RumahCara Mudah

Tips Hilangkan Bau Busuk Rumah, Bilik Atau Almari. Guna Bahan Ada Dekat Rumah Je!

Cara Wangikan Rumah, Bilik, Atau Almari Yang Busuk

Pernah tak nak hilangkan bau busuk rumah, bilik mahupun almari tapi susah. Kadang tu dah guna macam-macam jenis pewangi beli kat kedai tapi masih ada juga bau busuk tu. Ataupun ada ketika minyak wangi dah habis tapi ada tetamu nak datang rumah, bau busuk pulak lepas goreng pekasam, nak buat macam mana kan?

Bilik pula kadang-kadang bau busuk sebab baju kotor berpeluh atau tilam dan bantal busuk bau kepam. Itu belum cakap baju yang dalam almari tu kalau tak kering dengan betul boleh bau hapak pula dalam almari. Macam mana nak selesaikan masalah ni? Boleh ke hilangkan bau busuk semua ni dengan guna barang semulajadi? Jangan risau sebenarnya ada je caranya.

Cara Hilangkan Bau Busuk Almari, Bilik Atau Rumah

Selain itu, bagi mangsa banjir khususnya, lepas dah basuh bersihkan rumah kadang-kadang bau tu masih ada tinggal kan? Lagi-lagi kalau yang banyak lumpur tu. Jadi apakah bahan-bahan yang boleh bantu hilangkan bau busuk ini. Ini antara barang-barangnya:

Biji Kopi

Sumber Gambar Tribunnews

Biji kopi sememangnya sesuai untuk menghilangkan apa-apa bau. Paling senang kita tengok di kedai minyak wangi, mereka menyediakan biji kopi untuk meneutralkan semua bau. Jadi boleh letakkan biji kopi di dalam almari atau di mana-mana sudut bilik mahupun rumah yang berbau

Arang 

Sumber Gambar Thereporter

Arang juga merupakan salah satu bahan yang merupakan penyerap bau yang berkesan. Caranya isikan arang dalam kain dan letakkan di setiap sudut bilik atau rumah mahupun ataupun dalam almari. Arang bukan sahaja dapat hilangkan bau busuk tapi dapat membunuh bakteria juga

Lemon

Sumber Gambar Kompas

Lemon juga merupakan satu bahan yang amat popular dan sering digunakan sebagai minyak wangi atau bauan dalam pelbagai barang. Ini kerana lemon mempunyai elemen sitrus yang mempunyai bau yang kuat dan mampu menghilangkan bauan yang lain dengan aroma sitrus. Caranya adalah potong lemon kepada dua bahagian dan sumbatkan sedikit garam di bahagian tengahnya. Letakkan di atas piring atau bekas dan letakkan di kawasan yang berbau busuk untuk menyerap bau tidak senang tersebut.

Oat

Oat juga merupakan bahan yang mampu menyerap bau busuk di sekeliling kita. Contohnya sampah yang tidak dibuang dalam rumah boleh menyebabkan bau kuat di kawasan rumah untuk beberapa hari. Selain sembur pewangi, boleh juga gunakan oat. Caranya adalah ambil beberapa genggam oat dan taburkan dalam tong sampah. Ini akan mengurangkan bau busuk sampah daripada tersebar ke seluruh rumah

Ekstrak Vanilla

Sumber Gambar Simplyrecipes

Dalam masakan juga, ektstrak vanilla sering digunakan untuk mewangikan makanan seperti kek contohnya boleh hilangkan bau busuk telur. Jadi ekstrak vanilla ni jugak boleh digunakan untuk mewangikan rumah, bilik mahupun almari. Caranya mudah je, titikkan ekstrak vanilla di atas span dan rendamkan ia dalam air panas. Aroma bau vanilla akan mengharumkan kawasan tersebut.

Kulit Epal Dan Kayu Manis

Kayu manis juga memberikan haruman yang kuat dan mewangikan. Ianya mampu menghilangkan bau busuk yang ada. Dicampur pula dengan bau kulit epal pastinya ia akan membuatkan bau aroma seperti di kedai roti. Jadi caranya adalah masakkan kulit epal dan kayu manis bersama air sehingga menggelegak dan naik bau. Setelah itu matikan api dan biarkan aromanya tersebar di seluruh rumah.

Pelembut Pakaian

Ini kalau korang memang ada beli pelembut pakaian untuk cuci pakaian tu, bukan sahaja boleh guna untuk baju tapi untuk rumah juga. Pelembut pakaian ini pastinya berbau harum dan pelbagai jenis bauan yang ada. Jadi caranya adalah tuangkan satu sukatan penutup pelembut pakaian dalam air mendidih dan letak pada ruangan yang berbau busuk tersebut. Pastinya aroma wangian dari pelembut pakaian akan memenuhi ruangan kediaman korang.

 

Mudah je kan nak wangikan rumah, bilik ataupun almari yang berbau busuk tu. Jadi lepasni tak perlulah sibuk sangat nak beli pewangi mahal-mahal tu. Guna tips ni je dah cukup dan dapat jimat duit lagi. Kalau nak tahu tips kemas rumah dengan cara yang mudah dah cepat boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button