PermohonanCara Mudah

Duit Hilang Dalam Akaun Bank? Ini Cara Yang Perlu Buat Untuk Dapatkan Semula Wang!

Cara Buat Laporan Apabila Duit Dalam Akaun Bank Hilang

Mungkin kes ini tak pernah lagi terjadi kepada kita, tapi perkara ni dah pernah terjadi pada orang lain iaitu duit  hilang dalam akaun bank secara tiba-tiba. Ya betul duit yang kita simpan dalam bank dengan tidak disedari berkurang. Ini mungkin bukan kesilapan pihak bank tetapi boleh jadi juga perbuatan scammer yang membuat tipu muslihat mengambil duit kita.

Kalau hilang sikit-sikit macam sen je tak apa lah juga kan? Ini kalau dah beribu-ribu lesap macam tu je tak kan lah kita nak tutup mata je kan? Jadi apa perlu buat jika duit hilang dalam akaun bank kita? Jangan panik dulu! Bertenang, ikut je langkah yang disyorkan di bawah berpandukan Bank Negara Malaysia ini.

Video 

Cara Perlu Buat Bila Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Untuk mendapatkan semula wang korang yang hilang dalam bank tu, boleh ikuti langkah berikut:

1. Buat Laporan Di Bank

Pertama sekali, bila korang dah sedar duit dekat bank hilang, cepat-cepat buat laporan pada Bank yang korang hilang duit tu. Paling mudah terus telefon sahaja bank tersebut dan mungkin akan dihantar ke unit Aduan. Pastikan korang berikan semua maklumat yang terperinci seperti:

  • Waktu transaksi kehilangan duit tersebut (Boleh semak di online banking)
  • Jumlah wang yang hilang
  • Nama pihak yang melakukan transaksi (sekiranya ada)

2. Buat Laporan Di Polis

Setelah itu, korang juga perlu buat laporan pada pihak polis. Ini mudah je, pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran dengan tempat korang, dan ceritakan satu persatu apa yang berlaku kepada pihak polis. Nanti bila dah selesai buat laporan korang akan dapat satu cetakan laporan dan boleh simpan sebagai rekod.

3. Tunggu Maklumbalas Pihak Bank Dalam Masa 14 Hari

Kebiasaannya proses akan memerlukan 14 hari bagi kes untuk disiasat dan setelah itu pihak bank akan memberikan respon. Sekiranya korang tak dapat apa-apa respon daripada pihak bank boleh lah telefon semula mereka untuk follow-up aduan korang tu

4. Jika Tidak, Terus Buat Aduan Kepada Pihak Bank Negara (BNM)

Jika maklum balas yang korang tunggu daripada pihak bank terlibat tidak didapati, ataupun maklumbalas yang diberikan tidak memberikan penjelasan yang memuaskan, korang boleh terus buat aduan lanjut kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Cara Buat Aduan Atau Pertanyaan Kepada BNM

1. Talian BNM Telelink

  • Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888
  • Luar Negara: +603-21741717
  • Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang (Isnin – Jumaat)

2. Laman Web

3. Pusat Khidmat Pelanggan

  • BNMLINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat)
    Bank Negara Malaysia
    Blok D, Jalan Dato’ Onn
    50480 Kuala Lumpur
  • Pejabat BNM Pulau Pinang
    No. 27, Lebuh Light
    10200 Pulau Pinang
  • Pejabat BNM Johor Bahru
    Jalan Bukit Timbalan
    80000 Johor Bahru
  • Pejabat BNM Kuala Terengganu
    Jalan Sultan Mohamad
    21100 Kuala Terengganu
    Terengganu
  • Pejabat BNM Kota Kinabalu
    Jalan Lapan Belas
    88000 Kota Kinabalu
  • Pejabat BNM Kuching
    Jalan Satok
    93000 Kuching

Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat)
Kecuali Pejabat BNM Kuala Terengganu : 9.00 pagi hingga 5.00 petang. (Ahad – Jumaat)

 

Walau bagaimanapun, korang kena tahu ada beberapa skop yang tidak akan dikendalikan oleh pihak BNM iaitu:

  • Aduan di bawah bidang kuasa OPK, AKPK dan SIDREC
  • Aduan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah/Tribunal Pengguna, dan yang dikemukakan melalui firma-firma peguam atau yang sedang mereka kendalikan
  • Aduan yang tidak menyatakan nama pengadu, tidak ditandatangani, tidak jelas atau aduan oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan
  • Aduan oleh ejen institusi perkhidmatan kewangan seperti ejen insurans/takaful, pengutip hutang dan penarik kenderaan terhadap prinsipalnya
  • Aduan oleh kakitangan PPK terhadap majikan mereka
  • Aduan yang melibatkan tuntutan insurans/takaful melebihi RM500,000 kecuali jika ia berkaitan dengan aduan mengenai kualiti perkhidmatan dan pengendalian tuntutan tidak adil
  • Aduan mengenai bengkel kereta yang tidak tersenarai dalam Skim Bengkel Pembaiki Kereta Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
  • Aduan mengenai keputusan komersial yang tidak melibatkan isu mengenai salah guna polisi dan standard BNM
  • Aduan terhadap institusi bukan di bawah kawal selia BNM seperti koperasi, syarikat kredit, pemajak gadai dan peminjam wang berlesen bukan bank
  • Aduan bukan di bawah bidang kuasa BNM seperti penipuan, pemasaran pelbagai peringkat dll

Jadi dah tahu cara nak dapatkan duit hilang dalam akaun bank kan? Jangan lupa share pada yang lain agar sama-sama dapat manfaat. Yang penting sentiasa waspada dengan jumlah baki simpanan dalam akaun bank yang kita ada. Kalau nak tahu cara nak tukar duit yang telah koyak atau rosak boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button