Uncategorized

Jangan Terlepas 7 Waktu Mustajab Berdoa Ketika Bulan Ramadhan Ini!

Tips Berdoa Ketika Waktu Mustajab Pada Bulan Puasa

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang amat ditunggu oleh umat Islam. Bukan sahaja kerana nikmatnya berbuka puasa dengan pelbagai jenis juadah, tetapi juga dengan amalan yang menjanjikan pahala berlipat kali ganda. Jadi takkan korang nak sia-siakan bulan yang penuh berkat dan rahmat ni kan? Paling tidak pun dengan perbanyakkan berdoa

7 Waktu Mustajab Doa Pada Bulan Ramadan

Doa adalah salah satu amalan yang paling mudah bagi umat Islam. Doa juga dikatakan sebagai senjata seorang muslim. Bukan susah sangat nak doa kan? Tadah tangan dan baca apa yang kita hajatkan dan mohon pada Allah untuk makbulkan. Tapi sekarang ni ramai yang baca doa pun nak cepat je dan tak betul-betul bersungguh-sungguh.

Macam mana Allah nak makbulkan kan kalau minta dengan Allah pun sambil lewa. Jadi paling utama adalah berdoa lah dengan tertib. Lepastu baru fikir nak rebut peluang berdoa pada waktu-waktu mustajab doa. Jadi pada bulan ramadhan ni ada beberapa saat atau waktu yang mustajab berdoa. Antaranya seperti berikut:

Waktu Sahur

Antara bulan yang pasti kita bangun sahur selain puasa sunat pada bulan biasa adalah bulan Ramadhan. Jadi sebelum makan sahur tu, sambil-sambil baca doa makan boleh tambah sikit doa lain ya. InshaAllah sama-sama kita usaha lakukan.

Sepanjang Berpuasa

Ini pula pasti korang takkan terlepas macam sahur boleh jadi tak terbangun kan. Jadi sepanjang berpuasa ni pastikan doa lah banyak-banyak. InshaAllah dimakbulkan Allah.

Waktu Berbuka

Yang ni mungkin kebanyakan orang mudah terlupa sebab dah tak tahan tengok makanan atas meja tu kan. Tapi sebelum berbuka mesti korang akan baca doa berbuka juga dulu kan? So apa kata tambah je sikit lagi doa lain alang-alang kan.

Sepertiga Akhir Malam

Waktu sepertiga akhir malam ini sememangnya waktu mustajab doa sepanjang tahun. Namun pada bulan puasa ni lah kita akan senang bangun sebab nak bersahur kan. Jadi ambil peluang doa pada waktu ini. InshaAllah

Malam Lailatul Qadar

Satu-satunya malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Ianya hanya pada bulan Ramadhan. Siapa tak nak beribadat dan berdoa dan mendapat pahala dan keberkatan yang berlipat kali ganda seperti malam ini kan. Jadi jom kita buru dan berusaha mendapatkannya. InshaAllah

Waktu Azan Berkumandang

Selain hari biasa, pada waktu berpuasa merupakan waktu yang ramai umat Islam tertunggu-tunggu waktu berkumandangnya azan khususnya azan Magrib. Waktu Isyak pulak selalunya kita dah di Masjid saat azan dilaungkan sebab dah bersedia nak Solat Tarawih kan. Jadi guna kesempatan yang ada untuk kita berdoa ya!

Di Antara Azan & Iqamah

Bila dah dengar Azan takkanlah tak dengar Iqamah kan kalau kat masjid tu. Haa jadi waktu antara Azan dan Iqamah ni lah antara waktu yang mustajab doa. So lepas solat sunat Qabliyah tu tadah lah tangan dan doa sebanyak mungkin sebelum Iqamat pula dilaungkan. Jangan pula bersembang dengan rakan sebelah tu, selesai solat nanti bolehlah borak dekat luar nanti ya.

Jadi dah tahu waktu-waktu mustajab doa pada bulan Ramadhan ni elok lah kita ambil peluang yang ada dan gunakan sebaiknya. Jangan lupa share kan juga ilmu ini kepada kawan-kawan lain tu kan. Selain berpuasa, amalan yang khusus bulan ramadhan adalah solat tarawih. Tak sempat pergi surau atau masjid untuk terawih boleh juga buat dekat rumah. Tak tahu nak baca surah apa boleh rujuk panduan suran pendek di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button