AgamaCara Mudah

4 Tips Khatam Al-Quran Bulan Ramadhan! 30 Juzuk Boleh Selesai Sebelum 30 Hari

Cara Mudah Khatam Quran 30 Juzuk Dalam Bulan Puasa

Sumber Gambar Oke Zone

Apakah tips khatam Al-quran bulan Ramadhan? Ramadhan adalah bulan yang sinonim dengan Al-Quran. Mana tidaknya, pada bulan inilah turunnya Al-Quran. Dalam masa yang sama, ganjaran pahala dilipatkaligandakan oleh Allah dan salah satu cara untuk merebut pahala yang banyak adalah dengan membaca Al-Quran.

Ada orang, setiap kali tiba bulan Ramadhan, pasti dia akan berusaha untuk cuba mengkhatamkan 30 juzuk sepanjang bulan ini. Kalau kita dengar pun rasa seram. Yalah, boleh ke nak khatam 30 juzuk dalam masa 30 hari? Macam mana dia buat? Sebenarnya ada formula dan tips yang korang boleh ikuti untuk khatam Al-Quran dalam masa 30 hari!

Apa yang Korang Kena Tahu Berkenaan Bilangan Juzuk, Halaman, dan Muka Surat dalam Al-Quran

Sebelum nak mulakan misi khatam Al-Quran, korang kenalah tahu serba sedikit bilangan-bilangan juzuk, halaman dan muka surat dalam Al-Quran. Bila dah familiar dengan semua nombor ni, ia sebenarnya membantu korang untuk mengagihkan berapa muka surat yang patut dibaca sehari untuk mencapai target 30 juzuk sepanjang satu bulan ini.

Al-Quran mushaf Uthmani mengandungi 604 halaman, yang bermula dari surah Al-Fatehah dan berakhir dengan surah An-Nas. Al-Quran dibahagikan kepada 30 juzuk, dan selalunya satu juzuk mengandungi 10 halaman, ataupun 20 muka surat. 

Tips Khatam Al-Quran Bulan Ramadhan. InshaAllah Boleh Selesai 30 Juzuk Dalam Sebulan

Sumber Gambar Celik Al-Quran

Berdasarkan info-info ini, tahulah kita kalau nak habiskan satu hari satu juzuk, setiap hari kita perlu membaca paling kurang 20 muka surat Al-Quran. Tetapi untuk menghabiskan 20 muka surat dalam sekali duduk bukanlah satu tugas yang mudah. Jadi apa kata korang ikuti tips-tips di bawah ni, supaya target untuk khatam di bulan Ramadhan dapat dicapai dengan lebih mudah!

Bahagikan Mengikut Waktu Solat

Sumber Gambar Detik News

Untuk mengelakkan rasa lelah membaca 20 muka surat Al-Quran sekali gus, apa kata korang bahagikan mengikut waktu solat fardhu. Setiap kali lepas solat, luangkan masa selama lima minit untuk membacanya. Dengan cara ni, korang akan lebih istiqomah untuk mengaji setiap hari.

Pecahan-pecahan muka surat adalah seperti berikut:

Waktu SolatBilangan Muka Surat
Subuh 4 muka surat
Zuhur4 muka surat
Asar4 muka surat
Maghrib4 muka surat
Isyak4 muka surat

Cara ni mungkin susah sikit bagi wanita yang bakal datang bulan sebab mereka takkan boleh membaca Al-Quran. Apa yang diorang boleh buat adalah dengan menambah bilangan muka surat yang dibaca daripada empat, kepada lapan muka surat. Dengan ini, barulah sempat untuk korang mengejar khatam Al-Quran sebelum habis Ramadhan.

Susun Jadual Membaca Al-Quran

Ataupun, kalau korang tak mampu nak ikut cara membaca Al-Quran setiap kali lepas solat atas kekangan kerja, ataupun kesuntukan masa, boleh je kalau susun dan buat jadual sendiri. Mungkin korang lebih selesa untuk membaca setengah juzuk di waktu pagi selepas sahur dan setengah juzuk lagi selepas terawih. Ikut kemampuan dan masa masing-masing.

Guna Telefon Pun Boleh Baca Di Mana-Mana

Sumber Gambar Suara Muslim

Mungkin ada yang segan nak bawa Al-Quran ke pejabat, atau buka dan baca Al-Quran di dalam LRT. Tak mengapa. Gunakan saja telefon pintar korang untuk muat turun aplikasi Al-Quran digital. Tak perlu lagi bawa naskhah fizikal, malah cara ni lebih mudah sebab jimat ruang. 

Lawan Rasa Mengantuk

Sumber Gambar Dalam Islam

Sudah jadi lumrah, mata ni akan menjadi berat apabila membaca Al-Quran. Cuba sedaya upaya korang untuk melawan rasa mengantuk itu. Hidupkan lampu jika bilik kurang cahaya, berhenti sekejap untuk minum air, ataupun tukar posisi semasa membaca Al-Quran. Kalau baca semasa duduk mengantuk, bacalah sambil berdiri. Jangan baca Al-Quran sambil baring pula. Itu sah-sah terus masuk dalam alam mimpi! Kalau yang senang tidur tu lah. haha

Jika tak mampu nak khatam Al-Quran dalam masa sebulan, buat saja setakat mana yang termampu. Jangan paksa diri sebab bila kita buat sesuatu dalam keadaan terpaksa, ia akan jadi tak seronok dan tak ikhlas. Kalau susah sangat pun join je tadarus quran dekat surau atau masjid, dapat khatam beramai-ramai. Pernah tak ada hari rasa susah nak bangun sahur? Apa kata cuba tips-tips mudah bangun sahur di SINI!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button