KesihatanCara Mudah

Selalu Gastrik Bulan Puasa? Ikuti 4 Tips Ini Agar Dapat Puasa Penuh!

Cara Mudah Berpuasa Walaupun Ada Penyakit Gastrik

Mesti ada yang kene gastrik bulan puasa ni kan? Ketibaan bulan Ramadhan dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana ia bulan yang penuh keberkatan dan peluang yang banyak untuk merebut-rebut untuk mendapatkan pahala. Tak kurang juga yang tak sabar untuk berpuasa dan berbuka dengan berbagai juadah yang dibeli dari bazar. 

Namun, kedatangan bulan puasa mungkin tak dinantikan dengan seronoknya oleh pesakit gastrik kerana bimbang kesakitan yang bakal datang secara tiba-tiba semasa berpuasa. Apabila gastrik menyerang, rasa sakit yang teramat sangat boleh membuatkan seseorang tu terpaksa berbuka puasa kalau tak nak ia lebih melarat. 

Sumeber Gambar Hello Doktor

Apa Itu Gastrik?

Gastrik atau gastritis adalah sejenis keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Gastrik terbahagi kepada dua jenis iaitu akut (sakit yang datang secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat) ataupun kronik (sakit dalam tempoh yang lama). Keradangan yang berlaku adalah hasil daripada tindak balas badan terhadap jangkitan atau bendasing yang terdapat di bahagian lapisan perut.

Antara sebab utama sakit gastrik adalah disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori. Selebihnya, ia berpunca daripada alahan, makanan, tabiat merokok, dan kesan sampingan daripada ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid).

Kalau nak tahu sama ada korang sedang mengalami gastrik atau pun tidak, di bawah ni adalah simptom-simptomnya:

  • Sakit perut yang semakin teruk apabila perut kosong.
  • Mual.
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Perut kembung.
  • Kerap sendawa.
  • Hilang berat badan.

Selalu Gastrik Bulan Puasa? Ini Tips Berpuasa Bagi Pesakit Gastrik

Walaupun ada sakit gastrik, korang sebenarnya masih boleh berpuasa penuh seperti orang lain. Apa yang penting adalah korang kena ikuti tips-tips di bawah ni supaya sakit gastrik tak datang secara tiba-tiba.

Wajib Bersahur Setiap Hari

Sumber Gambar IKIM

Kalau korang ada sakit gastrik, benda yang wajib dilakukan adalah untuk bersahur setiap hari. Jangan sesekali tinggalkan waktu sahur, kalau tak gastrik akan menyerang. Ini disebabkan perut korang akan kosong tanpa makanan kalau tak bersahur. Seeloknya, korang lewatkan bersahur. Selain kerana sunnah, dengan melewatkan sahur juga dapat mengurangkan tempoh perut tidak menerima makanan.

Selepas bersahur jangan terus tidur pula. Tunggu sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam selepas sahur bagi mengelakkan masalah ketidakhadaman dan pedih ulu hati yang boleh mengganggu puasa korang. Haa kadang bukan sebab gastrik je tau korang sakit tu!

Berbuka Puasa dengan Sederhana

Sumber Gambar Sinar Harian

Apabila azan maghrib berkumandang, cukup hanya berbuka dengan kurma dan minum air kosong dahulu. Lepas solat maghrib, barulah memakan juadah yang lebih berat. Cara ni dapat mengelakkan perut terkejut apabila seharian perut kosong, tiba-tiba diisi dengan makanan yang sangat banyak. Jadi besederhana lah dalam berbuka, lepas solat nanti makanlah seperti biasa ya.

Jaga Pemakanan Semasa Bersahur dan Berbuka

Sumber Gambar Deenamik

Ada beberapa jenis makanan yang korang boleh makan, dan ada juga makanan yang perlu dielakkan. Pemilihan makanan adalah sangat penting buat pesakit gastrik sebab ada makanan, kalau dimakan dapat merangsang serangan gastrik. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah:

  • Minuman berkafein seperti kopi dan teh.
  • Makanan berasid seperti buah limau, oren dan tomato.
  • Makanan pedas.
  • Makanan berlemak tinggi seperti mentega, coklat, santan dan keju.
  • Makanan bergoreng.
  • Minuman berkabonat.

Sebaliknya, lebihkanlah makanan-makanan di bawah ni:

  • Makanan tinggi fiber seperti epal, oat, lobak merah dan brokoli.
  • Makanan rendah lemak seperti ikan dan ayam.
  • Makanan berasid rendah atau berakali tinggi seperti sayur-sayuran.
  • Makanan mengandungi probiotik seperti tempe dan yogurt.

Minum Air Kosong yang Mencukupi

Walaupun berpuasa, korang juga masih perlu meminum air kosong yang secukupnya iaitu 8 gelas sehari. Badan yang cukup dengan air dapat hindari penyakit, ini termasuklah sakit gastrik. KKM telah memberikan panduan, bagaimana mahu cukup meminum 8 gelas air sehari semasa bulan puasa:

  • 1 gelas ketika bangun sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur
  • 1 gelas semasa berbuka puasa
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

Dengan mengikuti tips-tips di atas, korang bolehlah berpuasa penuh walaupun menghidapi sakit gastrik. Tapi kalau gastrik yang menyerang hari tu terlalu kuat, jangan paksa diri untuk teruskan berpuasa. Pentingkan kesihatan diri dahulu dengan berbuka puasa dan memakan ubat.

Tidur selepas sahur bukan saja boleh mengakibatkan serangan gastrik, malah perbuatan tersebut juga boleh mengakibatkan strok jika diamalkan setiap hari! Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bahayanya tidur selepas sahur, boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button