InformasiCara Mudah

Takut Tak Bangun Sahur? Ini 5 Cara Mudah Bangun Sahur Lain Dari Yang lain.

Tips Mudah Bangun Sahur Awal & Tidak Terlepas Sahur Untuk Puasa

Apa cara mudah bangun sahur paling berkesan? “Alamak, dah Azan Subuh! Kenapa lah aku tak bagun awal lagi tadi? Macam mana nak puasa ni? Mesti letih je nanti pergi kerja.”  Haa korang mesti pernah alami keadaan macam ni kan? Terlepas bangun sahur lepastu terpaksa puasa juga hari tu. Lepastu pergi kerja atau kelas pun lesu je rasa sebab tak ada tenaga. Dah bertahun puasa takkan lah macam ni je kan?

Cara Mudah Bangun Sahur Awal & Tidak Terlepas Sahur Untuk Puasa

Tak bangun sahur ni bukan jadi pada orang yang duduk bujang je contohnya masa student ataupun bila dah kerja. Tapi orang yang berkahwin dan berkeluarga pun ada jugak yang terlajak tak bangun sahur ni tau. Mungkin semalamnya berbuka buffet ramadhan dekat hotel jadi kenyang sangat sampai tak sengaja tak bangun.

So korang jangan ingat dah kahwin ada orang tolong kejutkan tak perlu risau. Tidak ya. Jadi untuk elak daripada benda tak diingini ini berlaku, jom kita tengok apa tips-tips yang kita boleh buat untuk mudah bangun sahur! Sediakan payung sebelum hujan kan orang kata. So, tips-tipsnya adalah:

1. Meletakkan Alarm Jauh Dari Tempat Tidur

Sumber Gambar flickr

Pasang alarm atau penggera bunyi terlalu cliche kan kadang-kadang tapi itu hakikatnya memang salah satu cara untuk bangun dari tidur. Jadi kita ubah sikit cara ni jadikan ia lebih efektif iaitu letakkan alarm korang ni jauh daripada tempat tidur atau katil dan tilam korang.

Mungkin selalu korang letak telefon bawah bantal atau jam penggera sebelah meja tidur jadi bila alarm bunyi je korang terus ambil dan tutup atau snooze kan dia. Sedar-sedar nanti dah azan ataupun dah siang lepastu menyesal tak guna. Jadi kalau letak alarm jauh sedikit, kebarangkalian untuk korang bangun dari tilam dan terus bersahur tu lebih tinggi kan.

2. Letak Alarm Dalam Gelas Supaya Bergema

Sumber Gambar Student Spaza

Kalau korang jenis tidur mati ataupun memang susah nak bangun walaupun alarm bunyi kuat bagai nak rak kat sebelah tu, boleh cuba cara ini. Letakkan jam penggera atau telefon korang tu dalam cawan atau gelas. Jadi bila berbunyi tu, akan bergema sikit dan bunyi akan lebih kuat daripada biasa. Tak percaya? Cubalah.

3. Samakan Bunyi Alarm Macam Orang Telefon

Satu lagi trik untuk pastikan korang bangun apabila mendengar alarm adalah dengan menukarkan bunyi penggera korang kepada bunyi seperti panggilan telefon. Jadi secara tak langsung korang akan ingat macam orang telefon dan korang mesti bangun sebab nak angkat kan. Lagi-lagi kalau makwe atau pakwe yang telefon.

Kalau susah sangat pun suruh je boyfriend atau girlfriend korang call terus. Mesti bangun punya kan. Silap-silap korang yang bangun dulu sebab masing-masing excited nak kejut siapa dulu. Kalau single macam saya ni bolehlah suruh mak atau ayah tu telefon.

4. Setkan Kipas / Aircond Auto Tutup (Guna Timer)

Sumber Gambar Shopee

Ini salah satu trik yang bagus untuk korang buat kalau dengan bunyi alarm atau orang call tadi tak bangun-bangun jugak. Cuba tetapkan atau set kipas ataupun aircond auto tutup atau gunakan timer kalau ada lah. Sesetengah kipas siling atau dinding yang ada remote control akan ada tetapan ini.

Jadi bila kipas atau pendingin hawa telah ditutup pada waktu sebelum sahur,  mesti korang akan rasa panas dan akan terjaga sebab berpeluh. Remote control pulak jangan letak sebelah korang nanti tangan tu gatal bukak balik kipas dan sambung tidur. Jadi tak guna jugak.

5. Minum Banyak Air Sebelum Tidur

Sumber Gambar Savorec

Kalau dah guna segala macam cara tak boleh bangun jugak, guna lah cara terakhir ni iaitu cuba minum banyak air sebelum tidur. Kenapa kena minum banyak air sebelum tidur? Haa sebab nanti korang boleh bangun sebab nak terkencing!

Tapi tips ni pun korang kena berjaga-jaga lah jangan sampai terkencing atas tilam, dah satu kerja pulak nanti. Lagipun puasa kan memang kita kena minum banyak air supaya tak dehidrasi kan. So, sambil menyelam minum air lah kalau buat tips ni.

Sekarang dah tahu 5 tips lain daripada yang lain untuk mudah bangun tidur kan? So harapnya dapatlah membantu korang yang susah nak bangun tidur tu atau pertama kali bersahur sendirian di bilik sewa mahupun di kolej. Kalau berpuasa mulut bau busuk macam mana kan? Jangan risau baca tips elak mulut berbau busuk waktu berpuasa di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button