Cara MudahRumah

5 Cara Mudah Cuci Cermin Tingkap Dengan Berkesan. Antaranya Guna Suratkhabar!

Tips Mudah Cuci Tingkap & Pintu Dengan Bersih

Cuci Cermin

Sumber Gambar King of Maids

Aktiviti cuci cermin tingkap dan pintu ini sangat sinonim dengan suasana perayaan kerana kita hendak memastikan cermin tingkap dan pintu rumah kita berkilat tanpa ada sebarang kesan. Cermin yang kebiasannya dibuat daripada kaca berasal daripada bahan yang bernama silika, jadi terdapat cara yang sesuai boleh digunakan untuk mencucinya dengan lebih mudah.

Di sini terdapat 5 cara mudah yang berkesan korang boleh ikut untuk cuci cermin tingkap dan pintu di rumah korang:

Tips Cuci Cermin Tingkap & Pintu Dengan Mudah Dan Bersih

#1 Cuci Cermin Guna Surat Khabar Pun Boleh Berkilat!

Sumber Gambar The Spruce

Kebanyakan korang rasanya pasti tahu petua atau tips menggunakan surat khabar untuk cuci cermin tingkap dan pintu kerana tips ini salah satu cara yang mudah dan sangat berkesan digunakan. Tambahan pula surat khabar ini merupakan bahan terbuang yang mudah untuk didapati, walaupun mungkin tak semudah dulu.

Cara menggunakan surat khabar ini ialah sembur air biasa atau cecair pencuci tingkap pada cermin tingkap atau pintu yang korang nak bersihkan. Ambil satu atau dua keping halaman surat khabar dan ronyokkan sehingga menjadi gumpalan sesuai dengan genggaman masing-masing dan saiz cermin yang hendak dicuci. Gosok cermin yang sudah disembur tadi dengan gumpalan syrat khabar tersebut sehingga kering. Tukar ke gumpalan surat khabar baru sekiranya sudah terlalu lembap.

Korang akan dapati cermin tersebut akan menjadi lebih berkilat, besih dan tiada kesan ditinggalkan. Surat khabar sesuai digunakan kerana mempunyai kadar serapan yang tinggi, cermin yang diperbuat dari silika pula mempunyai permukaan yang licin dan tidak berliang menjadikan air pada permukannya mampu diseratakan ke semua bahagian, serta air yang sudah menangkap kotoran tadi akan diserap pula oleh surat khabar.

 

#2 Ada Cuka Di Dapur? Itu Pun Boleh Guna!

Sumber The Spruce

Kalau kat rumah korang tak ada surat khabar, sebab zaman sekarang kebanyakan orang baca berita di Internet, cuka merupakan salah satu bahan yang korang boleh guna untuk cuci cermin tingkap dan pintu di rumah korang. Hal ini kerana cuka bersifat asidik dan sangat sesuai untuk digunakan ke atas cermin yang diperbuat dari silika untuk mencucinya.

Sifat asidik yang terdapat pada cuka bukan sahaja mampu untuk menanggalkan kotoran degil pada cermin tingkap dan pintu, namun juga dapat mengilatkannya kembali. Caranya mudah, isi satu bahagian air dan satu bahagian cuka dalam botor penyembur dan goncangkan sehingga sebati. Sembur di cermin yang korang nak cuci lalu biarkannya seketika. Lap dengan menggunakan kain sehingga kering.

Korang disyorkan menggunakan kain jenis mikrofiber supaya tidak meninggalkan kesan atau bulu pada cermin tingkap dan pintu rumah korang.

 

#3 Kalau Tak Ada Cuka, Lemon Pun Boleh

Sumber Gambar Twitter(@pja_chan)

Selain daripada cuka, bahan yang korang boleh gunakan sebagai pengganti ialah lemon kerana kedua-duanya mempunyai sifat dan tahap asidik yang hampir serupa, juga mudah didapati. Tapi cara cuci cermin tingkap atau pintu rumah dengan menggunakan lemon ini agak sedikit berbeza.

Bahan yang korang perlukan ialah jus lemon dan tisu dapur. Perah jus lemon dan tuangkan di atas pinggan leper yang bersaiz besar. Ambil tisu dapur dan rendamkan dalam jus atas pinggan tadi. Perahkan sedikit tisu yang dah direndam dengan jus lemon tadi namun jangan sampai terlalu kering supaya dapat melekat pada cermin.  Buka tisu tersebut perlahan dan lekatkan pada cermin yang korang nak cuci tadi selama 15 minit.

Cabut tisu tersebut dan lap dengan tisu dapur yang kering pula dan korang akan lihat cermin korang bersih dan berkilat seperti baru.

 

#4 Nak Cermin Tingkap Lebih Berkilat, Boleh Guna Ubat Gigi!

Sumber Gambar HealthLine

Antara alternatif lain yang mudah dan berkesan korang boleh guna untuk cuci cermin tingkap dan pintu rumah korang ialah ubat gigi. Sebaik-baik ubat gigi yang korang boleh guankan ialah ialah yang mempunyai bahan pemutih. Hal ini kerana ubat gigi mempunyai bahan yang mampu memberi kilatan dan ‘remineralised’ cermin yang diperbuat daripada silika.

Selain dapat membantu membersihkan cermin, bahan tersebut mampu menghilangkan atau mengurangkan kesan calar halus jika ada pada permukaan cermin. Namun cara ini mungkin tak boleh digunakan dengan kerap atas faktor harga ubat gigi yang mahal berbanding surat khabar, cuka atau lemon.

Cara untuk gunakan ubat gigi untuk cuci cermin ialah sapu ubat gigi dengan rata pada permukaan cermin dan biarkan seketika. Lap dengan kain lembut sebaiknya jenis mikrofiber dalam gerakan membulat yang kecil sehingga hilang kotoran dan kesan calar yang halus. Cermin tingkap dan pintu korang juga akan kelihatan lebih berkilat dan bersinar.

 

#5 Tepung Jagung – Boleh Guna Untuk Masak Dan Cuci Cermin!

Sumber Gambar Times Of India

Cara ini mungkin janggal atau baru didengari oleh sesetengah korang yang sedang membaca ini. Tapi menggunakan tepung jagung untuk cuci cermin ialah salah satu cara yang mudah dan juga berkesan kerana kanji yang terdapat pada tepung jagung sangat sesuai bagi mengilangkan kesan kotoran dan mengilatkan permukaan cermin yang diperbuat daripada silika.

Caranya mudah, ambil setengah cawan tepung jagung dan campurkan dengan dua cawan air, kacau sehingga sebati. Sapu campuran tersebut pada permukaan cermun dengan menggunakan span lembut yang bersih. Lapkan dengan kain mikrofiber sehingga kering dan cermin korang akan menjadi bersih dan berkilat.

Cukup 5 tips yang korang boleh guna untuk cuci cermin tingkap dan pintu rumah korang, lagi-lagi dekat nak Raya tak lama lagi. Kalau nak tahu tips hilangkan bau busuk tong sampah boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button