MakananKesihatan

Cara Betul Makan Limau Mandarin Tak Sakit Tekak & Batuk, Ini Perkongsian Doktor

Tips Makan Limau Mandarin Dan Elak Batuk Atau Sakit Tekak

Ramai lagi tak tahu cara betul makan limau mandarin elak batuk dan sakit tekak. Limau mandarin ni lazimnya akan dikaitkan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Tak sah kalau Chinese New Year ni tak nampak limau mandarin atau mandarin orange ni kan. Ini kerana mempunyai limau mandarin di dalam rumah pada tahun baru dipercayai memberi kekayaan kepada hidup menurut kepercayaan kaum cina.

Disebabkan ianya buah dan pastinya mempunyai khasiat yang tinggi seperti kaya dengan Vitamin C, maka ramai lah yang suka makan. Tapi ramai juga yang makan tapi mengadu setiap kali makan akan rasa sakit tekak atupun batuk. Kenapa pula berlaku macam ni kan? Patutnya buah yang segar ni bagus lah bukannya memudaratkan. Sebenarnya ada sebab perkara ini berlaku dan ada cara untuk elakkan perkara ini berlaku.

Tips Makan Limau Mandarin, Elak Batuk Atau Sakit Tekak

Menurut perkongsian Dr. Rosli Abdul Jalil, berikut adalah cara betul memakan limau mandarin dan penjelasan kenapa boleh sakit tekak bila makan limau mandarin.

 

Makan Limau Sakit Tekak?

Berdasarkan perkongsian beliau, limau sangat kaya dengan Vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak. Walau bagaimanapun, bilangan pesakit yang mengalami gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda pada musim perayaan. Maka apa kaitan dengan limau mandarin?

Difahamkan pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu Sulphur Dioxide. Buah-buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut  sebelum ianya dimasukkan ke dalam kotak. Ini bertujuan untuk melindungi kulit limau daripada dijangkiti bakteria, kulat dan serangga lain. Secara tak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet agar ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.

 

Kesan Sulphur Dioxide yang ada pada kulit limau terhadap manusia?

Sulphur dioxide yang terdapat pada kulit limau boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit mahupun serangan penyakit lelah.

Sumber Gambar Vitdaily

Cara Betul Makan Limau Mandarin

Jadi macam mana nak makan limau mandarin ni tanpa berlaku masalah seperti dinyatakan tadi? Jangan risau ada cara betul untuk makan limau mandarin tanpa menjejaskan kesihatan korang. Ikut je langkah yang dikongsikan Dr. Rosli seperti berikut:

1. Basuh atau rendam dahulu buah limau mandarin sebelum ingin makan, setelah itu barulah boleh dimakan

2. Ataupun apabila hendak makan, pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tu tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan

3. Sekiranya perlu, boleh pakai sarung tangan plastik ketika mengopek limau

 

Mudah sahaja kan? Kalau nak makan limau mandarin tanpa rasa sakit tekak atau batuk boleh lah cuba cara ni. Tak percaya boleh tengok video yang dikongsikan sendiri Dr. Rosli seperti di bawah. Mungkin tak semua begini tapi tak salah pun kita ikut langkah berjaga-jaga. Kalau sakit tekak juga dan nak sembuhkan guna bahan semulajadi je boleh baca lanjut di SINI


Sumber: Dr Rosli Abdul Jalil

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button