RumahCara Mudah

Basuh Baju Pun Ada Cara Tau, Kalau Tak Bukan Tak Bersih Je, Malah Pakaian Boleh Rosak! Ini Cara Cuci Baju Betul

Tips Mudah Basuh Baju Agar Bersih Dan Wangi

Kalau bercakap pasal cara cuci baju, CUCI, BILAS, JEMUR adalah 3 perkataan yang akan keluar dan terbayang. Bunyi macam senang je kan? Ada 2 cara cuci baju, guna tangan dan guna mesin. “Kalau penat guna tangan, guna mesin. Senang.” Tetapi tahukah korang? Ada beberapa tips yang perlu kita tahu ketika membasuh baju supaya baju lebih bersih dan wangi.

Cara Cuci Baju Agar Bersih Dan Wangi

Sebelum Membasuh 

1. Periksa label baju

PENTING sebab kalau tak, baju mungkin akan rosak. Ini antara simbol yang ada pada label baju yang korang perlu tahu: 

Sumber Gambar Lifeskillsecrets

  • WASH – menunjukkan boleh dibasuh dengan tangan/ mesin atau tidak
  • BLEACH – boleh menggunakan peluntur klorin atau tidak
  • TUMBLE DRY – cara pengeringan
  • IRON – menunjukkan suhu kepanasan seterika yang sesuai dengan pakaian
  • DRY CLEAN – membasuh dengan sedikit atau tanpa air (cucian kering)

2. Pengasingan

Baju putih atau berwarna cerah perlu diasingkan dari baju berwarna gelap supaya warna gelap tidak luntur ke baju berwarna cerah. Penting juga untuk asingkan jenis kotoran baju sebelum membasuh. Jika ia sangat kotor atau berlumpur, lebih baik jika direndam dengan air sabun terlebih dahulu. Contohnya baju anak kecil, kemungkinan ada kotoran najis yg terkeluar dari pampers, jadi lebih elok direndam dahulu. 

Sumber Gambar Thespruce

3. Pemeriksaan akhir

Pastikan semua poket dikosongkan, zip ditutup dan butang dibuka supaya tidak terkoyak, dan baju diterbalikkan luar ke dalam. Kalau nak basuh pakaian dalam menggunakan mesin, masukkan dalam beg mesh, lebih selamat dan tak rosak. 

Semasa Membasuh:

1. Suhu air

Pemilihan suhu air juga penting bagi setiap jenis pakaian, antaranya adalah:

  • SEJUK – fabrik, pakaian dalam, sweater, denim, dan pakaian yang boleh mengecut. Ia juga bantu warna dari baju baharu daripada luntur.
  • SUAM – baju putih atau berwarna terang. Ia bantu hilangkan kotoran lumpur dan bakteria.
  • PANAS – pakaian yang terlalu kotor. Ia dapat membasmi kuman dari semua jenis tuala.

Tapi, ni selalunya ada dekat kedai dobi. Tak semua mesin cuci di rumah ada pilihan suhu macam ni. Jadi kalau pakaian kotor sangat, lebih baik cuci di dobi layan diri, ataupun hantar sahaja ke dobi.

2. Sabun pencuci

Pilih sabun pencuci yang sesuai dengan jenis kain dan warna baju. Terdapat 2 jenis sabun pencuci, cecair dan serbuk. Walaupun agak mahal, sabun pencuci cecair tidak meninggalkan kesan seperti serbuk. Jadi apa kata berbelanja lebih sedikit tapi puas hati. 

Selain itu, jangan guna terlalu banyak sabun. Ini kerana bila banyak sangat sabun akan menghasilkan terlalu banyak buih yang akan mengumpulkan kotoran di beberapa bahagian seperti di kolar lalu menyebabkan pakaian menjadi lebih kotor sebenarnya.

Sumber Gambar Fizaizawa

3. Basuh menggunakan tangan (Handwashing)

  • Periksa label baju.
  • Sediakan campuran air dan sabun pencuci. Elakkan daripada menggunakan air panas untuk mengelak kerosakan pada warna baju.
  • Rendam pakaian. Biar selama 5 – 10 minit. Elakkan daripada menggosok dengan kasar atau kuat untuk kekalkan bentuk pakaian. Hanya gosok pada bahagian yang kerap kotor seperti di bawah ketiak dan sebagainya.
  • Bilas pakaian. Keluarkan pakaian, buang air sabun, dan gantikan dengan air bersih. Ulang sehingga kesan sabun hilang.

Sumber Gambar Travelfashiongirl

Selepas Membasuh (Pengeringan) : 

1. Kibas dulu sebelum gantung pakaian

Orang kata, sebelum sidai lebih elok kalau pakaian itu dikibas dulu supaya tak nampak renyuk sangat nanti.

 Sumber Gambar Merdeka

2. Jangan lebih muatan di mesin pengering

Mesin pengering. Kalau nak cepat keringkan baju, gunakan mesin pengering. Ikut suhu yang bersesuaian dengan pakaian. Ingat, lebih baik kurangkan jumlah pakaian dalam mesin supaya pakaian dapat kering sepenuhnya. Jika terlalu banyak, mungkin terdapat bahagian pakaian yang masih lembab.

Tips Tambahan: 

  • Pastikan mesin basuh sentiasa dibersihkan.

Salah satu cara mudah untuk bersihkan mesin basuh adalah jalankan mesin tanpa muatan dengan menggunakan air panas dan agen pencuci. Penapis dan paip juga perlu diperiksa.

  • Elakkan daripada masukkan terlalu banyak pakaian ke dalam mesin basuh.

Jika terlalu banyak atau penuh, mesin basuh boleh rosak dan pakaian jadi kurang bersih walaupun sudah dicuci.

Sumber Gambar Nytimes

Jadi dah tahu cara cuci baju dengan betul, harapnya lepasni cucian korang jadi lebih bersih dan wangi. Macam bagitahu tadi mesin basuh pun sebenarnya perlu dicuci sekurang-kurangnya setahun sekali. Nak tahu cara cuci mesin basuh boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button