimat.

Tips Jimat Bercuti, Walaupun Pergi Melancong Tapi Tetap Berjimat (Percutian Bajet)

1. Elakkan Bercuti Waktu Musim Perayaan & Cuti Sekolah!

Sumber Gambar TripZilla

Pemilihan waktu sesuai untuk bercuti ini sangat penting kalau korang nak berjimat. Elakkan bercuti ketika cuti sekolah atau musim perayaan kerana pada waktu ini, mereka yang menyediakan perkhidmatan dalam industri percutian akan menaikkan harga contohnya seperti tiket kapal terbang disebabkan permintaan yang lebih tinggi.

Antara waktu terbaik untuk korang berjimat untuk bercuti ialah sebelum atau selepas musim cuti sekolah atau perayaan tadi. Tiket kapal terbang akan lebih murah pada waktu ini kerana syarikat penerbangan ingin menarik pelanggan menggunakan perkidmatan mereka. Di samping itu, tempat yang korang nak lawati pun akan kurang sesak dengan orang berbanding pada musim sekolah atau musim perayaan.

 

2. Kalau Bekeluarga Duduk Homestay, Solo Traveler Duduk Hostel, Berkhemah Pun Lagi Jimat!

Sumber Gambar Agoda

Tips jimat bercuti yang kedua, pilihlah untuk menginap di bilik hostel berbanding suite di hotel kalau korang ialah solo traveler dan nak berjimat ketika bercuti. Bukan tak boleh tinggal di hotel, tapi kalau korang nak berjimat, pilih tempat penginapan yang murah namun berbaloi untuk didiami. Di hostel jugak korang boleh bertemu dengan solo traveler yang lain dan dapat berkongsi pengalaman bercuti bersama, malah dapat kongsi tambang untuk pergi ke mana-mana bersama. Lagi jimat kan!

Bagi korang yang nak bercuti dengan keluarga boleh pertimbangkan tempat seperti homestay atau AirBnB kerana tempat seperti ini mempunyai kemudahan seperti boleh memuatkan keluarga yang ramai pada harga yang lebih murah. Ye lah kalau hotel kena bayar 1 bilik kalau homestay ni satu rumah terus. Tapi kalau korang nak juga tinggal di hotel, boleh lah tengok hotel bajet seperti yang terdapat di OYO Hotel kerana lebih selamat, selesa dan yang paling penting lebih murah.

Selain tu kalau korang bercuti di tepi pantai atau pun air terjun, tidur di dalam khemah semestinya lagi jimat! Lagi-lagi kalau korang ada khemah sendiri. Memang jimat banyak, cuma perlu bayar sewa tapak je untuk sesetengah tempat. Ada tempat juga sediakan khidmat sewa khemah jadi boleh lah guna.

 

3. Masak Makanan Sendiri & Bawa Air Botol Minuman

Sumber Gambar Raihana82

Selalunya bila bercuti ni selain duit habis dekat hotel dan pengangkutan, makanan juga salah satu kos yang agak tinggi. Lagi-lagi kalau berjalan bersama keluarga. Memang tak salah pun nak cuba makanan yang menarik dekat tempat kita pergi tu, tapi ada je cara boleh jimat. Contohnya bawa air minuman atau air kosong sendiri. Ada sesetengah kedai tak jual air kosong 20 sen tu, hanya ada air mineral RM1, kalau dah 10 orang RM10 juga habis kan.

Lagi satu kalau bercuti beramai-ramai bersama keluarga, selalunya kita akan masak makanan sendiri macam buat nasi goreng pada waktu pagi, belah malam pula boleh buat bakar BBQ. Cara ni bukan saja jimat malah boleh tambah eratkan lagi hubungan antara kita sekeluarga. Kalau berkelah juga lagi seronok bawa bekalan sendiri sambil duduk tepi pantai atau air terjun, sambil menjamah makanan yang dimasak di rumah.

 

4. Pergi Tempat Tarikan Pelancong Yang Percuma Atau Murah Je!

Sumber Gambar Sabah Booking

Antara tips jimat bercuti yang lain untuk korang guna ketika bercuti ialah utamakan untuk melawat tempat-tempat tarikan pelancong yang percuma atau mempunyai bayaran masuk yang rendah. Bukanlah korang tak boleh langsung melawat tempat yang mempunyai bayaran masuk yang tinggi, tapi dalam konteks berjimat, utamakan tempat-tempat yang mempunyai tiada bayaran masuk atau bayaran masuk yang rendah.

Contoh tempat yang mempunyai tiada bayaran masuk ialah muzium, balai seni, tempat riadah awam seperti pantai, atau lokasi hiking. Tempat yang mempunyai bayaran masuk yang rendah pula kebiasannya seperti taman negara, pusat hidupan liar, taman rimba. Anak-anak mesti seronok punya kalau dibawa ke tempat-tempat macam ni. Tak perlu pun bawa ke taman tema yang tiket masuk je dah berpuluh ringgit. Lepastu bila ada lebihan wang, korang boleh guna untuk benda lain macam beli makanan kudapan dan sebagainya.

 

5. Bawa Kurang Bagasi Atau Travel Light

Sumber Gambar Kiszon Pascal/Getty Image

Korang selalu tak nampak backpaker yang jenis bercuti dengan cukup bawa satu beg galas di bahu mereka? Apa yang mereka praktikkan ini disebut travel light di mana korang bawa bagasi atau beg dengan berat yang minimum ketika pergi bercuti. Ini merupakan salah satu cara untuk berjimat ketika bercuti selain mengurangkan penat korang untuk membawa bagasi yang berat ke hulu ke hilir ketika bercuti.

Penjimatan yang paling jelas korang boleh nampak ialah ketika hendak menaiki kapal terbang. Berat bagasi korang akan sentiasa jadi perhatian, terutamanya jika korang nak masukkan bagasi sebagai checked baggage ke dalam kargo. Semakin berat dan banyak bagasi korang, semakin besar kos yang korang kena tanggung, lebih-lebih lagi kalau bagasi korang terlebih muatan dan terpaksa membayar caj bagasi di kaunter yang lebih mahal. Jadi, travel light dan paling terbaik jika korang timbang dulu berat beg korang sebelum meninggalkan rumah ke lapangan terbang.

Senang je kan tips jimat bercuti yang dikongsikan di atas. Sebenarnya banyak je lagi tips yang ramai orang buat untuk berjimat sewaktu melancong. Ianya bergantung kepada kreativiti masing-masing dan pendekatan setiap orang. Kalau hadapi masalah MySejahtera sewaktu berjalan tu boleh rujuk panduan di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button