Agama

5 Tips Mudah Ajar Anak Solat, Tak Perlu Paksa Lagi, Nanti Diorang Buat Sendiri.

Cara Didik Anak Belajar Solat

Anak solat

Sumber Gambar GetSajdah

Mengajar anak solat, pada satu tahap merupakan satu cabaran bagi setiap ibu bapa yang beragama Islam. Antara cabaran yang dihadapi ibu bapa ialah kurang masa bersama dengan anak-anak akibat kesibukan bekerja. Kalau korang dalam situasi ini, jangan risau, masih belum terlambat untuk mendidik dan mengajar anak untuk solat.

Apa yang penting kita mesti ingat yang pendidikan sentiasa bermula dari rumah dan tidak hanya mengharap anak-anak belajar solat di sekolah sahaja. Di sini ada 5 tips yang korang boleh ikuti untuk ajar anak solat dengan mudah, tanpa perlu marah dan memaksa. Mungkin boleh cuba mana tahu terbuka hati anak kita untuk ikut kan.

Cara Ajar Anak Belajar Solat

Antara tips untuk ibu bapa ajar anak untuk Solat adalah seperti berikut:

#1 Ingin Anak Solat? Mula Dahulu Dengan Ibu Bapa

Anak solat

Sumber Gambar Says

Satu benda  yang kita kena tahu ialah kanak-kanak belajar lebih dengan melihat dan meniru perbuatan orang dewasa berbanding mendengar arahan, terutamanya jika masih bayi. Ibu bapa adalah model terbaik dalam apa-apa jua perkara pada mata anak-anak. Jika korang inginkan anak yang mudah diajar solat, jadi contoh di depan mereka.

Setiap kali korang solat, pastikan anak-anak ada bersama untuk melihat korang bersolat, walaupun anak korang masih bayi. Ya! Terutama sekali kalau anak korang masih bayi. Jangan sesekali marah kalau anak yang masih kecil menganggu korang ketika tengah bersolat. Selain itu, mereka juga akan melihat solat itu sebagai satu kebiasaan yang penting dan bukannya sebuah kejanggalan. Bila anak-anak dah besar sedikit, nak mengajak mereka untuk solat berjemaah pun akan menjadi lebih mudah.

 

#2 Elakkan Menyuruh, Tapi Mengajak Untuk Solat Bersama/Berjemaah

Sumber Gambar Mvslim.com

Setiap perkataan yang kita sebut terutamanya kepada kanak-kanak mempunyai konotasinya yang tersendiri. Kita ambil contoh pada diri kita sendiri, adakah kita lebih gemar diajar dengan cara yang positif atau dengan cara yang negatif di mana kita sentiasa dimarahi apabila buat silap? Sudah tentu kita lebih gemar diajar dengan cara yang positif.

Begitu juga dengan anak-anak. Kadang-kadang perubahan perkataan dalam ayat yang kita gunakan cukup banyak mempengaruhi mereka ketika mengajar mereka untuk solat. Kita tengok contoh ayat di bawah:

“Along, pergi solat!”

“Along, mari solat..”

Ayat kedua lebih berkesan dalam mengajar anak solat kerana konotasinya lebih positif dan intonasinya mengajak berbanding menyuruh. Anak-anak akan terasa mereka tidak sunyi atau ketinggalan jika kita mengajak mereka untuk solat bersama, malah mereka akan solat atas keinginan mereka sendiri dan tidak rasa terpaksa.

 

#3 Biasakan Perkara Asas Dan Wajib Terlebih Dahulu, Baru Anak Rasa Mudah!

Sumber Gambar Keluarga

Ketika baru hendak mengajar anak solat, jangan bebankan mereka untuk belajar. Mulakan dengan perkara asas dan wajib (rukun solat) terlebih dahulu sehingga mereka dapat biasakan diri untuk solat. Apabila perkara wajib dalam solat itu sudah mereka kerjakan dengan baik, selepas itu bolehlah korang tambah dan ajar mereka untuk buat perkara sunat seperti bacaan surah selepas al Fatihah, bacaan ketika rukuk dan sujud, dan sebagainya.

Anak-anak korang juga dapat belajar solat dengan tertib yang sempurna dan lebih memahami apa yang mereka belajar.

 

#4 Anak-Anak Suka Telekung Biru? Kopiah Cantik? Belikan Untuk Mereka

Sumber Gambar Shutterstock

Belikan kelengkapan solat yang cantik dan mengikut kegemaran anak-anak korang dapat menjadikan mereka untuk suka solat. Ini penting untuk membantu kita memastikan mood anak kita positif dan bukannya negatif ketika mengerjakan solat. Paling elok, berikan mereka kebebasan untuk memilih kelengkapan solat sesuai dengan kegemaran mereka.

Secara tidak langsung, anak-anak korang akan melihat mengerjakan solat itu ialah sesuatu yang mereka tunggu-tunggu, berbanding rasa terpaksa atau cuba mengelak untuk mengerjakannya. Kita juga secara tak langsung dapat terapkan dalam hati kanak-kanak bahawa solat itu hendaklah bersiap dengan pakaian cantik dan bersih yang kita ada

 

#5 Puji Dan Tegur Kesilapan Anak Dengan Hikmah, Jangan Terus Marah!

Sumber Gambar Muslim Vibe

Apabila anak solat sama ada dengan kita atau solat sendiri, pujilah kelakuan baik dan ketekunan mereka supaya mereka rasa dihargai. Ini termasuklah ketika mereka rajin bersedia awal untuk bersolat seperti memakai kelengkapan solat dan menghamparkan sejadah.

Jika ada kesilapan mereka yang kita lihat ketika solat, sama ada dari segi bacaan atau kelakuan mereka, tegurlah dengan cara hikmah. Malah mulakan teguran itu dengan pujian, kerana mereka mahu mengerjakan solat. Kemudian tegur secara hikmah dan teratur apa kesilapan mereka, dan apa yang mereka boleh buat untuk perbaiki solat mereka. Jadikan sesi solat itu ruang untuk merapatkan hubungan dengan anak-anak kita, dan bukannya sesi untuk memarahi mereka.

 

Itu 5 tips mudah yang korang boleh cuba dalam mendidik anak solat. Apa yang penting ialah korang sebagai ibu bapa terus istiqamah dalam mendidik mereka tanpa rasa jemu. Mula-mula tu memang payah tapi akhirnya nanti bila dah biasa akan mudah. Penghujungnya ibu bapa juga yang akan mendapat hasilnya apabila sentiasa didoakan apabila kita sudah tiada iaitu doa dari anak yang soleh.  Semoga semua beroleh rahmat dan berkat Allah!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button