KesihatanInformasi

Tidur Selepas Sahur Boleh Membahayakan Kesihatan, Antaranya Boleh Terkena Strok!

Kesan Buruk Pada Kesihatan Apabila Tidur Selepas Sahur Bulan Puasa

Sumber Gambar Sinar Plus

Bulan Ramadhan menjelang tiba, tanda semua umat Islam diwajibkan untuk berpuasa dan salah satu sunnah yang disarankan untuk dilakukan adalah bersahur sebelum azan subuh berkumandang dan ramai juga antara kita yang tidur selepas sahur. Kita memang digalakkan bersahur kerana di dalam sahur itu, terdapatnya keberkatan. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

4 Kesan Buruk Pada Kesihatan Apabila Tidur Selepas Sahur

Mungkin bagi sesetengah orang mengalami kesukaran untuk bangun sahur. Mata tu macam tak boleh dibuka langsung sebab mengantuk yang teramat. Tapi disebabkan nak kejar keberkatan, korang pun gagahkan diri untuk bangun bersahur, walaupun cuma makan kurma dan minum air kosong. 

Tapi lepas selesai bersahur, korang jangan tidur balik pula! Sebab sebenarnya bahaya kalau tidur semula selepas sahur. Kesihatan korang akan mendapat kesan yang buruk dan di bawah ni kitorang senaraikan kesan-kesannya:

Gangguan Pencernaan Makanan di dalam Perut

Sumber Gambar Hello Doktor

Apabila kita selesai makan, badan kita perlukan masa seberapa ketika (lebih tepat lagi dalam 2 jam) untuk mencerna makanan dan dalam masa yang sama, organ-organ pencernaan akan menyerap nutrien masuk ke dalam badan. Ketika tidur, lagi-lagi kalau posisi badan dalam keadaan terlentang, asid perut akan naik hingga ke esofagus dan boleh terjadinya asid refluks perut. Kesan daripada ini adalah korang akan rasa sakit dada dan pedih ulu hati.

Refluks Asid Perut Sehingga Boleh Sakit Dada

Refluks asid perut atau Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) terjadi apabila laluan antara perut dan kerongkong tak tertutup dengan sempurna. Benda ni berlaku selalunya disebabkan oleh posisi badan dan pengaruh graviti. Apabila berbaring, makanan yang tak sempat dicerna akan naik balik ke kerongkong dan membawa sekali asid perut. 

Ini boleh menyebabkan keradangan, malah luka pada bahagian kerongkong. Antara simptom-simptom yang menunjukkan adanya refluks adalah rasa panas di dada, sakit kerongkong, mual, banyak sendawa dan mulut terasa pahit. Kadang-kadang mungkin korang ada rasa macam ni cuma tak perasan sangat kan. Jadi hati-hati tau!

Pembentukan Lemak di Bahagian Perut

Sumber Gambar Harian Metro

Ada kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang tu mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah obesiti, kemungkinan untuk orang tersebut turut menjadi obesiti meningkat kepada dua kali ganda apabila dia tidur selepas sahur! 

Kita hanya gunakan tenaga yang sedikit semasa tidur. Jadi lebihan tenaga daripada makanan yang kita makan, apabila tak digunakan, ia akan berubah menjadi lemak. Tak naklah orang lain berpuasa semakin kurus, kita berpuasa semakin berlemak pula kan.

Berisiko Terkena Strok

Sumber Gambar Majalah Kesihatan

Strok ni terdapat dua jenis iaitu strok penyumbatan (ischemic) dengan strok pendarahan (hemmorhage). Jenis strok yang berkaitan dengan tidur lepas makan adalah strok penyumbatan kerana aliran darah tidak sampai secukupnya di bahagian kepala. 

Apabila kita tidur selepas makan, proses pencernaan masih berlangsung. Maka darah di dalam badan akan terbahagi-bahagi dan darah yang sampai ke otak berkurangan. Dalam jangka masa yang panjang, hal ini akan menyebabkan strok. Jadi cuba elakkan untuk terus tidur selepas sahur.

Semua kesan-kesan buruk di atas ni sebenarnya boleh dielak dengan cara yang mudah saja, iaitu jangan terus tidur setiap kali lepas bersahur. Tapi kalau korang mengantuk sangat, tidur lepas subuh atau lebih elok lepas waktu syuruk. Waktu tu, makanan dalam perut dah selesai dicerna.

Bagi wanita, mungkin diorang tak dapat nak berpuasa atau berterawih penuh sepanjang bulan Ramadhan. Tapi ada amalan-amalan yang masih boleh dilakukan untuk merebut pahala di bulan yang mulia ini, dan korang boleh bacanya di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button