Agama

13 Pesanan Penting Amalan Mencari Lailatulqadar 10 Malam Akhir Ramadhan Oleh Imam Masjidil Haram

Amalan Yang Boleh Diamalkan Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan Lailatulqadar

Apabila tiba fasa 10 malam terakhir ramadhan, pastinya ramai berebut untuk melakukan ibadah dan amalan mencari lailatulqadar. Lailatul qadar adalah sebuah malam yang sangat istimewa dan penuh kemuliaan. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Qadr yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan”.

Bila berlakunya malam lailatul qadr? Malam lailatulqadr berlaku pada salah satu daripada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Menurut hadis Riwayat Ahmad No. 85, maksudnya: “Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil”. Walaupun terdapat pelbagai pendapat ulama’ tentang tarikh jatuhnya malam lailatulqadar, eloklah kita beramal pada setiap 10 malam terakhir tersebut supaya tidak terlepas salah satu daripanya yang mungkin adalah malam lailatulqadar

Baca Juga : Tarikh & Tanda Malam Lailatulqadar

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan Ketika Mencari Lailatulqadar – Tips Imam Masjidil Haram

Terdapat banyak amalan yang boleh kita amalkan pada 10 malam terakhir Ramadan seperti solat sunat, membaca Al-quran, bersedekah dan banyak lagi. Seperti diketahui malamLaylatulqadar adalah lebih baik daripada seribu bulan iaitu bersamaan lebih kurang 84 tahun. Salah seorang Imam Masjidil Haram, Mekah ada memberikan pesanan atau tips apabila tiba 10 malam terakhir untuk meraih keberkatan malam Lailatul Qadar.

1. Sedekahkan kepada sesiapa sahaja minimum 1 riyal atau di Malaysia RM1 dalam 10 malam terakhir, jika Lailatulqadar jatuh pada 10 malam terakhir maka seumpama engkau bersedekah sebanyak RM1 selama 84 tahun atau RM 1 x 365 hari x 84 tahun

2. Dirikan solat sunat minimum 2 rakat setiap malam. Jika lailatulqadar jatuh pada 10 malam terakhir, maka seolah-olah solat 2 rakat selama 84 tahun (2 rakaat x 365 hari x 84 tahun)

3. Bacalah Surah Al-Ikhlas minimum 3 kali setiap malam sehingga apabila Lailatul Qadr jatuh pada 10 malam terakhir maka seumpama engkau mengkhatamkan Al-Quran selama 84 tahun

4. Bacalah tafsir surah Al-Qadr dan fahami apa yang sesungguhnya terjadi pada Lailatul Qadar. Akan kita rasakan keagungan dan kekuatannya. InshaAllah

5. Jangan menunggu hingga malam ke-27 untuk memperbanyakkan amal soleh dan beribadahlah sebanyak mungkin. Kerana seluruh malam dari sepuluh malam terakhir seharusnya menjadi sasaranmu. Bangunlah setiap malamnya. Jangan sampai kesempatan meraih Lailatul Qadar terlepas begitu sahaja.

6. Hafalkan doa malam Lailatul Qadar yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Allahumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’Fu’anni

(Ya Allah, engkau maha pengampun dan menyukai pengampunan, maka ampunilah aku)

7. Sempatkan tidur siang (qailullah) sejenak jika berkesempatan

8. Jangan lupakan keluargami! Nabi Muhammad senantiasa membangunkan para isterinya pada malam-malam ini. Anak-anak pun boleh diajak beribadah untuk beberapa saat walau mungkin tidak selama orang dewasa. Berilah moticasi dan semangat pada mereka!

9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri akan mempengaruhi secara psikologis. Pakailah pakaian yang bagus dan wangi seperti syariat ketika beribadah.

10. Jagalah perut agar tidak terlalu kenyang dan tidurlah segera setelah Isya dan Terawih sekadar untuk menyegarkan diri. Lalu bangunlah untuk mendirikan solat malam.

11. Seluruh ibadah di bulan Ramadhan ini bukan lah tujuan untuk muat naik status (contohnya: ‘Alhamdulillah, nikmatnya bermunajat kepadaNya malam ini) di Facebook atau media sosial lainnya. Biarlah itu menjadi rahsia indah antara engkau dengan Allah

12. Sabar adalah kunci untuk mendapatkannya. 10 malam terakhir mungkin akan sangat melelahkan. Di siang hari mungkin masih perlu bekerja, sekolah atau aktiviti lain. Ini adalah saat untuk mengerahkan kesabaran semaksimum mungkin. Ingatlah Allah telah memberi kita kesempatan berharga (iaitu betapa luasnya pengampunan) yang mungkin saja tidak datang lagi.

13. Ini yang paling penting;  berbaik sangkalah pada Allah. Ketika bermunajat, ingatlah kita sedangn meminta pada Raja Yang maha Pemurah dan Pengampun. Jika kau berharap yang terbaik, dia akan memberimu yang terbaik. Jangan ragu-ragu, yakinlah dan tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapan-Nya. Jangan biarkan keragu-raguan dan prasangka buruk menjauhkanmu dariNya.

Begitulah perkongsian mengenai pesanan Imam Masjidil Haram di Mekah mengenai Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Semoga kita semua sama-sama mengambil peluang dan manfaat daripada ilmu yang dikongsikan. Kalau nak tahu waktu mustajab doa pada bulan Ramadhan boleh baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button